Tak sampai 20 hari sahaja lagi kita akan menyambut Syawal nan mulia. Pasti ramai yang sudah tidak sabar untuk bertemu sanak saudara serta sahabat handai di kampung halaman masing-masing.
Dalam melakukan amalan berpuasa, kita juga tidak ketinggalan membuat persiapan menyambut Aidilfitri kali ini. Lagi-lagi kaum Hawa yang tidak senang duduk melihat deretan perkataan ‘sale’ yang singgah di timeline di laman sosial masing-masing.
Namun begitu, tidak semua yang gemar melakukan belian secara online, sebaliknya lebih senang untuk memilih dan melihat sendiri rekaan busana yang digemari.
Kata orang alah membeli menang memakai. Lebih puas hati jika dapat membelek serta merasai kelembutan fabrik busana yang dipamerkan di gedung beli belah terkemuka.
Salah satu yang sering menjadi titik tumpuan setiap kali musim perayaan adalah pusat beli belah terkemuka, Parkson.
Meraikan Syawal kali ini dengan tema berbeza apabila menampilkan rekaan fesyen buat lelaki dan perempuan berkonsepkan Moroccan.
Tema yang dirai tahun ini agak berbeza dari tahun sebelumnya. Masih mengekalkan konsep santun, namun diberi sentuhan moden sesuai dengan perkembangan fesyen masa kini.
Pastinya busana yang disarungkan di badan akan membuatkan penampilan diri anda bak seorang puteri/putera raja dari Timur Tengah.
Diilhamkan dengan fesyen kurta lengkap seluar, blous labuh corak parsley, kebaya serta kurung moden yang hadir dengan mainan rona terang cukup memukau.
Apatah lagi penampilan dilengkapi dengan aksesori berpadanan serta hijab yang sesuai membuatkan anda tidak sabar menyambut Syawal bersama yang tercinta.
Bukan sahaja pembelian untuk diri sendiri, tetapi apa salahnya berbelanja untuk keluarga di kampung juga turut jangan dilupa.
Pastinya hadiah cukup bermakna daripada Parkson ini memberi kegembiraan berganda buat ibu dan ayah di desa tercinta. Pelbagai koleksi menarik yang ditawarkan di sini dengan harga mampu milik.
Bukan itu sahaja sempena kempen raya kali ini, Gedung Parkson turut menawarkan pelbagai promosi yang menarik.
Untuk merai lebaran tahun ini, Parkson menawarkan GWP dan PWP, baucar percuma dengan setiap pembelian terpilih. Dan paling mengejutkan juga pengunjung Parkson turut berpeluang untuk menang ‘Win A Trip’ yang dianjurkan.
Tajaan bagi hadiah percutian ini adalah kolaborasi antara Parkson dengan Macao Government Tourism Office di mana menyaksikan pengunjung berpeluang untuk memenangi 5 tiket penerbangan, pakej hotel dan tiket pertunjukan ‘The House Of Dancing Water’ sebagai hadiah utama.
Peraduan ini hanya diberi secara eksklusif kepada pemegang Ahli Parkson Kad dan syaratnya hanya perlu berbelanja RM1,000 dan ke atas sepanjang tempoh kempen raya ini berlangsung.
Kempen raya ini akan berakhir pada 9 Jun dan ia tertakluk kepada terma dan syarat. Jadi kepda yang belum mempunyai Parkson Kad, apa tunggu lagi terus daftarkan keahlian diri sekarang dekat stor atau secara online.
Rugi sangat rasanya untuk lepaskan peluang keemasan ini. Mana tahu rezeki anda melancong ke bumi Macao dan menerokai kehebatan serta keindahan destinasi pilihan ramai ini.
Untuk lebih info Bacalah Parkson Raya 2019 Risalah ini untuk mengetahui maklumat lanjut mengenainya.
ANTARA FESYEN RAYA LAIN YANG ADA DI PARKSON