Jangan ‘Tangkap Muat’ Beli Rumah Pertama, Ini Panduan Asas Beli Rumah, Hijabi Boleh Jadikan Pelaburan

Share

Proses memiliki kediaman tidak boleh diambil ringan dan memerlukan kajian mendalam membabitkan segala aspek. Sebagai pembeli kita perlu cukup teliti dalam membuat pemilihan kediaman pertama yang sesuai.

Rumah adalah aset yang bukan murah dan kajian teliti perlu dilakukan untuk mengelakkan menyesal di kemudian hari. Rajin-rajinkanlah diri anda untuk membuat kajian lokasi (geologi kawasan), sejarah projek pemaju (buka laman web syarikat), kemudahan sedia ada dan pembangunan kawasan sekitar di masa akan datang untuk memastikan rumah yang dibeli berbaloi.

Photo by expect best from Pexels

PANDUAN ASAS BELI RUMAH PERTAMA

1. Modal membeli rumah pertama antara 15%-16% dari harga rumah yang hendak dibeli
(10% deposit + 3% S&P + 2.5% pinjaman + 0.25% penilaian)

2. Asasnya 90% pinjaman untuk rumah pertama, tetapi ada bank yang tawarkan hingga 95%, 100% dan 105% bergantung pakej yang mereka tawarkan.
(ada skim rumah pertama yang BSN dan BR tawarkan)

3. Deposi 10% boleh datangnya dari KWSP anda, boleh berunding dengan tuan rumah untuk tempoh menunggu.

4. Bawak ‘pay slip’ ke mana-mana bank berhampiran minta mereka hitung kelayakan gaji kita. Berapa harga rumah yang kita layak beli.


5. Buat sedikit kajian, pastikan hartanah yang kita beli ada potensi seperti berhampiran kemudahan awam dan fasaliti yang baik.

6. Buat lawatan dua waktu, sekali siang, sekali malam. Jika padat dengan orang, ada potensi untuk disewakan jika kita hendak sedikit keuntungan.
(Jangan padat dengan Nepal atau Bangla, nanti sukar kita hendak tinggalkan)

7. Cari rumah yang sesuai dengan margin gaji kita, jangan beli yang terlampau mahal.
(Gaji Tahunan x 6.5 = Harga Rumah Kita)

Photo by Pixabay from Pexels

8. Jangan mudah jatuh cinta dengan satu hartanah, lihat 100 hartanah, lawat 10 dan belinya 1.

Berusahalah anak muda, kita bukan kerabat diraja. Kita rakyat jelata yang perlu berusaha untuk membeli rumah pertama.

HIJABISTA: Sebelum membeli sesebuah kediaman, perlu ukur baju di badan sendiri. Jangan terikut-ikut rakan lain yang membeli rumah mahal. Mungkin mereka mempunyai pendapatan lebih apatah lagi setiap orang, punya komitmen yang berbeza.

Sumber kredit: Azizul Azli Ahmad Top image: Photo by Jonathan Borba from Pexels

Published by
Norhasliza