Proses memiliki kediaman tidak boleh diambil ringan dan memerlukan kajian mendalam membabitkan segala aspek. Sebagai pembeli kita perlu cukup teliti dalam membuat pemilihan kediaman pertama yang sesuai.
Rumah adalah aset yang bukan murah dan kajian teliti perlu dilakukan untuk mengelakkan menyesal di kemudian hari. Rajin-rajinkanlah diri anda untuk membuat kajian lokasi (geologi kawasan), sejarah projek pemaju (buka laman web syarikat), kemudahan sedia ada dan pembangunan kawasan sekitar di masa akan datang untuk memastikan rumah yang dibeli berbaloi.
PANDUAN ASAS BELI RUMAH PERTAMA
1. Modal membeli rumah pertama antara 15%-16% dari harga rumah yang hendak dibeli
(10% deposit + 3% S&P + 2.5% pinjaman + 0.25% penilaian)
2. Asasnya 90% pinjaman untuk rumah pertama, tetapi ada bank yang tawarkan hingga 95%, 100% dan 105% bergantung pakej yang mereka tawarkan.
(ada skim rumah pertama yang BSN dan BR tawarkan)
3. Deposi 10% boleh datangnya dari KWSP anda, boleh berunding dengan tuan rumah untuk tempoh menunggu.
4. Bawak ‘pay slip’ ke mana-mana bank berhampiran minta mereka hitung kelayakan gaji kita. Berapa harga rumah yang kita layak beli.
5. Buat sedikit kajian, pastikan hartanah yang kita beli ada potensi seperti berhampiran kemudahan awam dan fasaliti yang baik.
6. Buat lawatan dua waktu, sekali siang, sekali malam. Jika padat dengan orang, ada potensi untuk disewakan jika kita hendak sedikit keuntungan.
(Jangan padat dengan Nepal atau Bangla, nanti sukar kita hendak tinggalkan)
7. Cari rumah yang sesuai dengan margin gaji kita, jangan beli yang terlampau mahal.
(Gaji Tahunan x 6.5 = Harga Rumah Kita)
8. Jangan mudah jatuh cinta dengan satu hartanah, lihat 100 hartanah, lawat 10 dan belinya 1.
Berusahalah anak muda, kita bukan kerabat diraja. Kita rakyat jelata yang perlu berusaha untuk membeli rumah pertama.
HIJABISTA: Sebelum membeli sesebuah kediaman, perlu ukur baju di badan sendiri. Jangan terikut-ikut rakan lain yang membeli rumah mahal. Mungkin mereka mempunyai pendapatan lebih apatah lagi setiap orang, punya komitmen yang berbeza.
Sumber kredit: Azizul Azli Ahmad Top image: Photo by Jonathan Borba from Pexels
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Produk Terbaik Hilangkan Parut Hitam Untuk Wajah Flawless. Hijabi Ini Kongsi Senarai Krim Terbaik!
Isi Kandungan
ToggleKehadiran parut hitam dan juga jeragat di muka memang boleh buatkan kita berasa tak yakin dan rendah diri. Nak berhadapan dengan orang ramai pun rasa tak seronok. Bagaimana nak hilangkan dark spot ni sebenarnya?
Mendapat ribuan share di facebook, Izzaty Jamal telah berkongsikan produk-produk yang boleh menghilangkan parut hitam ini dan boleh didapati di drugstore. Mudahkan?
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Harganya juga berpatutan!
Nano white intensive brightening/Dark spot serum
COSMODERM LUMINOUS DARK SPOT CORRECTOR
Lepas ni sis yang nak cuba produk ni boleh segera bergegas ke drugstore untuk hilangkan kesan parut hitam ni. Ternyata sis Izzaty berpuas hati dengan produk yang dimiliki, admin kongsi juga beberapa produk solusi untuk hilangkan parut.
Berikut senarai krim di pasaran untuk hilangkan kesan parut hitam:
Bagaimanakah krim parut berfungsi?
Parut terjadi kerana tindak balas penghasilan kolagen semulajadi yang berlebihan akibat luka. Krim parut mengandungi bahan-bahan seperti silikon, vitamin E, allantoin yang dapat mencerahkan warna parut dan memberi kelembapan mencukupi bagi melembutkan dan meratakan bahagian berparut tersebut.
1. DERMATIX Advanced Scar – Formula untuk parut di kaki/ kesan air panas
Krim parut untuk luka ini mengandungi teknologi CX5 yang inovatif dan mengandungi ramuan unik ester Vitamin C yang memberikan faedah perlindungan dan bertindak sebagai agen pencerah kulit. Selamat digunakan untuk semua peringkat umur dan disyorkan oleh pakar bedah plastik. Boleh digunakan pada bekas luka yang tidak melebihi 2 tahun seperti pembedahan, luka atau kesan terbakar kecuali luka terbakar tahap ketiga. Krim untuk menutup kesan parut akibat chicken pox
2. ROSKEN Skin Repair High Potency Vitamin E Cream untuk menutup kesan parut akibat chicken pox
Krim parut ini menggalakkan pertumbuhan semula sel untuk parut, tanda regangan dan kecacatan kulit. Krim ini kaya dengan emolien yang dirumuskan dengan Vitamin E berkualiti tinggi serta diperkaya dengan Butter Cocoa dan Shea Butter. Ia dapat membantu melindungi anda daripada tanda-tanda penuaan dan menyembuhkan kulit kering serta rosak. Hilangkan parut di muka seperti kesan kehitaman dan jerawat dengan krim ini
3. SHISEIDO White Lucent Multibright Night Cream hilangkan parut di muka seperti kesan kehitaman dan jerawat
Krim malam multifungsi ini membantu mengurangkan penampilan bintik atau parut hitam dan kesan jerawat. Diuji melalui teknologi SAKURA Resist dengan formulasi dari ekstrak bunga sakura yang membantu meminimumkan kesan parut serta kemunculan bintik-bintik gelap di masa hadapan.
Formula mencerahkan yang sangat berkesan tetapi lembut boleh digunakan setiap hari sebagai krim malam untuk mencerahkan secara intensif atau sebagai topeng malam untuk rawatan anti-parut dan kelembapan. Sesuai untuk hilangkan kesan gigitan nyamuk dan melegakan kegatalan
4. SKINLABS Vitamin E Cream untuk hilangkan kesan gigitan nyamuk dan melegakan kegatalan
Krim parut yang mengandungi pelembap melicinkan dan kaya dengan anti-oksidan. Ia mengandungi 10,000 i.u Vitamin E pekat yang menyediakan perlindungan kulit secara komprehensif dan terapi kulit yang berkesan.
Ia membantu mengurangkan kesan parut luka, mengurangkan tanda regangan, mencegah kulit kering, retak dan rosak serta penuaan awal kulit yang berkaitan dengan pendedahan kepada sinaran UV matahari. Krim ini juga mampu meminimumkan kesan parut yang gatal akibat gigitan nyamuk.
5. Mederma Proactive Gel berkesan untuk menghilangkan parut keloid
Krim parut gel ini berfungsi untuk mengurangkan parut pada seluruh badan anda. Gel ini merawat bekas parut dan terbukti secara klinikal serta disyorkan oleh doktor kerana ianya selamat untuk digunakan oleh semua jenis kulit.
Formula gel proaktif mengandungi gabungan khas bahan aktif Cepalin, Allantoin dan Aloe Vera untuk mempromosikan proses penyembuhan kulit dan memperbaiki kulit. Terbaik untuk menghilangkan kesan parut dan selulit selepas bersalin
6. Palmer’s Cocoa Butter Stretch Mark Lotion hilangkan kesan parut dan selulit selepas bersalin
Krim parut dalam bentuk losyen ini sesuai untuk menghilangkan kesan parut dan selulit selepas bersalin. Diformulasikan dengan Cocoa Butter Palmer yang dapat membantu meningkatkan keanjalan dan mengurangkan penampilan kesan regangan pada kulit.
Diperkaya dengan bahan-bahan semulajadi yang dapat mengekalkan lembapan dan sesuai untuk kegunaan pada seluruh badan sebagai gantian pelembap kulit. Krim ini berasaskan hypoallergenic, bebas minyak mineral, paraben, phthalate serta disyorkan oleh ahli Dermatologi, selamat untuk kulit anda.
7. COSMODERM Vitamin E Cream 1000 IU with Rosehip Oil memperbaiki kesan parut luka
Cosmoderm Vitamin E Cream adalah krim wajah yang menyuburkan, menghidupkan semula dan melembap jauh ke dalam kulit wajah untuk mencegah kesan penuaan pramatang. Krim ini juga dapat memudarkan kedut, garis halus dan bekas luka sambil menegangkan kulit.
Dengan ramuan khas campuran minyak vitamin E yang mampu untuk merangsang penyembuhan parut, kehitaman dan parut jerawat lebih cepat. Krim ini terbaik untuk kulit kombinasi, biasa dan berminyak.
8. NB Acne Scar Cream untuk hilangkan parut jerawat berlubang di muka
Sesuai untuk semua jenis kulit, serum ini mengandungi bahan antiseptik untuk mematikan semua bakteria tanpa menyebabkan pengelupasan. Ia juga dapat memudarkan & menghilangkan parut lekuk, mengecutkan jerawat, menghilangkan jeragat, mengawal kulit yang berminyak, mengecilkan liang pori, melembapkan kulit kering dan merawat rasa gatal untuk masalah kulit alergik dan ezcema. Ia juag (juga) boleh digunakan untuk mengurangkan kesan sunburn.
9. Shaklee Essential Herbal Blend Multi Purpose Cream hilangkan parut gigitan nyamuk, ruam dan eczema pada bayi
Krim herba semulajadi yang mempunyai 1001 kebaikan ini adalah sesuai untuk bayi dan juga orang dewasa. Antaranya kebaikannnya adalah menghilangkan segala jenis kesan parut seperti gigitan nyamuk, ezcema dan melecur, membuang angin dalam perut, merawat ruam dan bermacam- macam lagi!
10. Azanis Scar Serum hilangkan kesan parut kudis
Serum ini mengandungi Vitamin E 100% semulajadi dari sumber soya yang mempunyai 50% lebih kuasa antioksidan dan menyerap dengan lebih baik daripada Vitamin E sintetik.
Serum ini bertindak dari dalam dan menolak sel-sel parut ke permukaan paling atas untuk proses penukaran kulit. Penghasilan sel-sel normal anda akan meningkat dengan mendadak dan menggantikan sel-sel parut anda.
Kredit: facebook Izzaty Jamal Sumber produk: Productnation
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Aktivis ‘Anti Islam’ Ini Akhirnya Dikurniakan Hidayah, Terbuka Hati Peluk Islam!
Isi Kandungan
ToggleHidayah itu milik Allah swt, dan akan dikurniakan kepada hamba-hambanya yang terpilih sahaja. Begitu juga kisah seorang aktivis ‘anti Islam’ yang akhirnya memeluk Islam setelah dikurniakan hidayah.
Terdahulu, pada 2015, Shermon Burgess merupakan bekas ketua kumpulan sayap kanan United Patriot Fronts (UPF) dan terkenal sebagai pemprotes anti-Islam yang berhasrat menghancurkan pembinaan masjid di Bendigo.
Namun, pengumuman Burgess baru-baru ini yang bertindak mengisytiharkan dirinya kini seorang muslim dan telahpun memeluk agama Islam mencetuskan kejutan bagi orang ramai, khususnya puak berhaluan kanan.
Peluk Islam Kerana Tertarik Dengan Pendirian Islam Terhadap Isu Maskuliniti
Burgess menjelaskan, tujuan utama dia akhirnya terbuka hati untuk memeluk agama Islam adalah kerana begitu tertarik terhadap pendirian teguh Islam berhubung isu maskuliniti, peranan jantina dan penentang total terhadap lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ).
Ketika ditemubual secara eksklusif menerusi portal berita Australia yang dikenali sebagai Crikey, Burgess mendedahkan bahawa kali pertama hatinya disentuh untuk memeluk Islam adalah semasa dunia termasuk Australia dilanda pandemik Covid-19.
Menurutnya lagi, antara titik penting dna sejarah bermakna bagi dirinya adalah ketika bertemu dengan Ketua Muslim Freedom Movement, Youssra Rose yang menjadi pengantara dan banyak berkongsi input dan pandangan lebih jelas untuk dia memahami Islam.
Artikel berkaitan: Melampau! Golongan ‘Islamophobia’, Bakar Dan Gantung Kepala Babi, Rencatkan Pembinaan Masjid Di Korea Selatan
“Anda mesti tidak percaya melihat saya berdiri bersama orang Islam untuk berjuang dengan tujuan sama, namun kini banyak yang telah berubah.
“Kini saya bersama komuniti Muslim untuk melawan penindasan Zionis dan Freemason yang memerintah,” katanya.
Berita Buruk Kepada UPF Ini, Menjadi Kecaman Dan Ancaman Terhadap Burgees!
Malah, Burgees berkata, sebaik sahaja bekas ahli-ahli UPF cakna berkenaan perkara ini, dia telah menerima banyak kecaman dan ugutan. Lebih buruk lagi, akaun media sosialnya dihujani dengan kata-kata kesat yang begitu teruk.
Bagaimanapun, Burgess sedikit pun tidak terkesan dan perkara itu membuatkan dirinha terus bersemangat untuk terus mendalami dan mempelajari agama Islam.
“Ramai antara mereka merupakan peminum arak tegar. Malah, mereka juga mempunyai kehidupan yang tunggang-langgang.
“Saya suka dengan aspek kesihatan Islam yang melatih dan menghalang penganutnya daripada mengambil alkohol serta dadah,” ujar Burgees.
Burgess turut mengakui bahawa kehidupannya setelah bergelar seorang muslim, jauh lebih teratur dan bermakna berbanding sebelum dirinya mengucapkan dua kalimah syahadah.
Sekadar info, terdahulu, Burgess pernah melabelkan Islam sebagai mundur dan menegaskan agama tersebut tidak sesuai diamalkan dalam cara hidup orang tempatan di Australia.
Dia juga menghasilkan pelbagai kandungan berbaur perkauman dan menghasut di laman media sosialnya ‘The Great Aussie’ sebagai tanda kebencian terhadap komuniti Muslim.
Sumber: Sinar Harian
Artikel berkaitan: Dua Hari Setelah Peluk Islam, Aktres Perancis Marine El Himer Jejak Kaki Ke Tanah Suci Tunaikan Umrah
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Akibat Gila Membeli-Belah, Rosak Diri Sendiri! Amalkan 5 Tip Ini Untuk Membeli Dengan Bijak!
“Alamak! Saya ada hutang kad kredit sebanyak RM 9 ribu ringgit! Semuanya gara-gara nafsu membeli-belah yang sangat teruk!”
Bagi anda pencinta fesyen, kad kredit ataupun kad debit bukanlah rakan baik anda malah ia dikira sebagai ‘kawan makan kawan’! Menjanjikan pelbagai tawaran menarik saat menggunakannya, namun bila sudah mencapai satu tahap, ia seolah-olah menjadi musuh yang tidak disangka-sangka! Awas ya!
Tidak salah untuk anda berbelanja, terutamanya kepada mereka yang benar-benar mencintai dunia fesyen. Namun biarlah berpada-pada. Jangan membeli kerana kehendak, namun membelilah kerana keperluan. Jangan memakai sehingga tidak berwang, malah pakailah sekiranya memiliki wang.
Kali ini, team Hijabista akan kongsikan beberapa langkah bijak untuk anda berjimat-cermat sambil mampu membeli-belah dengan puasnya!
1. Akaun berbeza
Wang simpanan anda bukan hanya boleh disimpan dalam satu akaun sahaja. Malah, ia boleh disimpan dalam akaun yang berbeza! Risikonya apabila anda menyimpan wang anda dalam satu akaun, kebarangkalian untuk anda menggunakan wang itu sangatlah tinggi!
Seperti contoh, buka akaun bank dan simpan sebahagian daripada wang gaji setiap bulan semata-mata untuk membeli busana idaman. Jadi, secara tidak langsung, anda dapat menyimpan wang anda untuk digunakan apabila kecemasan!
2. Katakan “TIDAK” kepada kad kredit
Ingat ya, kad kredit bukan kawan malah musuh terdekat anda! Hati-hati dengan penggunaan kad kredit kerana ia mungkin akan memakan diri sendiri. Sebenarnya kad kredit mendorong anda untuk menjadi pengguna yang rakus dan tidak berhati-hati dalam menguruskan kewangan.
Oleh kerana itu, cuba untuk elakkan dari menggunakan kad kredit kerana ia boleh menyebabkan anda terbeban dengan hutang yang banyak. Lebih baik sekiranya anda menyimpan duit dan berjimat untuk mendapatkan apa yang anda impikan.
3. Menjual barangan sendiri
Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan! Ha! Jika anda mahukan sesuatu benda, pasti anda harus melakukan sesuatu untuk memilikinya! Jadi, apa kata anda menjual barangan anda yang sudah tidak digunakan supaya kewangan anda cukup untuk membeli barangan yang ingin dibeli.
Gunakan konsep ‘opportunity cost’ dalam kaedah ini. Anda jual barangan yang anda sayang, untuk memiliki barangan yang anda suka! Asingkan aksesori dan pakaian yang tidak muat atau tidak lagi sesuai untuk anda, dan cuba jualkannya di bazar fesyen atau e-Bay. Ia membantu anda untuk menambah koleksi baru pakaian anda!
Baca juga: Gaji Selalu Habis Di Tengah Bulan, Ikuti Langkah Terbaik Ini Untuk Duit Selalu Ada Dalam Bank!
4. Kehendak VS Kemahuan
Ramai yang hampir lupa tentang kaedah perbelanjaan ini. Biarpun ia melibatkan kos keluar, namun anda harus bijak mengutamakan barangan kehendak ataupun kemahuan. Tumpukan dahulu pada barangan kemahuan daripada kehendak!
Kurangkan perbelanjaan makan tengah hari di restoran mewah atau keinginan ke Starbucks setiap hari. Merokok juga patut dielakkan. Wang yang digunakan untuk perkara tidak penting ini boleh disimpan dan membantu anda mendapatkan beg tangan baru di pasaran.
5. Jadi kreatif, beli di bundle!
Jika anda seorang yang celik fesyen, apa kata anda cuba untuk membeli barangan di bundle yang lebih murah harganya dan amalkan konsep suai padan yang kreatif! Jika tidak mampu untuk mendapatkan kesemua koleksi baru, apa kata jadi lebih kreatif dengan memadankan koleksi yang anda ada dan cipta stail tersendiri.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI