Salah satu perkara yang paling merisaukan wanita adalah masalah perut buncit. Siapa yang tak risau bila seluar yang dipakai sudah tidak muat lagi dan bila pakai baju pula, perut membonjol ke hadapan. Aduh malunya.

Tentu pelbagai usaha akan dilakukan untuk mendapatkan perut yang kempis. Jika anda sudah cuba pelbagai cara tetapi asyik tak menjadi, apa kata cuba petua yang dikongsikan oleh Raudatul Zahraa Hijab yang menggelar dirinya sebagai Kak Rauda di dalam Instagramnya.

Petua ini sudahlah sedap, perut pun boleh kempis. Jom ikuti perkongsiannya…

Siapa yang susah sangat nak membuang dan tiap-tiap kali nak membuang mesti sembelit. Kadang-kadang ade yang kak rauda tahu sampai sebulan baru membuang. Allahu.

Ads

Jangan Tak Percaya, Yakult & Nata De Coco Sebenarnya Boleh Bantu Kempiskan Perut

Nampak macam benda biasa kan tapi bila dibiarkan lama-lama bahaya tau, dia boleh efek masalah pencernaan u'olls dan jangan buat main-main kalau ada masalah susah nak membuang ni.

Ads

Kalau u'olls nak tahu penyakit yang berpunca dari masalah penghadaman ni merupakan punca keenam kematian dari tahun 2008 lagi.

Jadi dekat sini kak rauda nak share satu rahsia dan tips bukan sekadar untuk senang membuang tapi bagi perut yang buncit ni kempis lagi.

Ads
Jangan Tak Percaya, Yakult & Nata De Coco Sebenarnya Boleh Bantu Kempiskan Perut Jangan Tak Percaya, Yakult & Nata De Coco Sebenarnya Boleh Bantu Kempiskan Perut

Biasanya yang kita tahu kalau nak kempiskan perut minum yougurt, vitagen, yakult semua tu kan tapi hari ni nak kongsi tips kempiskan perut dengan NATA DE COCO dan yakult je.

Cara-Caranya:

  1. Buang air manisan NATA DE COCO dan gantikan ia dengan air putih.
  2. Ambil sebotol minuman yakult dan campurkan bersama-sama 12 – 15 kiub nata de coco.
  3. Amalkan minum setiap kali bangun tidur (sebelum sarapan dan sebelum tidur. (2 kali sehari)

Tapi kalau rasa macam malas nak buat benda-benda mudah ni dan nak lagi mudah sapu je WD, hari-hari membuang tau, pakej kurus lagi. Hiksss. Ape pun jangan lupa tag kawan-kawan sekali share info ni tau. Selamat mencuba.

Sumber: IG @raudatulzahraahijab

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI