Lain orang lain kelebihan yang dikurniakan kepada Ilahi. Baru-baru ini viral kisah seorang instafamous yang dikatakan gagal dalam kebanyakan mata pelajaran. Pengakuan berani itu menyebabkan dirinya dikecam netizen. Berlainan pula kisah gadis ini yang turut terpanggil menjawab persoalan diajukan kepadanya berhubung isu ini.

A post shared by Siti Hawa MN? (@sitiawe) on


Dia yang yang dikenali dengan nama Kak Citi Awe sering muncul dalam video Mat Lutfi ini juga merupakan seorang ahli farmasi yang cukup cemerlang dalam pelajarannya.

Menurut Kak Citi Awe setiap orang itu mempunyai kurniaan atau kebolehan yang berlainan. Dan masing-masing terpulang pada rezeki masing-masing.

My DM is full with request to talk about this, so here is my comment.

Lain orang Allah kurniakan kebolehan yang berlainan. Ada yg tak rajin study tapi jenis cepat pick up. Ada org pandai tapi family susah jadi tak dapat focus belajar, result tak gempak. Ada orang rajin belajar tapi result masih biasa2. Ada yang tak pandai akademik tapi skill dan kemahiran lain luar biasa power dia. Rezeki masing2.

Ads

A post shared by Siti Hawa MN? (@sitiawe) on


Dia turut mengingatkan adab dengan guru. Cepat-cepat minta maaf dengan cikgu takut ada ilmu terhijab.

Tak kisah la 17A+ ke 7G ke 4flat setiap sem ke, yang penting kita berusaha betul2. Adab menuntut ilmu, adab dengan guru, budi bahasa. Dulu takut sgt kalau cikgu kecik hati. Setiap patah keluar dr mulut sgt berhati-hati. Kalau result tak elok cepat2 minta maaf dengan cikgu takut ada ilmu terhijab.

A post shared by Siti Hawa MN? (@sitiawe) on


Pesannya lagi jangan sampai tak belajar sebab seronok dapat duit paid review. Takut kalau Tuhan cabut nyawa awal.

Followers & fame ni temporary je. Nak tiktok & musically berpada-padalah adik2, jangan sampai tak belajar sbb seronok dapat duit paid review. Jauh lagi perjalanan hidup kita ni. Tu pun kalau tuhan tak cabut nyawa awal.

Ads

A post shared by Siti Hawa MN? (@sitiawe) on


Tak pandai takpe, janji jadilah manusia yang menyumbang kepada masyarakat.

Kalau tak nak sambung belajar takpe, tapi jangan cakap “aku belajar takat SPM, takde pelajaran pun lagi kaya” sebab hidup kita ni bukan duit semata2. Dan yang paling penting, tak pandai takpe. Janji jadi lah manusia yang menyumbang kepada masyarakat, tak buang sampah tepi jalan, tukar lane bagi signal & flush lepas bae-rak.

Ads

A post shared by Siti Hawa MN? (@sitiawe) on


Turut dipaparkan keputusan SPM 10 tahun lalu. Bukan untuk menunjuk tetapi sekadar berkongsi pengalaman betapa pelajaran itu penting untuk masa depan.

Disclaimer just in case, i sat for my SPM 10 years back. Dah tkde makna dah pun nk berlagak show off result. Org umur 27 berlagak dgn result SPM ni umpama berlagak menang pertandingan mewarna masa darjah 3. In fact sekarang pun i am just a mediocre junior pharmacist, clinical pun tak power. Itu sahaja pesanan khidmat masyarakat daripada kakcitiawe

My DM is full with request to talk about this, so here is my comment. – Lain orang Allah kurniakan kebolehan yang berlainan. Ada yg tak rajin study tapi jenis cepat pick up. Ada org pandai tapi family susah jadi tak dapat focus belajar, result tak gempak. Ada orang rajin belajar tapi result masih biasa2. Ada yang tak pandai akademik tapi skill dan kemahiran lain luar biasa power dia. Rezeki masing2. – Tak kisah la 17A+ ke 7G ke 4flat setiap sem ke, yang penting kita berusaha betul2. Adab menuntut ilmu, adab dengan guru, budi bahasa. Dulu takut sgt kalau cikgu kecik hati. Setiap patah keluar dr mulut sgt berhati-hati. Kalau result tak elok cepat2 minta maaf dengan cikgu takut ada ilmu terhijab. – Followers & fame ni temporary je. Nak tiktok & musically berpada-padalah adik2, jangan sampai tak belajar sbb seronok dapat duit paid review. Jauh lagi perjalanan hidup kita ni. Tu pun kalau tuhan tak cabut nyawa awal. – Kalau tak nak sambung belajar takpe, tapi jangan cakap “aku belajar takat SPM, takde pelajaran pun lagi kaya” sebab hidup kita ni bukan duit semata2. Dan yang paling penting, tak pandai takpe. Janji jadi lah manusia yang menyumbang kepada masyarakat, tak buang sampah tepi jalan, tukar lane bagi signal & flush lepas bae-rak. – Disclaimer just in case, i sat for my SPM 10 years back. Dah tkde makna dah pun nk berlagak show off result. Org umur 27 berlagak dgn result SPM ni umpama berlagak menang pertandingan mewarna masa darjah 3. In fact sekarang pun i am just a mediocre junior pharmacist, clinical pun tak power. Itu sahaja pesanan khidmat masyarakat daripada kakcitiawe?

A post shared by Siti Hawa MN? (@sitiawe) on

KREDIT FOTO: INSTGRAM KAK SITI AWE

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI