Insan bernama isteri ini adalah makhluk yang perlu dimuliakan. Bukan dengan sengaja untuk menyakitkan hatinya. Hidup boleh jadi tak berkat dan tidak dimurahkan rezekinya jika ada niat begitu. Ini dikongsi oleh Ustaz Ebit Lew yang menceritakan pengalaman seseorang yang begitu memuliakan isterinya ini.
REZEKI MELIMPAH RUAH
Sakitkan hati isteri boleh berlaku atas banyak sebab, tetapi ramai suami yang berpura-pura buat tak nampak dan tak kisah sebab tak nak panjangkan cerita. Tetapi yang mana masih mencari sebab kena rezeki kurang lebat, tolonglah baca perkongsian Ebit Lew ini…
Malam tadi jumpa dengan kontraktor yang jujur dan rajin. Terkesan dan kagum bila jumpa dalam masa 3 tahun ni. Rezekinya melimpah ruah berkat kerja keras dan kejujuran. Jujur dalam kerja dan jujur dalam keluarga..Jaga isteri, ibubapa dan jujur…itulah kuncinya dalam pekerjaan.
Ya Allah….kaulah segalanya.. Subhanallah, lawa rumah. Cantiknya..yerlah kontraktor..buat sendiri jer.. Dia ucap terima kaseh pada saya. Kerana baru dia siapkan 3 projek besar. Berjuta nilainya..
BICARANYA TAK LEKANG SEBUT ISTERI
Dia ucap terima kasih pada saya kerana ramai kawan-kawan fb ustaz beri projek padanya. Jawab saya, itu semua dari Allah selagi kita jujur dan beri yang terbaik kerana Allah. Semuanya cuma bermakna bila kita buat kerana Allah.. saya takkan cerita pada orang jika kerjanya teruk, tak jujur dan berkualiti. Yang gerakkan hati untuk menulis pun Allah.
Bila berbual dia tak lekang menyebut isterinya. Katanya sehingga hari ini dia lepas solat tak pernah tinggal doakan ibubapa, ibubapa mertua dan isteri. Ramai orang hidup jadi kelam kabut. Bila tanya rupanya tak sempat berdoa. Solat pun tak..bagaimana harapkan rezeki jika tak sujud pada pemberi rezeki.
Seterusnya katanya saya mendapat doa isteri. Isterinya yang sentiasa mendoakannya. Saya tahu rezeki saya kerana Allah sayang isteri saya. Rezeki anak-anak. Saya jaga hatinya. Saya jujur padanya.
Saya tahu dia memang begitu. Dia selalu khidmat mak ayah mertua ke sana sini. Katanya pada saya, betul kata ustaz..siapa sakitkan hati isteri memang Allah jadikan hidupnya tak berkat. Tak berjaya. Kerana wanita yakni isteri siang malam uruskan keluarga..mereka amanah dan anugerah Allah.
PANGGIL ISTERI BIDADARI
Saya pun panggil isteri saya. Isteriku Bidadari. Saya baca buku isteriku Bidadari tu dari kulit sampai kulit. Saya dah ulang 5 kali ustaz..benar-benar menusuk kalbu. Saya cuba amalkan setiap bab. Saya beli dan hadiah pada kawan-kawan kontraktor yang lain. Saya kata baca buku ini rezeki bukan tentang pandai cari duit. Tapi jadi hamba Allah yang baik dan sayangi keluarga..jujur pada isteri. Jujur pada orang kita sayang.
Ramai orang ingat, duit cuma bekerja siang malam. Ramai orang ingat rezeki bila pandai, cantik, glamour. Ramai orang terlupa ada orang memiliki semua tapi dicabut bahagia dalam hidupnya. Dia tak tahu erti syukur. Ada isteri tak hargai. Ada anak tak dipandang. Ada ibubapa tidak dihormati..
Hakikatnya semua dari Allah. Allah beri bila kita buat baik pada isteri buat baik pada mak ayah dan semua. Bagaimana kita melayani yang dibumi. Begitulah kita dikasihi dan disayangi Allah.
Artikel Berkaitan: Wanita Keras Kepala Rupanya Calon Terbaik Jadi Isteri
SUMBER: Ustaz Ebit Lew
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buang Aura Negatif! 7 Doa Penenang Hati Yang Untuk Menghilangkan Stres, Sedih, Dan Gelisah
Hidup tidak selalunya indah. Ada masanya, anda pasti akan alami ‘bad day’ hingga merosakkan mood anda sampai ke malam. Bawa bertenang hijabi, ingatlah perasaan amarah itu merupakan sifat syaitan. Sebaiknya, hindari sifat buruk ini.
Sekiranya anda mengalami ‘bad day’, cuba baca 6 kata-kata positif ini. Pasti anda akan kembali bersemangat! Jangan lupa sebarkan kepada kawan-kawan di media sosial supaya semua menjadi positif. Singkirkan aura negatif, yang penting cuba amalkan 7 doa ini juga.
1. “Being positive isn’t pretending that everything is good. It’s seeing the good in everything.”
Ya, menjadi positif itu tidak semestinya berpura-pura bahawa semuanya baik. Tetapi sebenarnya ia melihat sesuatu perkara dari sudut yang baik. Pasti ada hikmah di sebalik perkara yang terjadi kan?
2. “Never let a bad situation bring out the worst in you. Be strong and choose to be positive.”
Sebaik-baiknya, jangan biarkan situasai yang buruk itu menguasai diri anda. Daripada bersifat negatif, lebih baik anda kuat dan berfikiran positif. Memang susah tetapi individu yang hebat pasti mampu melakukannya!
3. “Love yourself. It is important to stay positive because beauty comes from the inside out.”
Sayangi diri anda dahulu kerana ia merupakan perkara yang utama untuk kekal positif. Kecantikan datang daripada dalam dan luar. Kedua-duanya haruslah seiring.
4. “When you think positive, good things happen.”
Tidak dapat dinafikan, kata-kata ini memang tepat sekali! Sekiranya anda berfikiran positif, pasti akan ada perkara yang baik muncul. Jadi, jangan sesekali berfikiran negatif okay!
5. “I surround myself with good people who make me feel great and give me positive energy.”
Pastikan anda berkawan dengan sahabat yang baik dan positif kerana ia akan buat anda lebih bersemangat dan memberi tenaga yang positif.
6. “When you wake up every day, you have two choices. You can either be positive or negative; an optimist or a pessimist. I choose to be an optimist. It’s all a matter of perspective.”
Setiap pagi selepas bangun tidur, anda mempunyai dua pilihan sama ada mahu menjadi seorang yang positif atau negatif, optimis atau pesimis. Pilihlah untuk menjadi positif dan optimis. Ia akan menceriakan hari anda. Percayalah.
7 Doa Penenang Hati Yang Untuk Menghilangkan Stres, Sedih, Dan Gelisah
Berikut adalah himpunan doa penenang hati dari Al-Quran dan hadis yang boleh diamalkan. Ianya pendek dan mudah dihafal.
Doa 1
اَللّٰهُمَّ اِنِّىْ اَعُوْذُبِكَ مِنْ جَهْدِالْبَلَاءِ وَدَرْكِ الشَّقَاءِ وَسُوْءِ الْقَضَاءِ و شَمَاتَةِ الْاَعْدَاءِ
(Allahumma inni a’uuzubika min jahdil bala’. Wa darkish shaqa’. Wa suu il qadhaa’. Wa shamaamatil a’daa’.)
Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari menemui penderitaan, dari takdir yang buruk & dari keberhasilan musuh
– Sahih Bukhari
Doa 2
يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْث
(Yaa hayyu yaa qayyuumm. Bi rahmatika astaghiiths.)
Maksudnya: Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan.
– Hadis Riwayat Tirmidzi
Doa 3
اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا
(Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla wa anta taj’alul hazna iza syi’ta sahla)
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau mengkehendakinya.”
– Sahih Ibnu Hibban
Doa 4
اَللَّهُمَّ اِنِّى اَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ
وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ
وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ
وَاَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّ جَالِ
(Allahumma inni a’uuzubika minal hammi wal hazan. wa a’udzubika minal ajzi wal kasali, wa a’udzubika minal jubni wal bukhli, wa a’udzubika min ghalabatid daini wa qahrir rijaal.)
Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.
– Sahih Bukhari
Doa 5
لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ
(Laa ilaaha illa anta subhaanaka inni kuntu minaz zholimin.)
Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari pada orang-orang yang menganiaya diri sendiri.
– Surah Al-Anbiya’ Ayat 87
Doa 6
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
(Rabbish rahli sadri. Wayassirli amri. Wahlul uqdatam millisani. Yafqahu qauli)
Maksudnya: Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku, dan lancarkanlah lidahku supaya mereka faham ucapanku.
– Surah Taha Ayat 25-28
Doa 7
حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
(Hasbunallah wanikmal wakil)
Maksudnya: Cukuplah Allah sebagai Pelindung kami
– Surah Al-Imran Ayat 173
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cukur Bulu Ketiak Sampai Kena Bedah, Instafamous Terpaksa Bayar RM17K
Terkena jangkitan selepas mencukur bulu ketiak memang menakutkan. Paling ‘seram’ apabila terpaksa mengeluarkan belanja besar sehingga RM17,000. Melalui perkongsian Instafamous, Faizdickie, lelaki ini berkongsi pengalaman terpaksa dibedah gara-gara jangkitan selepas mencukur bulu di ketiaknya.
Jangkitan kuman yang dikenali sebagai ‘Abscess’ ini merupakan sejenis bengkak yang bernanah.
Ikuti perkongsian Faizdickie
PART 1 | Bayangkan sebab KETIAK, kau kene bayar RM17,000! Mana tak pening oi! Haha
Kisah ni jadi bulan March hari tu. Ramai #Villagepeople terkejut and curious bila abang masuk wad kene operate. Now meh abang share what actually happened:
1. One day abang perasan kat ketiak abang mcm ada jerawat. Usually biasalah lepas shave bulu ketiak, akan ada irritation sikit and after few days benda tu akan hilang.
2. Lepas 4/5 hari ‘jerawat’ tu makin membesar macam bisul. First time jadi kat abang so kita just bubuh krim farmasi lah. Tapi makin lama makin sakit sampai susah nak gerak tangan.
3. Abang pi klinik and doc kata tu adalah abscess. Dia terus rujuk ke hospital. Abang gi Thompson Hospital (icing gi pvt hosp sebab fikir ada amik insurans Great Eastern – GE). Haha
4. Doc hospital confirmkan yang it is abscess and puncanya besar kemungkinan sebab infection masa shave bulu ketiak! Apoo! Haha
5. Apparently, kuman tu ada kat whole over our body so masa shave tu maybe ada luka kecil yang kita tak perasan. So kuman tu masuk and berlakulah infection. Doc cakap ni kene minor operation untuk buang abscess tu. Wadefak
6. Tanya kos, doc kata anggaran RM5-8k untuk operate. Malangnya masa mintak Guarantee Letter kat GE, kene rejek pulak! Kelam kabut contact ejen insurans @sharifahnurnalia and she convinced me to proceed and nanti claim balik dari insurans.
7. Mujur ada saving so proceed ngan admission ward and operation. Nak dijadikan cerita, operation buang abscess tu kene dua kali pulek! First – operate buang. Then a week later, jahit balik. Tempoh seminggu tu untuk kasi daging yang rompong tu heal dulu. Yih
8. Time tu dah pening dah sebab satu; risau nak operate dan dua; dok pikir bil hospital yang totalnya dekat RM17,000 untuk 2 operation, ward, rawatan susulan. Haaa
9. Alhamdulillah operation ok. 2 hari lepas tu dah discharge tapi everyday selama seminggu kene ulang-alik cuci jahitan kat hosp. Everytime cuci, kene byr RM seratus lebih.
10. Lebih kurang sebulan selepas tu, jahitan pun dibuka. Kalau orang lain ada parut kat muka, kening etc, abang plak ada parut sejengkal kat ketiak. Tak gangster langsung! Haha
View this post on InstagramA post shared by Faizdickie (@faizdickievp) on
PART 2
11. Now, ketiak dah jahit tapi poket pulak yang rabak sebab bil total hospital adalah around RM17,000. Semua guna duit saving sebab GL rejek haritu (insurans belum matang habis, lagi 3-4 bulan baru fully matured). Hea
12. Bermulalah kisah isi borang claim, amik medical report etc. Part ni renyah gak tapi ejen abang si @sharifahnurnalia banyak membantu walaupun time tu dia dah nak beranak. Haha
13. Honestly I was skeptical psl insurans sebenarnya. Lagi-lagi masa GL kene rejek. Masa tu risau cash yang dah didahulukan tu burn macam tu je. Tapi since abang first time kene abscess ni and doc pun kata I SHOULD get my claims, abang lega sikit.
14. Alhamdulillah after 5 month menunggu. Dapat SMS mengatakan claim abang APPROVED! Time tu jugak cek account and RM16,377.98 dah masuk dalam acc! Yahooo
15. Now what I’m trying to say thru this post is, FIRSTLY, sebelum kau feeling nak masuk pvt host memahal, make sure kau ada insurans yang valid dan ada spare cash in case GL ko rejected. Yihh
SECONDLY, berhati-hati masa shave bulu ketiak! Doc bagitau yang sometimes luka yg miniscule (kecik benau) pun boleh jadi punca infection. Cara untuk cegah menda ni adalah jangan kasi luka kat area yang lembab cam ketiak, peha etc. Takpun jangan shave, trim je! Baru sexy haha
THIRDLY, tak salah untuk kau ada insurans. Abang bukan ejen or nak promo apa-apa but alhamdulillah in my case, i’m glad abang amik GE 2 tahun lepas. Manalah tau lepas-lepas ni ada sakit lagi ke apa, harapnya GE membantu. Aminn
View this post on InstagramA post shared by Faizdickie (@faizdickievp) on
Hijabi semua, hati-hati ya ketika mencukur bulu di bahagian ketiak. Jangan sampai terkena jangkitan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Berat Dugaan Mualaf Ini Bila Imamnya Dijemput Illahi. Namun Tekad Kekal Berhijab & Mati Dalam Islam!
Sesungguhnya hidayah Allah itu datang dalam situsi yang tidak kita duga. Sebagainya hamba-Nya kita patut bersyukur dengan hidayah yang dikurniakan pada kita. Seperti perkongsian wanita mualaf ini yang dipilih untuk menerima hidayah dari Allah SWT. Tetapi dalam masa sama diduga dengan satu peristiwa yang memberi tamparan besar dalam hidupnya. Bekas pramugari Nur Amiraa Ann Lee Abdullah sangat bersyukur dipilih oleh Allah untuk mengenali Islam walaupun Tuhan menduganya apabila mengambil nyawa insan tercinta, suaminya di awal penghijrahan.
Perkongsiannya bergelar mualaf dalam laman sosial youtube ini begitu menyentuh hati. Menurut Amira, dia mengenali arwah suaminya pada tahun 2009 dan hubungan mereka jadi rapat hinggalah beberapa bulan menyuarakan hasrat untuk berkahwin.
Tak Boleh Tidur Malam
“Ketika itu saya bagi tahu dia, kalau U bukan Islam, memang saya akan terus kata yesss. Namun saya beritahu perlukan masa dan belajar untuk mendalami Islam supaya boleh ikut untuk jadi seorang Muslim yang bagus atau tidak.
“Jadi kemudian saya mula belajar kursus untuk mualaf. Setelah lima hari hati saya benar-benar terbuka setelah mendengar ceramah yang disampai oleh seorang ustazah. Malam itu saya tak boleh tidur sebab takut bila saya tertidur tadi tak bangun dan tidak sempat ucap syahadah.
“Saya memang sangat takut ketika itu walaupun tak pasti ketika itu arwah suami betul-betul ajak kahwin atau tidak,” ungkap Amira yang kemudiannya selepas tiga hari terus mengambil keputusan mengucap khalimah syahadah.
Keluarga Ambil Masa Untuk Terima
“Pada tahun 2009 jugalah saya bergelar seorang mualaf. Dan sejak dari itu saya terus belajar dan pergi kursus untuk mendalami agama Islam. Namun tidak dinafikan saya juga turut berdepan dengan cabaran dan dugaan ketika awal-awal bergelar mualaf.
“Ketika itu saya masih tinggal dengan keluarga dan kita lihat penerimaan keluarga jadi lain sedikit. Maklumlah ketika itu kita tidak boleh makan sama dengan mereka. Malah kakak saya juga rasa sedih bila lihat perubahan diri saya.
“Katanya kenapa kena pakai hijab sedangkan orang lain tak pakai pun hijab. Namun saya terangkan padanya walaupun saya berhijab, hubungan kita sekeluarga tetap tidak akan berubah,” ceritanya lagi yang turut melihat ibunya juga seperti tidak gembira dengan penghijrahannya itu.
“Mak memang nampak tak happy pada mulanya. Setiap kali dia masak dan ajak makan saya akan cakap kenyang. Tetapi sebenarnya kerana saya memang tak boleh makan menggunakan kuali yang keluarga saya gunakan.
“Tapi saya tidak sampai hati nak beritahu pada mak. Emak cakap kenapa tak makan sebab ayam bukan haram. Lepas tiga bulan barulah saya beritahu emak sebab kenapa sering elak makan bersama.
“Saya bagi tahu saya tidak boleh makan menggunakan kuali yang sama dan ayam perlu dibeli yang disembelih terlebih dahulu. Emak kemudiannya membeli kuali baru untuk saya dan keadaan ini membuatkan saya terharu,” tambah Amira yang berkata keluarganya mengambil masa untuk menerima penghijrahan yang dilakukan.
Kumpulkan Solat
Menurutnya dia juga turut berdepan pengalaman dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim dan juga pekerja ketika bekerja dengan MAS.
“Saya akui pada mulanya memang tak pandai nak jaga solat. Saya tahu solat lima waktu dan saya kumpulkan semua solat itu dan melakukannya apabila balik rumah. Bayangkan saya solat sampai tertidur dalam rakaat. Masa itu saya masih lagi dalam proses belajar mengenal Islam.
“Kemudian baru saya sedar cara itu adalah salah dan kita perlu solat ketika masuk waktunya. Tahun kedua masuk Islam barulah saya tahu kita boleh solat jamak. Saya masih ingat lagi satu peristiwa di mana ketika itu flight delay dan saya nak solat jamak untuk Zuhur dan Asar.
“Saya pergi ke tandas untuk buang mekap dan segera ambil wuduk untuk sempurnakannya. Tetapi bila saya nak angkat takbir dengar suara azan Maghrib. Waktu itu saya rasa cukup bersalah pada Tuhan. Saya menangis tersedu-sedan.
“Saya fikir Allah beri saya segalanya tapi kenapa saya tak boleh nak sempurnakan arahannya yang satu itu, iaitu solat. Memang saya tak boleh tahan diri untuk menangis hinggakan orang dalam surau pun berpandangan melihat kelakuan saya itu. Waktu itu saya berdoa agar Allah bukakan jalan untuk saya,” ceritanya yang kemudian bertemu jodoh dengan arwah suaminya.
A post shared by Amira Lee 李恩慧 (@amiraannlee) on
Setahun Kahwin Suami Disahkan Leukimia
“Sebelum itu saya asyik bertanya pada diri saya. Kalau tak jadi kahwin pun saya still lagi jadi Muslim. Saya tanya diri masuk Islam sebab nak kahwin tapi tahu ke nanti berapa panjang jodoh kita. Saya tanya banyak kali persoalan itu kalau jodoh tak panjang, betul ke saya masih Islam, masih lagi berpegang pada Islam, betul ke tetap nak jadi Islam dan jawapannya memang Ya. Walaupun pelbagai cabaran saya tetap mahu jadi seorang Islam.
“Saya masih lagi bekerja walaupun ketika itu sudah berkahwin. Dan ditakdirkan pula mengandung dan saya melahirkan anak pertama kami pada hujung Disember 2012. Tapi siapa sangka tahun depannya itu arwah suami saya, Mohamad Norasyrul Nordin telah disahkan menghidap leukimia pada hari jadi saya.
“Setelah tahu dia sakit dan perlu jalani rawatan, saya ambil keputusan berhenti kerja sebagai pramugari. Saya jaga dia di hospital dan kami sama-sama melawan penyakit yang dideritainya. Saya sentiasa yakin Allah berikan seseorang itu penyakit kerana Allah sayang padanya.
“Walaupun saya sedih tetapi ada kalanya turut rasa down. Bukan senang untuk berhadapan dengan ujian maha hebat ini. Malah kalau diberi peluang biarlah saya yang tanggung segala kesakitannya tapi ia mustahil.
“Dan akhirnya memangf Allah lebih menyayanginya. Suami saya meninggal dua minggu sebelum ulang tahun kelahiran pertama anak perempuan kami,” ujarnya yang mengakui tidak mudah berhadapan dengan situasi berkenaan.
“Bagi saya itulah cabaran paling besar sepanjang bergelar mualaf. Saya tahu Allah tak akan uji jika kita tak mampu. Memang saya sangat down ketika itu. Malah hubungan dengan anak juga tidak begitu rapat kerana saya terpaksa meletakkan dia dalam jagaan keluarga mentua sepanjang saya menjaga suami yang sakit di hospital.
Tetapi kemudianya saya tahu saya perlu bangkit dari kesedihan ini. Saya bertemu saudara baru yang lain dan ketika itu barulah saya tahu ada lagi mualaf lain yang lagi susah situasinya berbanding saya. Misalnya tidak diterima keluarga atau perkara lain.
“Saya reda setiap yang berlaku ada hikmahnya. Saya tahu Allah bukakan pintu hati saya untuk memeluk agamanya yan suci. Saya sedar Allah telah pilih saya dan saya juga memilih Islam sebagai pegangan hidup. Inilah yang memberikan saya semangat,” tambah Amira yang turut dipuji ibunya kerana telah menjadi insan lebih baik dari sebelumnya.
A post shared by Amira Lee 李恩慧 (@amiraannlee) on
Akan Berhijab Sampai Bila-Bila
“Hubungan saya dengan keluarga cukup baik. Saya akan bersama-sama mereka meraikan semua perayaan ataupun jika ada majlis babitkan sanak saudara lain. Saya tiada masalah ke arah itu dan mereka juga faham situasi saya sebagai seorang Muslim.
“”Saya tidak boleh pilih untuk dilahirkan sebagai bukan Islam tapi saya memilih untuk mati dalam Islam. Bila ada orang tanya kenapa kena pakai tudung panjang-panjang (labuh)? Saya akan jawab Kalau saya mau pakai tudung saya akan pakai tudung betul-betul.
“Arwah suami pesan, kalau awak nak pakai tudung kerana saya, bila saya sudah tiada awak akan pakai tudung, buka tudung..pakai tudung buka tudung! Tapi kalau awak pakai tudung kerana Allah SWT, awak akan pakai tudung sampai bila-bila,” tambahnya yang tidak pernah lupa akan pesanan arwah suaminya itu sampai bila-bila.
Menurut Amira juga salah satu anugerah terbesar dalam hidunya adalah menjadi seorang Muslim dan dapat merasai kemanian iman itu. Justeru dia berharap sekiranya dia meninggal nanti berharap agar ada orang yang akan uruskan jenazahnya kerana seluruh ahli keluarganya bukanlah beragama Islam.
Hijabista ucapkan semoga dia terus istiqomah dan kekal dengan cara hidup sebagai seorang Muslim.
VIDEO PENUH:
KREDIT FOTO: INSTAGRAM AMIRA LEE
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI