Ibadah puasa di bulan Ramadhan merupakan salah satu kewajipan kepada umat Islam yang cukup syarat-syarat wajib untuk berpuasa. Ia merupakan salah satu rukun daripada rukun-rukun Islam.

Firman Allah SWT:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa”

Surah al-Baqarah: 183

Nabi SAW telah bersabda:

بُنِيَ الإسْلَامُ علَى خَمْسٍ: شَهَادَةِ أنْ لا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وأنَّ مُحَمَّدًا رَسولُ اللَّهِ، وإقَامِ الصَّلَاةِ، وإيتَاءِ الزَّكَاةِ، والحَجِّ، وصَوْمِ رَمَضَانَ

Maksudnya: “Islam dibina di atas lima perkara: “Mengucap bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah Rasulullah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, melaksanakan haji di Baitullah dan berpuasa di bulan Ramadhan”

Ads

Jangan Suka-suka Batalkan Qada’ Puasa Ramadan Tanpa Uzur, Hukumnya Berdosa

Riwayat al-Bukhari (87) dan Muslim (17)

Qada’ Puasa Ramadhan

Wajib menggantikan puasa Ramadhan yang tertinggal sama ada mendapat uzur (keringanan) dari segi syarak atau meninggalkan secara sengaja. Ini berdasarkan firman Allah SWT:

فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ

Ads

Maksudnya: Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain.

(Surah al-Baqarah, 184)

Hukum membatalkan puasa qada’ adalah berdosa sekiranya tanpa uzur yang disyariatkan seperti haid dan musafir. Ini seperti hadis yang diriwayatkan oleh Ummu hani’ RA:

يَا رَسُولَ اللَّهِ لَقَدْ أَفْطَرْتُ وَكُنْتُ صَائِمَةً ‏.‏ فَقَالَ لَهَا ‏”‏ أَكُنْتِ تَقْضِينَ شَيْئًا ‏”‏ ‏.‏ قَالَتْ لاَ ‏.‏ قَالَ ‏”‏ فَلاَ يَضُرُّكِ إِنْ كَانَ تَطَوُّعًا ‏”‏

Maksudnya: “Wahai Rasullullah, sesungguhnya aku telah berbuka sedangkan aku berpuasa”. Maka Rasulullah SAW berkata kepadanya: “Adakah kamu sedang mengqada’kan sesuatu (puasa)”. Beliau berkata: “Tidak”. Sabda Rasulullah SAW: “Maka tidak memudaratkan (memberi dosa) kepadamu sekiranya ia adalah puasa sunat”

Ads

Hadis Riwayat Abu Daud (2456)

Jangan Suka-suka Batalkan Qada’ Puasa Ramadan Tanpa Uzur, Hukumnya Berdosa

Hal ini dibincangkan di dalam kitab kifayah al-akhyar menyatakan tidak boleh membatalkan puasa qada’ kerana telah memulai sesuatu perkara yang wajib. Oleh itu tidak boleh sengaja membatalkannya melainkan dengan keuzuran yang dibolehkan syarak. (Lihat: Kifayah al-Akhyar fi Hal Ghayatul al-Ikhtisar, 1/207)

Begitu juga Ibnu Qudamah di dalam kitabnya menyatakan: “Barang siapa memasuki di dalam sesuatu perkara yang wajib, seperti qada’ Ramadhan atau Nazar Mua’iyyin atau Mutlak atau Puasa Kaffarah, tidak harus baginya untuk keluar daripadanya (membatalkannya)”. (Lihat: Mughni li Ibnu Qudamah, 3/160)

Adapun membatalkan puasa qada’ wajib dengan sengaja hendaklah dielakkan melainkan terdapat uzur syari’e. Ini kerana qada’ puasa Ramadhan adalah perkara yang diwajibkan dan tidak boleh dengan sengaja membatalkannya melainkan dengan uzur syari’e.

Semoga Allah SWT kurniakan kepada kita kegigihan, kesungguhan dan kesabaran dalam menjalani ibadah seterusnya berkhidmat menyebarkannya kepada segenap lapisan masyarakat. Amin,

Sumber kredit: Laman Web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI