Krim malam adalah produk perawatan kulit wajah yang digunakan setiap hari. Pastinya anda ingin memilih krim malam terbaik yang sesuai dengan dengan jenis kulit serta memiliki khasiat seperti yang dinginkan, bukan? Maka sebab itulah amat penting untuk anda memilih krim malam yang tepat.

Malam adalah masa paling sesuai untuk kita pakai produk penjagaan kulit kerana waktu itulah ia menjalankan fungsinya membaiki kulit. Sebelum tidur, selain pakai serum untuk menaikkan seri wajah atau esen, jangan lupa untuk memakai krim malam. Berikut dikongsikan beberapa pilihan krim malam yang sesuai untuk anda.

Jangan Skip Pakai Krim Malam Kalau Nak Nampak Awet Muda, List Krim Malam Ini Sesuai Untuk Anda
Photo by Sora Shimazaki from Pexels

Nutox Renewing Treatment Night Cream

Jangan Skip Pakai Krim Malam Kalau Nak Nampak Awet Muda, List Krim Malam Ini Sesuai Untuk Anda

Krim malam ini dirumus khas dengan tekstur yang pekat dan ringan untuk membantu mempercepatkan proses memperbaiki permukaan kulit akibat kesan jerawat. Ia juga dapat menghilangkan kesan parut diwajah dan pigmentasi akibat sinaran matahari sambil melindungi lapisan kulit yang baru. Kulit akan kelihatan kelihatan halus, licin dan berseri.

Olay Regenerist Micro-sculpting Cream Night

Jangan Skip Pakai Krim Malam Kalau Nak Nampak Awet Muda, List Krim Malam Ini Sesuai Untuk Anda

Kandungan hyaluronic acid pada krim malam ini membantu menjaga kelembapan wajah ketika tidur. Dengan teksturnya yang seperti gel dan meresap cepat ke kulit, tidur pun akan lebih selesa kerana wajah masih terasa melekit oleh krim wajah.

Ads

L’oreal White Perfect Night Cream

Jangan Skip Pakai Krim Malam Kalau Nak Nampak Awet Muda, List Krim Malam Ini Sesuai Untuk Anda

Produk dari L’oreal ini menawarkan kesan whitening dan mampu menjadikan kulit lebih bercahaya sekaligus menjaga kelembapannya ketika anda tidur. Pemakaian yang rutin mampu menghilangkan bekas jerawat sehingga kulit akan menjadi cerah. Bagi anda yang mengutamakan kesan whitening pada krim malam, produk ini boleh jadi pilihan yang tepat.

Garnier Light Complete Night Yoghurt Sleeping Mask

Jangan Skip Pakai Krim Malam Kalau Nak Nampak Awet Muda, List Krim Malam Ini Sesuai Untuk Anda

Light Complete Yoghurt Sleeping Mask dari Garnier ini mengandung prebiotik yoghurt dan vitamin C dari ekstrak lemon yang dapat membantu menutrisi kulit untuk membantu memperbaiki sel yang rosak. Wangian lemonnya juga akan memberikan kesan kesegaran pada kulit wajah. Saat disapukan ke wajah, krim malam ini terus meresap dengan cepat ke kulit sehingga wajah bebas dari rasa melekit yang membuat tidur jadi tidak selesa.

Ads

Pixy White-Aqua Gel Cream Night Cream

Jangan Skip Pakai Krim Malam Kalau Nak Nampak Awet Muda, List Krim Malam Ini Sesuai Untuk Anda

Wajah akan terasa dingin apabila krim ini disapukan pada kulit wajah kerana kandungan menthol di dalamnya. Bagi anda yang sering merasa tidak selesa kerana sensasi panas yang kerap kali muncul saat menggunakan krim malam. Selain itu, krim malam ini juga mengandungi vitamin E dan Ginkgo biloba yang berperanan sebagai antioksidan.

Hada Labo Premium Hydrating Cream Night

Jangan Skip Pakai Krim Malam Kalau Nak Nampak Awet Muda, List Krim Malam Ini Sesuai Untuk Anda

Krim malam ini mengandungi 5 jenis asid Hyaluronik terbaik untuk membaikpulih kerosakan pada kulit wajah tanpa menyebabkannya iritasi. Dengan gabungan 8 minyak botanikal, krim ini dapat mengekalkan hidrasi sambil melembutkan kulit.

Ads

Kulit anda akan terasa segar, cerah dan berseri selepas bangun dari tidur keesokkan harinya. Sesuai untuk yang alami masalah kulit kering, krim antioksidan ini dapat melindungi kulit dari radikal bebas dan bebas bahan kimia merbahaya.

SHISEIDO White Lucent Multibright Night Cream

Jangan Skip Pakai Krim Malam Kalau Nak Nampak Awet Muda, List Krim Malam Ini Sesuai Untuk Anda

Krim malam multifungsi ini membantu mengurangkan penampilan bintik atau parut hitam dan kesan jerawat. Diuji melalui teknologi SAKURA Resist dengan formulasi dari ekstrak bunga sakura yang membantu meminimumkan kesan parut serta kemunculan bintik-bintik gelap di masa hadapan. Boleh digunakan setiap hari sebagai krim malam untuk mencerahkan secara intensif atau sebagai topeng malam untuk rawatan anti-parut.

HIJABISTA: Ada waktunya, kita mungkin perlukan kesan rawatan yang cepat. Jadi, cuba kaji produk bersesuaian dengan keperluan kulit. Walau bagaimanapun bersikap rasional itu lebih baik dalam soal memilih produk perawatan kulit wajah untuk kesan yang terbaik. 

Sumber kredit: Top image: Photo by Sora Shimazaki from Pexels

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI