Wanita Korea sememangnya dikagumi dengan kulit wajah mereka yang putih,, bersih dan gebu. Namun wanita Jepun juga punya kulit yang cantik, halus dan berseri. Mereka juga turut menitikberatkan soal penjagaan kulit wajah.

Apa agaknya yang menjadikan wanita Jepun kelihatan cantik kulitnya walaupun tanpa bermekap tebal. Dalam satu kajian mendapati rupa-rupanya wanita Jepun mengamalkan petua minum air kosong dalam keadaan perut kosong selepas bangun tidur waktu pagi.

 

Sememangnya amalan mudah ini memberikan hasil positif mengenai keadaan kesihatan yang berbeza. Ini adalah antara kesan yang diamalkan setelah mencuba amalkan apa yang wanita Jepun buat, iaitu minum air kosong selama 30 hari. Hasilnya amat menakjubkan.

1. Mula berasa lebih segar dan sihat

Beberapa hari selepas mula minum air pada waktu pagi, badan akan rasa lebih ringan dan mudah untuk buang air pada waktu pagi.

IKLAN

2. Metabolisme bertambah baik

Amalan ini menjadikan diet lebih baik. Tidak lagi rasa selalu lapar yang mengganggu setiap jam untuk makan. Rasa untuk makan snek juga hilang dan dapat lebih banyak tenaga.

3. Bantu kurangkan berat badan

Di samping kurang rasa lapar, penghadaman turut lancar dan rasa badan lebih ringan. Mempunyai tenaga banyak untuk melakukan lebih banyak kerja.

 

IKLAN

 

4. Sebelum ini rasa selalu rasa senak dan pedih ulu hati

Tapi selepas amalkan minum air kosong di waktu pagi, sakit itu hilang dan tidak lagi rasa tidak selesa selepas makan.

5. Perubahan kulit bertambah baik

Hilangkan kedutan pada wajah dan kulit kelihatan sihat, berseri dan bercahaya. Malah kita akan rasa lebih muda berbanding usia sebenar.

 

IKLAN

6. Mudah buang air besar setiap hari pada waktu pagi

Rawatan air menyelesaikan masalah ini dengan lebih baik daripada mana-mana antibiotik lain.

7. Jarang sakit

Amalan yang sederhana ini telah meningkatkan sistem ketahanan diri. Sesuatu yang mudah seperti minum air dalam keadaan perut yang kosong pada waktu pagi membantu menangani masalah penyakit tanpa perlu mengambil ubat.

Bagaimanakah anda juga boleh dapat manfaat ini?

Ikuti kaedah ini untuk berasa bertenaga sepanjang hari:

  • Minum 4 gelas air putih selepas anda bangun pagi sebelu solat Subuh, sebelum gosok gigi dan pastikan perut kosong. Sekiranya anda susah hendak mula dengan 4 gelas air, mula dengan satu cawan dahulu dan tingkatkan kuantitinya dari semasa ke semasa.
  • Jangan makan apa-apa untuk 45 minit selepas minum air.
  • Selepas 45 minit anda bolehlah mengambil sarapan.
  • Jangan makan atau minum apa-apa 2 jam selepas sarapan, makan petang dan makan malam.

 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI