Masalah kenaikan berat badan memang sering menghantui kaum wanita. Mereka boleh jadi tidak tentu arah jika baju yang biasa dipakai sudah tidak muat.

Mereka juga akan jadi resah setiap kali angka di mesin penimbang menunjuk pada angka 60 ke atas. Waktu itu barulah mula menyesal dengan apa yang dimakan sebelum itu.

Bentuk badan yang langsing pastinya menjadi idaman setiap wanita. Bagi mereka yang mahu kekal langsing boleh amalkan 6 tip mudah ini untuk turunkan berat badan.

1. Sarapan Pagi

Kebanyakan daripada kalangan kita ramai yang belum faham dan mengetahui tentang diet akan memiliki keinginan untuk menurunkan berat badan mereka serta obses untuk tidak mengambil sarapan pagi. Ini kerana ia merupakan kesalahan yang cukup merugikan kita , dan ia akan melambatkan lagi metabolisme tubuh badan . Makan dengan ini, haruslah kita mengambil sarapan tetapi haruslah makanan yang kaya serat, protein, dan gizi, seperti sayuran, putih telur, serta susu.

2. Air Putih

Cara menurunkan berat badan ialah memanfaatkan air putih. Air putih sangat membantu proses penurunan berat badan. Dengan banyak minum air putih akan meningkatkan hidrasi sel-sel tubuh yang akan meningkatkan proses metabolisme. Dalam menjalankan diet sebaiknya meminum air putih sebanyak 8 gelas sehari.

IKLAN

 

3. Amalkan Senaman dan Bersukan

Bagi anda yang tidak memiliki banyak waktu tentunya boleh  melakukan senaman secara baik di dalam rumah contoh yang mudah ialah kita boleh menggunakan tangga dengan turun naik tangga dengan berkala , berzumba dan aerobik serta terapkan untuk sering berjalan-jalan di kawasan rumah. Hal itu akan membantu membakar kalori dalam tubuh. Jadi anda harus banyak bergerak dan beraktiviti yang membuat tubuh bergerak.

IKLAN


4. Kurangkan Gula

Gula berada dalam pelbagai makanan dan minuman sehari-hari. Terlalu banyak gula dapat meningkatkan risiko sejumlah penyakit yang mempengaruhi kesihatan. Pengambilan gula yang banyak akan memberikan kesan yang cukup teruk.

5. Makan Lewat Malam

Tabiat makan pada lewat malam adalah kurang sihat dan boleh memberikan kesan negatif ke atas kesihatan dan kesejahteraan anda. Ia adalah penting untuk mengelakkan tabiat ini jika anda ingin mengekalkan kesihatan yang baik sepanjang hayat.

IKLAN

6. Elak ‘Fast Food’

Makanan proses atau lebih mudah dipanggil makanan segera kurang baik untuk kesihatan. Ini kerana ia mengandungi hanya sedikit khasiat pemakanan. Jika dijadikan hidangan yang dinikmati sekali-sekala, makanan itu kurang memudaratkan. Tetapi jika terlalu kerap diambil, ia boleh menimbulkan kesan buruk daripada segi pemakanan. Tanpa disedari, ia akan mendedahkan seseorang kepada pelbagai penyakit.

 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI