Mungkin ramai yang memandang rendah bab sarapan pagi ni dan menganggap ia tidak penting serta tidak perlu diambil. Pelbagai alasan akan diberikan seperti tidak sempat hinggalah ke diet, ini menjadi sebab utama kenapa ramai orang rela tidak sarapan.
Sarapan yang berkhasiat bukan sahaja membekalkan nutrien, malah tenaga kepada badan dan otak kita untuk permulaan hari yang kuat dan seterusnya menjalankan aktiviti seharian” kata Ramjeet Kaur Virik, Pengarah Pemasaran untuk Dutch Lady Malaysia.
Terbukti terdapat banyak kebaikan dengan mengambil sarapan. Kanak-kanak dan remaja yang biasa mengambil sarapan pagi lebih cenderung mendapat nutrien mikro dan makro yang lebih baik, mengurangkan kemungkinan untuk mempunyai berat badan berlebihan atau obes, dan lebih cenderung untuk melakukan aktiviti fizikal yang lebih tinggi.
Kajian juga menunjukkan bahawa mereka yang tidak mengambil sarapan pagi berkemungkinan sebanyak 1.34 kali akan mempunyai berat badan berlebihan berbanding mereka yang mengambil sarapan pagi. Sarapan pagi biasanya mempunyai jumlah nutrisi yang lebih baik, termasuk nutrien utama seperti sodium, serat, dan folat yang membantu mengekalkan berat badan yang sihat. Sarapan pagi juga mengisi perut anda dan membantu mengelakkan daripada makan berlebihan atau memakan snek kemudiannya.
Wajib tahu bahawa sarapan punya manfaat yang baik untuk kesihatan tubuh badan dan mental anda. Jom mengetahui 9 manfaat bersarapan. Setelah anda tahu manfaat ini, anda yakin tidak mahu mengambil sarapan lagi?
1. Gemuk
Bersarapan sebab gemuk? Hmm, salah besar! Tanpa sarapan, badan semakin gemuk malah obesiti. Sebabnya? Orang yang melewatkan sarapan cenderung mudah rasa lapar sepanjang hari. Ini yang membuat mereka makan lebih banyak dan menjadi gemuk.
2. Bijak
Sarapan meningkatkan kualiti intelektual dan kecerdasan berfikir. Tidak hanya meningkatkan IQ, sarapan juga membantu meningkatkan daya ingatan dan kesihatan mental.
3. Nutrisi
Kajian juga membuktikan bahawa orang yang sarapan secara rutin setiap hari pengambilan nutrisinya lebih baik daripada yang tidak bersarapan. Orang yang jarang sarapan umumnya lebih banyak lemak tapi kurang nutrisi berbanding yang setiap hari bersarapan. Nutrisi yang hilang kerana tidak sarapan diantaranya adalah kalsium, potassium dan serat.
4. Metabolisma
Sarapan juga meningkatkan metabolisma dan membantu proses pembakaran lemak. Jangan panik apabila ada aktiviti penting seperti temu duga kerja atau mesyuarat. Sempatkan diri untuk bersarapan ya kerana sarapan yang baik boleh mengurangkan rasa panik dan cemas.
5. Bertenaga
Menu sarapan yang mengandungi serat dan karbohidrat akan membuat anda lebih bertenaga sehingga tidak cepat penat ketika bekerja seharian.
6. Lebih Sihat
Kelebihan lain, anda akan lebih sihat daripada orang yang jarang sarapan. Kerana sarapan itu penting untuk mengurangkan risiko hipoglisemia, darah rendah, diabetes tahap dua, malah penyakit jantung!
7. Bahagia
Sarapan boleh membantu meningkatkan mood. Anda bakal lebih bahagia bila bersarapan. Tidak percaya? Cubalah..
8. Eratkan Silaturahim
Sarapan juga boleh mendekatkan diri dengan keluarga. Jika sangat sibuk, sarapan boleh jadi waktu kualiti bersama keluarga.
Susu Sumber Nutrisi Lengkap
Walaupun mudah untuk mengabaikan pengambilan sarapan pagi, tetapi ianya penting untuk memulakan hari dengan hidangan yang padat dan penuh dengan nutrisi sebagai keutamaan kita. Malah, sarapan bernutrisi boleh diperolehi dengan mudah dan cepat dengan memadankan sarapan pagi dengan segelas susu.
“Susu adalah salah satu minuman yang mempunyai nutrisi paling lengkap. Ia disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai sebahagian daripada diet seimbang harian kita di bawah Piramid Makanan Garis Panduan Diet Malaysia,” kata Ramjeet.
Protein dalam susu berfungsi sebagai blok pembinaan bagi otot, tulang, rambut, dan kuku9 kita, dan ia juga memainkan peranan penting dalam pelbagai proses biologi, termasuk pembentukan, pengawalan, pembaikan, dan perlindungan badan kita.
“Setiap gelas 250ml Dutch Lady PureFarm atau susu +Protein bukan hanya membekalkan kalsium tetapi juga protein berkualiti tinggi. Selain itu, nutrien penting lain yang dibekalkan termasuklah vitamin D, A dan B2. Oleh itu, minum segelas susu sewaktu sarapan adalah cara yang paling mudah untuk pengambilan nutrisi yang mencukupi pada waktu pagi,” kata Ramjeet.
Menarik Sarapan Bulan Oktober
Terdapat banyak sebab mengapa sarapan pagi yang sihat harus menjadi rutin harian anda seisi keluarga. Tetapi sekiranya tidak, ada yang akan membantu! Bulan Oktober ialah Bulan Sarapan Dutch Lady dan jenama susu No. 1* ini akan bekerjasama dengan Kellogg’s untuk memberi 50,000 set sarapan secara percuma! Dapatkan sarapan percuma di stesen-stesen LRT di Lembah Klang mulai 21 hingga 31 Oktober!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI