Jangan Sesekali Jadikan Alasan Perbezaan Usia, Ini Kelebihan Nikahi Wanita Berusia

Share

Kebanyakan wanita yang sudah lanjut usia sudah pasrah dengan diri mereka yang masih belum berjumpa dengan calon pasangan mereka, yang tinggal hanyalah lelaki yang muda sahaja.

Apakah salah sekiranya seorang lelaki menikahi seorang wanita yang lebih muda daripadanya? Sedangkan Islam sendiri menetapkan bahawa perkahwinan dan pemilihan calon isteri dan suami itu hendaklah pada agama dan akhlak.

“Maka kahwinilah akan kamu dari perempuan itu yang baik bagi kamu” (An Nisa : 3)

Sekiranya yang sudah baik akhlaknya datang kepada anda, tetapi memandangkan dia jauh lebih muda/tua daripada anda, tak akan secara mudah sahaja untuk anda memutuskan hubungan itu?

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa telah bersabda baginda Rasulullah SAW : “Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan” (hadith hasan riwayat Tirmidzi)

Islam adalah agama yang mudah. Islam tidak pernah menetapkan persoalan umur sebagai ukuran dalam pernikahan. Perkara ini sudah jelas bahawa Islam hanya mementingkan agama, berbanding perkara lain.

“Allah menghendaki kesenangan kepada kamu dan tidak mengingini kesusahan menimpa kamu” (Al Baqarah:185)

Antara Kelebihan Menikahi Pasangan Lebih Muda

Elak fitnah

Sering kali kita mendengar dan melihat pasangan kekasih berusia muda pergi bercuti bersama-sama tanpa ikatan yang sah. Bak kata orang, tidak manis jika dilihat orang. Apa kata nikahi sahaja orang yang anda sayang secepatnya. Ini bukan sahaja dapat mengelakkan terlanjur, malah juga mengelakkan fitnah dan perkara yang tidak diingini.

Memperbaiki diri

Sah sahaja ikatan perkahwinan, ia bukan hanya dapat mematangkan diri kita. Malah, ia dapat memperbaiki diri kita untuk menjadi seorang yang lebih baik. Sering kita dengar di kalangan remaja berusia 18 hingga 24 tahun selalu mempunyai masalah sosial. Jadi, perkahwinan di usia muda dapat mengubah diri dan sikap ke arah yang baik.

Mematangkan diri

Perkahwinan sebenarnya boleh mematangkan diri seseorang apabila mereka ada rasa tanggungjawab dengan pasangan yang mereka nikahi. Ini kerana perhubungan yang diijab kabulkan secara sah dapat menimbulkan sikap untuk menjaga pasangan hidup kita dan lebih ke arah kekeluargaan.

Tuntutan agama

Mendirikan rumah tangga seumpama kita mendirikan sebuah masjid. Ia adalah satu tuntutan agama yang disarankan dalam Islam. Hubungan percintaan digalakkan untuk mempercepat urusan pernikahan jika sudah cukup syarat dan layak untuk berkahwin.

Elak dari perbuatan terkutuk

Perkahwinan di usia muda sememangnya baik kerana ia dapat membendung banyak perkara buruk dari berlaku di kalangan remaja. Ia dapat mengelakkan dari pasangan yang sedang dilamun cinta terlanjur perbuatan dan sekaligus mengurangkan kes pembuangan bayi.

Bagi seorang muslim, dalam mencari pasangan, perkara yang paling diutamakan adalah agama. Di dalam hadith Riwayat Abu Daud dari hadith Ma’qil ibn Yasar r.a mengenai pertanyaan seorang lelaki kepada Rasulullah SAW meminta pandangan untuk menikahi seorang perempuan yang cantik, dan berkedudukan tetapi tidak mampu beranak, maka dilarang oleh baginda dan disuruh supaya menikahi wanita yang dapat beranak dan melahirkan anak.

Perempuan yang sudah berusia, tetapi selagi dia masih dara dan selagi usianya belum sampai waktu putus haid (menopause) dan dapat melahirkan anak, maka tidak ada salahnya dalam agama untuk menikahi mereka.

Ianya adalah digalakkan bagi lelaki muda sekiranya mereka bertemu dengan wanita yang lebih berusia daripada mereka tetapi beragama dan berakhlak supaya menikahi mereka dan menyelamatkan agama dan menunaikan fitrah manusia disamping mendapat faedah keduniaan.

“Dan bersegeralah kamu (berlumbalah) dalam kebaikan” (Al- Maidah:48)

Jangan sesekali jadikan alasan perbezaan usia sebagai halangan untuk anda meneruskan hubungan. Sesungguhnya, syariat Islam yang telah ditetapkan adalah sangat mudah.

Published by
SH