Jangan Sarung Sebarangan Tudung Kalau Tak Nak Muka Nampak Kusam. Ini Antara Tip Pilih Warna Tudung

Share

Pelbagai jenis fesyen dan warna tudung yang berada di pasaran sekarang. Namun, sebelum anda membeli, kenal pasti dahulu warna kulit anda agar pemilihan warna tudung itu bersesuaian dengan tona kulit anda.

Kesalahan memilih warna tudung akan membuatkan anda nampak kusam, pucat dan tidak bermaya. Namun, jika anda memilih warna yang tepat, tentu wajah akan nampak lebih menyerlah.

Ini antara tip-tip bagi empat pilihan tona kulit:

1. Kulit Cerah

Orang yang berkulit cerah amat beruntung kerana boleh mengenakan kebanyakan warna tanpa sebarang masalah. Cuma anda perlu menghindari daripada memakai warna-warna pastel seperti baby soft blue, soft green atau kuning cair agar wajah tidak nampak pucat.

[su_highlight]NOTA KAKI: Warna yang sesuai tentunya warna-warna solid seperti hijau, merah, hitam dan biru.[/su_highlight]

2. Kulit Sawo Matang

Sekiranya anda memiliki kulit sawo matang, warna pastel dan warna gelap adalah pilihan yang terbaik. warna-warna seperti lavender dan maroon akan membuatkan anda tampak lebih cerah dan cantik.

[su_highlight]NOTA KAKI: Elakkan memakai warna seakan-akan warna kulit anda iaitu coklat dan juga warna terang seperti kuning.[/su_highlight]

3. Kulit Kuning Langsat

Bagi anda yang mempunyai kulit kuning langsat, anda sangat sesuai mengenakan tudung berwarna cerah seperti merah jambu, biru dan kuning. warna-warna ini akan membuatkan anda tampak lebih segar dan menyerlahkan kecantikan wajah anda.

[su_highlight]NOTA KAKI: Warna yang perlu dielakkan adalah coklat, oren, kelabu, hitam dan emas kerana ia akan membuatkan wajah anda tampak kusam.[/su_highlight]

4. Kulit Gelap

Gadis berkulit gelap lebih selamat memakai warna-warna pastel atau keemasan kerana ia akan membuatkan wajah anda lebih cerah. Hindari memakai warna-warna yang gelap dan malap seperti hitam

, coklat dan oren gelap kerana ia akan membuatkan kulit anda menjadi semakin gelap.

Kesimpulannya, pilih warna yang sesuai agar wajah anda tampak lebih menyerlah dan berseri. Tidaklah nanti orang kata wajah anda kusam sahaja.

SUMBER: noriesignature.my

Published by
SH