Setiap kali mata berasa letih, kering dan juga berair, ramai yang akan memakai ubat titis kata. Kadangkala mata yang merah dan gatal membuatkan ubat titis mata ini segera dicari namun ramai hanya beli sahaja tanpa mengetahui sesuai atau tidak ubat titis mata itu dengan masalah yang dihadapi.
Sebenarnya sebelum menggunakan sebarang jenis ubat-ubatan, elok cari info terlebih dahulu. Jangan ‘asal pakai’ sahaja kerana jika tersalah pilih, keadaan yang anda alami bukannya semakin pulih tetapi semakin teruk.
Berikut perkongsian fakta oleh Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
“Doktor, saya dah gunakan ubat titis mata ni, tapi makin teruk. Kenapa eh?” Bila diperiksa mata pesakit ini, dan lihat ubat titis yang dia gunakan, didapati ubat berkenaan tidak sesuai untuk keadaan matanya. Patutlah tidak bertambah baik.
Ubat titis mata yang berada di pasaran ada bermacam-macam jenis, dan setiap jenis itu ada kegunaan yang tertentu. Maka kalau beli jenis yang salah, maka ia tidak berkesan.
Pelembab/Pelincir (Moisturizer/Lubricants)
*Digunakan apabila mata menjadi kering atau rengsa akibat cuaca, penuaan, pengunaan kanta lekap, masuk habuk, dan sebagainya.
*Bahan aktif: hypromellose, propylene glycol, etc
Anti-alahan (Anti-inflammatory)
*Digunakan apabila mata menjadi gatal, merah dan bengkak akibat terdedah kepada sesuatu yang menyebabkan alahan.
*Bahan aktif: ketotifen, dexamethasone, etc
Anti-Merah Mata (Decongestant)
*Digunakan untuk menghilangkan gejala mata merah, tetapi tidak merawat puncanya. Sejenis pengecil salur darah (vasoconstrictor).
*Bahan aktif: tetryzoline, naphazoline, etc
Antibiotik dan Antikulat
*Digunakan untuk menghapuskan bakteria atau kulat yang menjangkiti mata. Ia perlu digunakan ikut tempoh yang disyorkan.
*Bahan aktif: neomycin, chloramphenicol, etc
Kombinasi
*Ubat titis yang menggabungkan 2 atau lebih bahan aktif dari kumpulan berlainan, contohnya antibiotik dan anti-alahan.
*Bahan aktif: dexmethasone + neomycin, etc
Anti-glaucoma
*Digunakan untuk megurangkan penghasilan cecair di dalam bebola mata untuk mengurangkan tekanan di dalamnya.
*Bahan aktif: latanoprost, timolol, etc
Midriatik
*Digunakan untuk mengembangkan bukaan anak mata secara sementara, supaya pemeriksaan mata mudah dijalankan.
*Bahan aktif: tropicamide, atropine, etc
Ada ubat titis mata yang menyebabkan komplikasi jika digunakan terlalu lama, antaranya: ulser mata, kerengsaan, buta, dsb. Ada juga yang tidak sesuai untuk penghidap penyakit kronik.
Oleh itu, pemilihan ubat titis yang betul amatlah penting. Disarankan, jika ada keraguan atau ketidakpastian, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan dan pengesyoran ubat. Semoga bermanfaat!
Sumber kredit: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan Top image: Photo by karolina-grabowska from Pexels.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.