Memenangi tempat keempat ketika Final Dewi Remaja 2019 membuka sebuah lembaran baru buat Syamira Izzati,22.
Menjadi satu-satu finalis berhijab dan juga yang pertama dalam pentas akhir Dewi Remaja, Syamira atau lebih mesra disapa Mira sempat berkongsikan sedikit motivasi buat hijabi di luar sana untuk menjadi seorang yang berkeyakinan tinggi bersama Hijabista.
“Yang pertama sekali, Mira nak cakap pada semua hijabi-hijabi di luar sana jangan pernah rasa kita rendah dan jangan pernah rasa yang kita tidak seperti orang lain. JANGAN. Kita lebih kuat kerana kita berhijab. Sentiasa bangga membawa jati diri kita, membawa identity kita. Jadi kepada hijabi di luar sana, apa sahaja impian dan cita-cita kamu, pergi, capai dan dapatkan. Jangan pernah rasa nak mengalah. Percaya pada diri kamu and you are beautiful!”
Love sangat kata-kata daripada Mira ini! Moga hijabi di luar sana rasa terinspirasi dengannya dan terus melangkah dengan keyakinan yang tinggi. You go girl!