Zaman mak-mak kita membesar dulu, mesti biasakan pakai bedak sejuk untuk menjaga kecantikan kulit. Namun, pada masa sekarang macam susah pula kalau nak mencarinya sebab ramai yang dah tak pandang dah pada bedak sejuk ini.
Jangan pandang rendah tau pada kehebatan bedak sejuk sebab kalau kulit muka anda breakout, bedak sejuk merupakan alternatif terbaik untuk dipilih sekiranya segala produk yang dicuba tidak menjadi.
ARTIKEL BERKAITAN: Parut Jerawat Hilang Dalam Seminggu Bila Guna Asam Jawa Campur Bedak Sejuk Je!
Sebenarnya, salah satu tip untuk mengecutkan jerawat yang sedang kemerahan adalah dengan meletakkan sesuatu yang sejuk di wajah anda.
Oleh kerana fungsi bedak sejuk adalah untuk menyejukkan muka, ia mampu menyurutkan jerawat dengan baik.
Dihasilkan daripada tepung beras, ini adalah khasiat-khasiatnya yang perlu anda tahu:
- Menyerap minyak berlebihan di muka
- Mencerahkan dan membaiki tona kulit muka jika digunakan secara konsisten
- Tiada bahan kimia
- Mengurangkan jerawat
- Menghilangkan lingkaran gelap bawah mata
- Menanggalkan sel-sel kulit mati
- Menyerikan kulit muka
ARTIKEL BERKAITAN: DIY Bedak Sejuk Guna Beras Pulut+Kunyit+Kulit Kayu Manis, Jerawat Kecut & Kulit Pun Jadi…
Banyakkan manfaatnya? Jadi bolehlah sis start amalkan pakai bedak sejuk sebelum tidur. Pastinya kulit nampak lebih halus dan lembut. Wajah pun akan nampak lebih awet muda tanpa mengeluarkan kos yang mahal pun.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
https://youtu.be/VfM9f2lAf3Q
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hidayah Datang Ketika Berusia 12 Tahun, Kelvin Zahri Jawab Soalan Warganet Berhubung Agama Anutan Dia
Siapa sahaja tidak mengenalinya, jurulatih kecergasan dan pakar pemakanan popular ini, sering kali muncul di laman sosial TikTok berkongsi tentang tip kesihatan dan gaya hidup sihat.
Sering menjawab soalan warganet tentang latihan kecergasan, tetapi berbeza kali ini. Beliau turut menjawab persoalan yang diajukan warganet baru-baru ini, berhubung agama anutannya.
Kelvin Zahri lebih terbuka menjawab soalan itu, malah dia turut mendedahkan dirinya adalah saudara baru atau mualaf. Kevin yang dibesarkan di luar negara mengakui mendalami agama Islam sekembalinya ke Malaysia.
ARTIKEL BERKAITAN: Senaman Mudah Dari Coach Kevin Zahri Untuk Elak Lengan Menggeleber.
“Nama saya bukan Kevin Zahri bin Abdul Ghaffar tetapi Kevin Nicolai Christopher Zahri (ketika itu).
“Bapa saya seorang Muslim dan berbangsa Melayu manakala ibu pula beragama Kristian berasal dari Jerman. Ibu saya yang mengajarkan kami tentang agama. Kami ke gereja, saya menyertai koir dan membaca buku seperti Injil ketika kecil,” tuturnya menyentuh tentang kehidupan pada masa lalu.
Hidayah datang ketika..
Ketika itu Kevin baharu berusia 12 tahun, hidayah datang segalanya berubah selepas beliau mengikuti bapanya pulang ke Malaysia pada tahun 1991. Ternyata hidayah itu milik ALLAH.
“Ketika itu bapa saya mendapat hidayah tentang keagamaan sendiri dan wujud rasa tanggungjawab untuk memimpin anak-anak.
“Bapa cuba mendedahkan kepada kami kepada agama Islam dengan bimbingan ustaz,” kata Kevin.
Peringkat awal memang sukar
Cukup dikenali dengan nama Cikgu Fitness Malaysia, Kelvin Zahri mendedahkan beliau pada peringkat awalnya sukar menerima perubahan berkaitan agama Islam.
“Saya tidak menerimanya pada hari yang pertama dan mengambil masa mempersoalkan tentang agama A dan agama B.
Pendedahan jurulatih berusia 43 tahun itu menerima reaksi positif daripada warganet. Rata-rata mereka memberikan menyokong dan mengucapkan dan memuji Tindakan beliau menjawab pertanyaan yang diajukan oleh peminatnya.
-“Suka sgt cara u @Kevin Zahri ..sgt2 details dan calmness dlm menerangkn sesuatu wlopon soalan tu agak sensitif.. .🥰🥰
– “Sporting betul la dia ni. Orang tanya soalan apa pon dia jawab ja”
-“ Alhamdulillah, saya suka sikap coach yg sgt berterus terang & sentiasa menjawab apa jua soalan, semoga sentiasa berjaya di dunia & akhirat, aamiin…”
-“ bro you just got a new follower.. good explanation and positive content”
Ramai juga yang mendoakan Kelvin:
-“ Semoga abg Kevin sentiasa dalam lindungan Allah dan sentiasa Istiqamah. Menjadi contoh yang baik buat kaum muslimin 💚.”
-“ Alhamdulillah Coach. Semoga Allah sentiasa merahmati coach.”
-“ Alhamdulillah. Respect cara tuan menjawab dan mengangkat ayah tuan dgn baik… semoga Allah beri hidayah berterusan kepada tuan sekeluarga. Amin.”
Terdahulu Kevin berkahwin dengan Rio Elani pada tahun 2010 dan perkongsian hidup mereka dikurniakan sepasang cahaya mata.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Sumber: TikTok Kevin Zahri
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hati-hati Dengan 10 Barangan Peribadi ini Yang Mungkin Ada Kesan Negatif Yang Anda Tak Sedar. No 2 Memang Berlaku Pada Instafamous Ni!
10 barangan ini paling dekat dengan hijabis, malahan menjadi barangan peribadi yang wajib ada. Namun hijabis harus lebih berhati-hati dengan 10 barang ini ada kesan negatif yang mungkin kita tidak sedar.
1. Sabun mandi jenis buku/ bar
Dalam satu kajian 2008 University of Florida pemain bola sepak, mereka yang berkongsi sabun lebih cenderung mempunyai jangkitan berulang Methicillin-resistant Staphylococcus aureus (MRSA), pelindungan antibiotik untuk jangkitan Staph. Ia mungkin kerana sabun jenis ini biasanya tidak kering sepanjang penggunaan, terutamanya pada bahagian bawah, yang membawa kepada pengumpulan bakteria, kulat dan yis yang boleh dipindahkan dari seorang ke seorang.
2. Deodoran
Deodaran dicipta untuk mencegah bau badan yang berpunca daripada bakteria. Ini bermakna ia mengandungi ciri-ciri antimikrob. Deodoran anda hanya berfungsi untuk memperlahankan penghasilan peluh dan bukannya membunuh bakteria, jadi bakteria tersebut masih berkemungkinan akan melekat pada roll atau stick deodoran. Pertama, berkongsi deodoran boleh memindahkan bakteria kepada orang lain dan kalaupun anda terlepas daripada perkara tersebut, sisa bulu bawah lengan dan sel kulit anda masih melekat di situ. Bukankah sangat menggelikan?
BACA ARTIKEL INI:
3. Topi, helmet, sikat rambut
Selain berisiko untuk mendapat jangkitan kutu, kuman yang terlekat pada rambut ketika anda baring di bantal atau kusyen juga boleh berpindah.
4. Pisau cukur
Kes kajian terdahulu menunjukkan pisau cukur berpotensi untuk memindahkan jangkitan hepatitis B, C, malah HIV, dan tentunya juga jangkitan bakteria dan kulat.
5. Tuala
Berkongsi tuala kotor boleh menyebarkan jangkitan penyakit mata (pink eye) kepada gonorea terutama tuala yang basah atau lembap.
6. Berus gigi
Tahukah anda, ketika anda memberus gigi, tahap bakteria dalam darah anda akan meningkat untuk sementara waktu. Tambahan pula, ia boleh menyebarkan jangkitan darah yang terlekat pada berus gigi termasuklah jangkitan HIV.
7. Pengetip kuku
Jangkitan kulat kuku, bakteria, yis ,virus dan Hepatitis C juga boleh berpunca daripda perkongsian alatan ini.
8. Gincu bibir
Kalau tak nak bibir anda dijangkiti penyakit seperti virus herpes simplex yang menyebabkan kulit bibir kering dan berpecah-pecah serta selsema, elakkan dari berkongsi gincu bibir. Boleh kata ramai juga wanita yang tak kisah berkongsi lipstik dengan sahabat karib sedangkan banyak bakteria yang terkumpul pada bibir.
9. Berus solekan
Bayangkan bakteria yang terkumpul di dalam berus solekan, tak akan anda mahu kongsi? Senang kata, kalau sahabat anda mempunyai masalah kulit berjerawat, kebarangkalian anda akan mempunyai masalah yang sama juga tinggi.
10. Earphone
Penggunaan earphone terlampau lama juga boleh mengumpul dan menyimpan bakteria di situ. Jadi hati-hati dan fikir semula untuk meminjam earphone orang lain jika tidak mahu terkena jangkitan pada telinga. Menggunakan headphone terlalu lama mungkin akan menyebabkan blackhead dalam telinga.
Blackhead boleh terhasil kesan daripada penghasilan minyak daripada kelenjar sebaceous yang juga ada dalam telinga.
Headphone yang kotor dan tidak bersih boleh menjadi punca kepada penghasilan blackhead ini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Walaupun tampil tanpa mekap di majlis kahwinnya, wanita ini tetap anggun dengan busana indah
Selain busana, mekap juga antara perkara paling penting yang dititikberatkan oleh bakap pengantin baru. Kalau boleh memang nak tampil cantik dan menawah di hari bahagia.
Oleh sebab iatu ada yang sanggup bangun seawal pagi untuk mendapatkan aura sentuhan dari jurusolek yang ditempah.
Malah ada yang sanggup tahan senyum bagi memastikan tekstur mekap pada wajah tidak berubah. Rasanya ada yang sanggup tunda majlis nikah sekiranya tidak dapat menempah jurusolek yang sigemari.
Namun begitu, lain orang lain ceritanya. Bagi Dr Tasnim Jara beliau mengambil keputusan untuk tidak mengenakan sebarang mekap dan tam;pil cukup sederhana.
Dia kemudian memuat naik gambar perkahwinan dengan wajah tanpa secalit mekap dalam laman sosial miliknya bersama alasannya.
Kejujurannya untuk berkongsi itu kemudiannya menjadi tular bukan sahaja di negara asalnya, tetapi juga seluruh dunia yang setuju dengan alasannya itu.
“Saya memakai busana putih yang ringkas milik nenek pada hari perkahwinan. Saya juga tak mengenakan mekap, memakai perhiasan atau aksesori. Ramai yang bertanya kenapa saya melakukannya dan ini alasan saya.
“Tak pernah saya menghadiri majlis perkahwinan tanpa mendengar orang-orang bergosip. Bertanya seberapa banyak emas yang dipakai, seberapa cantik mekap yang digunakan, seberapa indah baju pengantin dan seberapa mewah majlis yang diadakan. Ini menyebabkan ramai pengantin berlumba-lumba membuat persiapan terbaik mereka. Memakai baju mahal, perhiasan dan mekap yang berlebihan.
“Disebabkan terlalu obses dengan majlis yang terbaik mereka lupa bahawa mereka sepatutnya melakukannya sesuai kemampuan. Ramai pasangan pengantin yang mengikut perasaan untuk kelihatan mewah tapi lupa bahawa kebahagiaan tak itu tak berkait dengan kemewahan.
“Masyarakat kita beranggapan bahawa majlis dan penampilan yang sederhana dengan apa adanya akan membuat kita nampak buruk. Padahal, kita memang seperti itu.
“Secara peribadi, saya ingin masyarakat menghargai apa yang kita miliki. Tak ada salahnya hidup sederhana. Setiap pengantin itu cantik walau sederhana. Bukan kemewahan yang akan membuat kita cantik, hati yang tulus dan keyakinan dengan apa dianugerahkan akan buat pengantin kelihatan makin cantik.
“Keputusan saya memang awalnya dibantah keluarga. Mereka kata tak mahu bergambar dengan saya tapi perlahan-lahan mereka menerima keputusan ini dan menyedari bahawa apa yang saya putuskan tidak salah.
“Dan suami saya Khaled, dialah yang selalu menyokong keputusan ini dan dia bangga dengan apa yang saya putuskan,”tulis Tasnim Jara dalam catatan bahasa Inggeris.
Status yang dimuat naik itu telah mendapat lebih 116k reaksi di Facebook dan 30k perkongsian serata dunia.
Komen netizen
Walaupun tampil tanpa mekap, tetapi admin suka dengan dress pengantin yang digayakan. Cukup menyerlah dengan hijab yang menutup mahkotanya serta layah renda begitu menarik dan sekaligus menyempurnakan penampilan dirinya sebagai Ratu Sehari.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI