Hidup sentiasa menjanjikan sesuatu di luar jangkaan. Yang pasti hidup sentiasa berdepan dengan pelbagai ujian dan cabaran yang bukan sedikit. Cabaran itulah yang adakalanya membuat kita lemah dan tersungkur.
Allah SWT telah berfirman “Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu “ (Surah Al –Baqarah, ayat 216) .
Berikut perkongsian dari Ustazah Nazirah Nur Mukmin.
Ada orang send pada saya babak akhir cerita ini. Waktu Emma Maembong kena penjara. Dia sebut silap dia nak lawan takdir Tuhan. Dan dia sebut silap paling besar dia adalah dia terlupa nak mintak dengan Allah.
Itulah kehidupan. Kita jangan paksa Allah bagi jugak-jugak apa yg kita nak, bimbang-bimbang Allah bagi nanti kita tak mampu nak bawak. Semua yang Allah sedang aturkan untuk kita disaat ni adalah yang terbaik untuk kita.
Belum bertemu jodoh? Boleh jadi Allah nak selamatkan kita dari jadi isteri durhaka.
Belum punya anak? Boleh jadi Allah nak selamatkan kita dari jadi mak ayah yg durhaka.
Jalan nak bahagia bukan dengan suami dan anak semata2, banyak lagi yang Tuhan sediakan. Cuma kena bukak mata, besarkan jiwa, bisik pada hati “InsyaAllah Allah tak pernah tinggalkan aku macam tu saja”
Semua yang Tuhan beri ini kadang tak nampak baik dimata kita tapi disuatu masa baru kita akan sedar kenapa takdir kita jadi sedemikian rupa.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Asyalliee Inspirasi Hijabi! Berjaya Di Usia Muda, Tak Pernah Menyerah Meski Berdepan Ujian Hebat
Isi Kandungan
TogglePernah dihimpit dengan kemiskinan dan bergelar anak yatim piatu sejak zaman persekolahan lagi hingga terpaksa menempuh liku kehidupan tanpa figura penting, ibu dan ayah. Pengasas empayar perniagaan Loveliee Beauty dan Asyalliee Group terus cekal mengorak langkah menggapai kejayaan.
Pemilik nama penuh, Siti Syasya Rosaelmi Baba atau lebih dikenali sebagai Asyalliee akui, merasa sedikit terkilan kerana tidak berkesempatan berkongsi kejayaan yang diraih hari ini bersama kedua orang tua.
Kini diusia 27 tahun, Asyalliee dilihat semakin aktif menguruskan perniagaan , sekaligus menjadi wanita, isteri, ibu dan majikan yang berkeperibadian tinggi.
10 Tahun Dari Sekarang, Asyalliee Fokus Mahu Bina Rumah Orang Tua Dan Anak Yatim
Dalam temu bual bersama Hijabista, Asyalliee turut mendedahkan impiannya selama ini.
“Dalam masa 10 tahun akan datang, perniagaan saya dah jadi auto run supaya saya boleh fokus 100 peratus kepada impian selama ini, iaitu nak ada rumah anak yatim dan orang tua.
“InshaAllah, itu salah satunya tujuan sebab sebagai seorang anak yatim, saya kurang dapat kasih sayang daripada kedua ibu bapa, tak sempat jaga arwah ibu dan ayah, nak balas jasa mereka walau saya tahu mereka tak dapat dibayar langsung.
“Saya mahu beri kasih sayang yang sangat banyak daripada saya sendiri dan mereka (Penghuni rumah anak yatim dan orang tua) yang ada di situ nanti. Jika diizinkan, saya juga nak buat madrasah atau perkara yang lebih ke arah keagamaan,” ujarnya.
Kehidupan Asyalliee hari ini menjadi inspirasi ramai kerana dia mampu memiliki semua yang diidamkan individu seusianya. Ada suami penyayang, anak-anak comel, bisnes maju, rumah besar, kereta mewah dan populariti.
Asyalliee Akui Pernah Hadapi Zaman Gelap, Punca Kejayaan Hari Ini!
Namun bagi empunya diri, perjalanan hidupnya tidak seindah yang disangka. Sejak kecil dia sering dilemparkan dengan kata-kata sindiran dan hinaan daripada orang sekeliling kerana taraf keluarganya yang miskin.
“Dari kecil sejak arwah ayah meninggal, saya lalui kehidupan susah dengan arwah mak sebab arwah mak kerja sebagai tukang masak di kedai. Kami hanya mampu tinggal di suatu tempat sempat yang saya sifatkan bukan sebuah rumah pun. Waktu tu ramai hina arwah mak.
Mak orang Thailand, dengan kerja sebagai tukang masak ramai yang hina dan tak suka dia. Tapi arwah mak sangat kuat dan kalis kecaman. Disebabkan kehidupan kami yang sangat susah waktu itu, arwah mak meninggal dalam keadaan koma.
Doktor sahkan arwah ada barah otak. Bila arwah meninggal, kami terfikir arwah meninggal sama ada kerana keadaan terlalu miskin sampai dia tak tahu ada barah otak sebab hanya makan ubat dan tak buat pemeriksaan kesihatan. Atau arwah mak tahu tapi tak beritahu anak-anak.”
Artikel berkaitan: “Warna Kulit Tangan Dan Muka Adalah Berbeza, Ramai Yang Buat Silap…” – Asyalliee Kongsi Petua Elak Kesilapan Solekan!
Sejak pemergian arwah, Asyalliee yang merupakan anak keempat daripada lima beradik tinggal bersama kakaknya. Namun masalah lain pula timbul apabila dia didera mental dan fizikal.
Mujur, kakak sulung sempat selamatkan Asyalliee. Dek kerana mahu berdikari, dia sanggup ambil tawaran menjadi model dan review produk di media sosial ketika masih di bangku sekolah lagi. Rezeki tersebut diraih selepas video Asyalliee menjadi tular di media sosial.
“Ada hikmah dan rezeki lepas video saya viral di media sosial. Orang panggil buat review dan ambil job jadi model. Dalam masa sama saya masih sekolah. Dari situ saya dah start berdikari sendiri sampai sekarang. Habis je belajar saya terus berhijrah ke Kuala Lumpur untuk cari kerja.”
Untuk rekod, Asyalliee berkahwin dengan Eboy Arbaain pada 25 Februari 2017. Hasil perkongsian hidup, dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Haider Mikael, Helena Adrianna dan Hayyan.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA
Sumber Foto: Instagram Asyalliee
Artikel berkaitan: Pernah Berangan Nak Bersanding Namun Tak Mampu, Impian Asyalliee Kini Tercapai Lepas 5 Tahun
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Alahai, Ayu Dan ‘Sweet’ Nya Uqasha Bila Berniqab Di Mekah! Ramai Betul Puji Dan Doa Yang Baik-Baik Untuk Uqasha!
Selepas sahaja melangsungkan majlis perkahwinan, pasangan selebriti Uqasha Senrose dan Kamal Adli menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah. Nampak bahagia sungguh pasangan popular ini! Tetapi, apa yang menjadi perhatian netizen apabila Uqasha kelihatan molek dan ayu dengan imej menutup aurat. Alahai, sejuk mata memandang!
Baru-baru ini, pasangan sama cantik, sama padan ini memuat naik gambar mereka menunaikan umrah di laman Instagram. Mereka berdua berkongsi foto-foto momen indah ketika berada di Madinah.
Alhamdulillah Allah bagi lagi rasa sampai kesini tapi kali ini dengan cik suami..
Allahuakhbar Alhamdulillah
Foto yang dimuat naik oleh pelakon Uqasha ataupun nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen mendapat pujian ramai apabila melihat imejnya yang manis menutup aurat.
Tidak terhenti di situ sahaja, malah ramai juga yang memberi kata-kata positif dan mendoakan yang baik-baik kepada pasangan ini apabila Kamal Adli memuat naik sebuah foto bersama Uqasha yang ketika itu memakai niqab.
Alhamdulillah..hari ni hari melawat Masjid Quba dan Bukit Uhud..macam ‘student’ sekolah kitaorang hahaha..
So kita pakai baju ‘color’ sama takut hilang
Manisnya! Netizen juga turut sama merasai kemanisan pasangan popular ini!
Semoga Allah SWT memberikan apa yang terbaik di muka bumi kepada pasangan sejoli ini. Ayuh kita sama-sama doakan agar Uqasha kembali dengan imej berhijab seperti dahulu dan diberi kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Doa yang baik-baik sahaja ya! InsyaAllah Amin YRB!
Sumber gambar: Instagram Uqasha & Kamal
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sembang Bersulam Carutan, Barangkali Sudah Menjadi Kebiasaan Di Rumah – Zulin Aziz
Jika lihat di laman media sosial hari ini, ia diibaratkan seperti sebuah ruang untuk menyuarakan pendapat serta sebuah platform untuk berkongsi cerita dan momen.
Namun, pengguna laman sosial hari ini, terutamanya mereka yang sering membuat sesi ‘live’ di laman Instagram atau TikTok contohnya, kadang-kala hilang batasan sehingga ada yang mengeluarkan kata-kata kesat yang mungkin memberi impak negatif kepada yang menonton.
Berbicara isu Sembang Bersulam Carutan, The Hijabista Show menemu bual pelakon juga pengacara popular, Zulin Aziz untuk berkongsi perspektif tentang trend hari ini yang menjadikan carutan sebagai perkara biasa dalam kehidupan harian.
Mengulas lanjut isu tersebut, Zulin menegaskan bahawa personaliti diri seseorang itu dapat dilihat dari percakapan serta apa yang dilontarkan dari mulutnya. Jika jahat kata-katanya, maka jahat jualah dirinya.
Tidak kira siapapun kita, percakapan itu menunjukkan siapa diri kita yang sebenar. Pakaian tidak melambangkan diri kita. Manusia ini kadang-kala apabila sudah bercakap, dia jadi terlupa tentang batasan. Akhirnya, menonjolkan diri mereka yang sebenar.
Tambah Zulin, apabila seseorang itu suka mencarut, barangkali sudah terbiasa bila di rumah dan menjadi rutin harian mereka untuk mengeluarkan kata-kata yang tidak baik. Jadi, apabila di luar rumah, dan tidak mampu mengawal diri, maka ia terus menonjolkan diri mereka yang sebenar.
Mengenai platform media sosial pula, menurut Zulin, netizen mempunyai hak untuk memilih apa yang ingin dilihat juga yang ingin dibaca. Namun, tambahnya lagi, masyarakat hari ini lebih suka memilih yang negatif untuk dijadikan sebagai bahan bualan mereka sehingga kadang-kala menimbukan fitnah.
Sebenarnya, untuk kita kawal mereka yang bergelar ‘infleuncer’ ini untuk tidak mengeluarkan kata-kata negatif amat susah. Namun, netizen harus bijak untuk memilih apa yang ingin dilihat, dibaca dan ditonton di media sosial. Anda boleh pilih siapa yang ingin anda ikuti. Kalau negatif tu, janganlah ikut.
Zulin menasihati agar menjaga diri dan pertuturan yang dilontarkan kala menggunakan media sosial. Tambahan pula, kali ini apa yang kita tunjukkan dan tayangkan boleh direkodkan. Jadi, jagalah diri selalu.
Sumber gambar: Instagram Zulin Aziz
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI