Jangan muka sahaja cantik tetapi kaki berdaki. Malu tau jika hal ini berlaku kepada kita! Seimbangkan kecantikan wajah dengan bahagian badan yang lain juga. Walaupun bahagian kaki itu jarang sekali untuk diperlihatkan di khalayak ramai, tetapi ia juga harus dijaga dengan rapi kerana ia adalah lambang keperibadian kita juga. Barulah anda digelar wanita sempurna.
Nanti dulu! Jangan terus habiskan duit ke spa! Simpan wang anda dan lakukan penjagaan kaki hanya di rumah. Anda boleh berjimat dengan melakukannya sendiri di rumah menggunakan bahan semula jadi yang mudah didapati.
Cara-cara rawatan kaki
1. Bagi anda yang suka mewarnakan kuku, jangan dibiarkan lama sehingga tertanggal warnanya! Bersihkan pewarna kuku menggunakan kapas lembut dan pembersih pewarna kuku serta potong kemas kuku kaki anda.
2. Untuk melakukan spa kaki di rumah, caranya mudah sahaja. Bahan-bahannya pun mudah untuk dicari. Caranya, penuhkan bekas dengan ramuan istimewa spa kaki anda. Campurkan 1/4 cawan jus lemon, 1/8 sudu teh serbuk cengkih, tiga sudu besar minyak zaitun, 1/4 cawan susu dan 1/3 cawan air suam. Ramuan ini bertujuan untuk memberi kelembapan kepada kulit kaki.
3. Rendam kaki di dalam air ramuan itu dan biarkan ia meresap ke dalam kulit selama 10 hingga 15 minit.
4. Setelah kulit menjadi lembut, gosok kaki menggunakan skrub buatan sendiri. Elakkan gosok permukaan kaki terlalu kuat, bimbang jika menimbulkan kerengsagan. Gosok mengikut putaran yang betul bagi melancarkan perjalanan darah dalam badan.
Baca juga: Rupanya 5 Minit Pun Boleh Bersiap Nak Ke Pejabat Di Waktu Pagi! Amalkan Tip Mudah Ini!
5. Bilas kaki menggunakan tuala kering dan bersih. Sudahi rawatan spa anda dengan menyapu losen atau krim khas untuk kaki yang diperkaya dengan bahan pelembap.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe