Jangan Mengalah Kalau Kena Friend Zone! Kisah Ardell & Nadzmi Bukti Ada Jodoh Tak Kemana

Share

Pelakon cantik manis, Ardell Aryana tidak menyangka yang akhirnya dia menjadi isteri kepada teman baiknya yang sudah dianggap seperti adiknya sendiri iaitu Nadzmi Adhwa.

Pasangan ini telah bernikah pada Ahad semalam di kediaman keluarga Ardell di Seri Kembangan, Selangor.

Kata Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin,29, kepada mStar
, Nadzmi ada beberapa kali menyatakan hasrat untuk melamarnya namun terpaksa ditolak kerana belum bersedia.

“Saya dah anggap dia macam adik dan kami macam kawan baik, masa susah senang ada bersama.

“Dia ada beratus kali beri hint untuk ajak berkahwin tapi saya tak bagi jawapannya kerana belum bersedia lagi, rasa banyak kekurangan dan bukan untuk menjadi isteri.

“Sehinggalah selepas Aidilfitri yang lalu, saya sendiri merisik dia dan beri senaskhah Al-Quran untuk dia fahami dan khatamkan,” ujarnya.

Sudah mengenali antara satu sama lain sejak 8 tahun yang lalu, kisah mereka ini menjadi tumpuan warga net kerana terharu dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Nadzmi bagi menawan hati Ardell.

 

Benarlah kata orang, kalau dah jodoh tak ke mana kan? Untuk Ardell dan Nadzmi, selamat melayari bahtera perkahwinan. Moga berbahagia selalu! Bagi mereka yang sedang berjuang untuk menghalalkan orang yang mereka cintai, jangan mengalah. Teruskan berusaha dan percayalah pada takdir Tuhan.

kredit : mStar Online

Published by
Qistina