Memakai sunblock adalah salah satu rutin penting penjagaan kulit wajah bagi anda yang sering melakukan aktiviti luar.Penggunaan sunblock bertujuan mengelakkan kulit wajah mengalami masalah seperti bintik hitam, kesan kulit terbakar (sunburn) atau lebib buruk lagi boleh menyebabkan barah kulit.
Walau di mana anda berada, jangan pernah lupa membawa sunblock bersama. Sama ada anda sedang bersenam di luar, pergi bercuti di pantai, menyertai pertandingan marathon atau keluar bersama keluarga mahupun rakan-rakan, wajib guna sunblock setiap hari.
Ia penting bagi melindungi kulit wajah daripada paparan sinaran matahari secara langsung. Tidak dapat dinafikan masih ramai yang mengabaikan penggunaan sunblock.
Antara kepentingan memakai sunblock termasuk melindungi kulit dari sinaran matahari seperti UVA dan UVB serta ia juga melindungi protein di bawah permukaan kulit seperti keratin, elastin dan kolagen.
Melalui perkongsian Zunita Ramli yang tinggal di Jepun, amat penting untuk kita memakai sunblock.
Tak suka pakai sunblock? Ini rupa kulit muka yang diambil di bawah kamera fotografi UV ya. Nampak jelas sangat freckles/jeragat dalam gambar-gambar ini bukan.
Macam mana jeragat boleh jadi? Melanin atau pigmen, adalah sejenis pelindung matahari semula jadi badan kita. Lagi banyak melanin, lagi kurang sensitif lah kulit kita pada matahari.
Jeragat dan tahi lalat pula adalah hasil daripada pengeluaran melanin berlebihan sebab kerap terdedah dengan cahaya UV yang berlebihan. Bermakna, jeragat dan tahi lalat berfungsi sebagai penunjuk sensitiviti matahari pada kulit kita dan risiko kanser kulit.
Berikut perkongsian Dr Syahida, Klinik Avicenna/BeautyLicious Medispa
5 PERKARA YANG WAJIB DIKETAHUI JIKA KULIT SUDAH PENUH DENGAN JERAGAT
Pastikan produk yang anda gunakan tidak mengandungi Hydroquinone
Hydroquinone ini adalah cream yg hanya boleh digunakan oleh doktor dalam certain type of jeragat. Walau bagaimanapun sudah jarang digunakan kerana side effect nya jika guna berterusan lebih dari 6 minggu boleh menyebabkan onchronosis (jeragat jadi lebih teruk dan hitam).
Pada awalnya jeragat mungkin hilang sebentar namun tompok hitam lebih teruk dari jeragat asal akn tumbuh kembali. Namun hydroquinone ini banyak digunakan dalam produk lokal yg dipanggil krim timbang kilo!!
Memakai sunblock
Sunblock adalah wajib dipakai setiap hari dan jika tidak dipakai jeragat lama akan jadi semakin teruk manakala jeragat baru pulak akan naik kembali!!
Sunblock memberi perlindungan kepada kulit dari sinaran UVA dan UVB yg bukan sahaja boleh menyebabkan kanser kulit dan sunburn malahan menyebabkan jeragat semakin teruk.
Sunblock yg terbaik adalah Sunblock Heliocare 360 hasil penyelidikan di Harvard selama 12 tahun oleh pakar kulit terkemuka DR Fritzpatrick.
Duduk dalam pejabat tidak perlu pakai sunblock
Ini adalah kesilapan paling besar yang ramai lakukan. Kajian menunjukkan walaupun tidak terdedah kepada cahaya matahari secara direct, lampu di dalam office jugak mempunyai sinaran yg berbahaya.
Jadi utk hampa yg keje di office make sure pakai sunblock setiap masa dan tutup lampu sebelum tido.
Cari produk yang mengandungi alternatif kepada hydroquinone
Produk tersebut terbukti selamat seperti arbutin, kojic acid, azelaic acid, vitamin c (dalam bentuk yang stable). Semua chemical ini berfungsi untuk mencerahkan kulit dan juga selamat digunakan walaupun dalam tempoh yang lama!
Jeragat tidak boleh hilang sepenuhnya tanpa rawatan
Jeragat selalunya tidak boleh hilang sepenuhnya tetapi boleh pudar dan kurang hanya dengan gunakan produk (perlukan rawatan lanjut seperti laser/ chemical peeling/ prp dan lain-lain) Jeragat ada 2 jenis di lapisan epidermis atau lapisan dermis (lebih dalam).
Sumber kredit: Zunita Ramli dan Dr Syahida, Klinik Avicenna/BeautyLicious Medispa Top image: Photo by cottonbro from Pexels
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI