Semuanya ada di hujung jari sahaja! Sebut sahaja jenis pakaian, peralatan rumah, gajet, elektronik ataupun solekan, semuanya boleh didapati dengan mudah dengan menggunakan pembelian secara atas talian.
Pembelian atas talian menyebabkan anda menjadi ketagih dan akhirnya memakan diri jika tidak dikawal dengan baik! Walaupun ia menjimatkan masa, anda dinasihatkan untuk mengawal nafsu ketika hari gaji supaya tidak habis semuanya dengan online shopping. Nak tahu cara mudah untuk bijak berbelanja secara atas talian? Lakukan tip mudah ini!
1. Utamakan apa yang penting
Bil-bil seperti bil air, elektrik, telefon, sewa rumah dan kereta antara komitmen yang penting dan harus diutamakan terlebih dahulu! Pastikan apabila anda mula-mula mendapat gaji, anda selesaikan dahulu pembayaran ini. Jika tidak, mungkin pihak bank akan mula mengejar anda!
2. Hadkan duit belanja
Lakukan kaedah yang bijak ini untuk memastikan duit anda cukup sehingga hujung bulan. Pastikan anda meletakkan jumlah had perbelanjaan setiap bulan. Cara ini dapat mengajar anda untuk mengawal struktur perbelanjaan anda. Apa yang penting, belajar berdisiplin dengan kadar yang sudah ditetapkan itu.
3. Perbandingan harga
Cuba luangkan sedikit waktu anda untuk membuat perbandingan harga. Walaupun online shopping menghidangkan anda variasi produk, namun harganya juga lebih berkonsepkan ‘bundle’. Jadi, anda harus bijak memilih harga yang murah. Jika tidak, anda akan rugi! Selalunyta, ada sesetengah penjual yang cuba mengaut keuntungan berganda, jadi kamu harus bijak berbelanja!
Baca juga: Susah Nak Pilih Seluar Denim Yang Sesuai Dengan Bentuk Badan? Cuba Dengan Tip Fesyen Ini!
4. Disiplikan diri
Semuanya berkaitan dengan diri kita sendiri. Untuk memastikan anda tidak obses dan ketagih dengan online shopping, pastikan anda tidak mudah atau gatal tangan melawat laman web jualan setiap hari kerana ia mengundang anda untuk berbelanja.
5. Sedar diri
Tahap kesedaran anda harus tinggi! Pastikan anda peka dengan status kewangan dan ekonomi diri. Jika tiada bajet, lebih baik anda tanggungkan dulu niat untuk membeli sesuatu barangan. Jangan risau, barangan atas talian sentiasa ada. Jangan terlalu ‘sayangkan’ promosi bulanan mereka.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe