Solat tahajud antara amalan yang dapat menyembuhkan hati daripada penyakit dunia.
Bagi orang yang tidak menghafaz al-Quran, mereka boleh menunaikan solat tahajud sambil duduk dengan meletakkan al-Quran di hadapan, lalu membaca satu halaman setiap rakaat.
MACAM MANA NAK BUAT SOLAT TAHAJUD
Waktu yang paling terbaik untuk melakukan solat tahajud ialah sekitar jam 4.30 pagi hinggalah sebelum subuh.
Niat di dalam hati “Aku melakukan solat sunat tahajud kerana ALLAH” Tak perlu lafaz niat.
Caranya, buat 2 rakaat salam, 2 rakaat salam…berterusan semampunya. Tidak ada limit rakaat, terpulang kepada kemampuan masing-masing sama ada hendak buat 2 atau 4, atau 6 atau 8 atau lebih ikut semampunya.
Tidak terkhusus dengan mana-mana Surah, ikut kemampuan hafalan masing-masing dan tidak menjadi masalah jika solat tahajud itu sambil pegang quran kecil@phone dan membacanya. Kalau tak mampu baca quran dan surah yang hanya mampu dihafal itu cuma surah Al-Ikhlas , “Qulhuallah hu ahad…” maka silakan baca surah yang sama pada setiap rakaat. Solat tetap sah dan terbaik.
LAMAKAN SUJUD
Jadi lamakan sujud dan mintak doa pada Allah apa saja yg kita hajatkan. Kata para ulamak kita boleh berdoa dengan bahasa apa yang kita faham. Sah tahajud walaupun kita baca doa dalam bahasa Melayu.
Jangan solat laju-laju, slow and steady. Yang penting buat setenang-tenangnya. Selangilah setiap 2 rakaat itu dengan istighfar dan mana-mana zikir yang kita hafal.
Jika dah buat tahajud maka tutupilah tahajud itu dengan 1 rakaat witir sekiranya witir belum dibuat selepas Isyak. Kalau sudah witir selepas Isyak maka tidak perlu lagi buat witir selepas tahajud.
Sumber kredit: Ustaz Muhamad Rizal via Rohana Saad
DAPATKAN HIJABISTA E-MAGAZINE DENGAN MEMUAT TURUN APLIKASI EMALL DI GOOGLE PLAY DAN APP STORE.
http://emall.karangkraf.com/Shop/Magazine/HIJABISTA