Tak kira muda atau tua, penyakit datang tanpa diundang sama ada kita sedar ataupun tidak. Gaya hidup dan pemakanan menjadi pengaruh dan punca datangnya penyakit. Hijabi ini hampir buta gara-gara alpa dan leka. Jom ikut perkongsian Cik Sidah binti Omar;
Ramai yang whatapps saya tanya PUNCA sakit mata saya. Tak nampak dah sebelah dan kabur teruk.
Okey, saya cerita. Walaupun sebenarnya saya malu untuk mengaku yang saya ni sakit. Mudah-mudahan dah sakit. Tapi kali ni saya buang malu saya tu demi kesedaran bersama. Dan jadikanlah apa yang jadi kat saya ni sebagai peringatan dan pengajaran utk semua, lebih-lebih lagi utk GOLONGAN MUDA dan pengidap DIABETES. ( sila lakukan pemeriksaan mata anda sekurang-kurangnya 2 kali setahun.)
Semua Aktiviti Tergendala
Daripada boleh bekerja, tak boleh bekerja.
Daripada boleh bwk motor, dah tak boleh bawak motor.
2012, umur 22 tahun masa tu. Pergi klinik sebab ada masalah lain, tapi Doc check tekanan darah, TINGGI. Doc check gula, pun TINGGI. 19 bacaan gula masa tu. Klinik swasta gais, Doc pun buat surat refers ke Klinik Kesihatan (KK). Dah settled semua kt KK. So, follow up la kt KK utk beberapa tahun.
Tapi nak dijadikan cerita, PUNCA masalah MATA ni. Saya tertinggal satu follow up. Saya buat tak tahu. “nanti la g balik.” “Nanti la.. Esok la..” tup2 dah habis ubat. Pun tak pergi lagi klinik smbung follow up. Masa tu duk cakap kat diri sendiri dan orang, ” tak dok apa-apa la tak makan ubat, muda lagi. Sihat lagi nie. ” Berdegil walaupun berapa kali dah Nurse dari KK call. Jawapan aku, “okey2 kak nanti saya pergi.” tapi, tak pergi pun.
Tinggalkan Ubat
2 TAHUN LEBIH saya tinggal ubat. Tanpa follow up Doc, tanpa ubat²an kampung. Hint pertama MATA ni SILAU. Masih buat tak tau lagi. Sebab aku boleh jalan, aku sihat lagi gais. Boleh merempit lagi, boleh bergelak ketawa lagi. Boleh bekerja lagi. Boleh menulis lagi. Yaa.. Semua boleh buat lg time tu.
IKLAN
Amaran Kedua Pendarahan Dalam Mata
Hint ke 2, hint nie dah teruk kalau ikutkan. Timbul satu tompok/bebenang kat mata. Dia bergerak sekali masa mata kita bergerak. Masa tu sebelum bulan puasa tahun lepas. Tapi benda tu sikit. Cepat hilang. Okey.. Aku buat tak tau lagi. Walaupun ada bagtau mak mata rasa macam tak selesa. Tapi AKU BOLEH MELIHAT MACAM BIASA lagi gaiss… ANAK SULONG, DEGIL. Hahahaha..
Lepas tu bulan puasa, jadi lagi macam apa yang jadi sebelum ni. Ada timbul tompok/bebenang kt mata sebelah lagi. Kali ni penglihatan terganggu. Sebab benda tu besar sikit. Tapi SIDAH gais.. DEGIL. Buat tak tau lagi sampai la beberapa hari raya dah. Nak habis syawal dah time tu.
Time tu kebetulan ada follow mak BFF aku pi open house kedai spek. Kedai spek gais..
BFF aku pun, “Cdah g la check mata tu. Kan kbo rasa tak sedap.” Aku nie nak tak nak terpaksa dah. Hahaha.. Padan muke kan.
Pergi la check silau, rabun apa semua tu. Time tu la tau. Sorang dari staff kedai spek tu bagitau, “awak, mata awk macam ade pendarahan dalam mata nie.” aku? Telan air liur rasa kesat dah gais. Tapi tanya lagi, “dah blh buat ke spek nie?”
Staff tu jawab, ” tak boleh awak lagi spek awak. Awak kena g hospital check.” seminggu lepas tu baru ke hospital check.
IKLAN
Check punye check. Doc bagitau, “mata awak dua-dua dah ada pendarahan dalam mata ni. Sebab tu sekarang mata awak jadi kabur.” masa nie bulan 7 2019.
Lepas tu terus refers ke pakar Mata HSNZ, esoknya ke hospital lagi untuk laser dua-dua mata untuk kurangkan timbul salur darah baru dalam mata. Setiap minggu laser gais. 8 KALI LASER. Tapi tak ada kesan positif.
Mata makin kabur. Sampai la tahap sebelah kiri dah ganggu titik peka dan dah tak nampak. Sekarang nie sebelah kanan pun makin kabur.
Dan ujian darah dan beberapa lagi ujian doc buat. Doc bgtau, “kesan dari kencing manis awak tak terkawal dulu, sekarang ni macam ada kesan ke buah pinggang awak Sidah. Buah pinggang awak bocor dah nie.”
Tapi alhamduillah.. Masih bernasib baik tak banyak. Doc bagi ubat untuk repair.
Muda Kurus Tak Semestinya Sihat
Sekarang ni mata ni dah tarik saraf dah. Solution doc pun belum pasti lagi.
Ade yang tanya, ” cdah xtnye ke ade peluang okey balik macam dulu? ”
Tanye gais.. Tanye.. Tapi jawapan Doc, ” untuk pulih macam dulu tu takleh dah. Tapi boleh berusaha lagi.”
Tapi tu kata doc. Kita selagi boleh ikhtiar kita ikhtiar berubat. Selagi masih bernafas. In sha Allah tak akan give up.
IKLAN
Punca dia DIABETES gais.
Jgn main² dgn diabetes. Dia blh menyerang bnyk tempat dalam badan kita.
Moral dia skrg. Tak kira MUDA atau TUA JAGALAH PEMAKANAN dan KESIHATAN.
Jangan sampai jadi macam saya. Nak menyesal pun tak guna gais. Jangan ingat muda kurus tak ada penyakit gais.
SELAGI X CHECK KESIHATAN JANGAN MENGAKU DIRI ANDA SIHAT.
Jadikan perjalanan aku sebagai pengajaran ya gais.
Terima kasih sudi baca. ❤️
Ya Allah, Kau tabahkan lah hati hamba Mu untuk menempuh segala ujian Mu. Aamiin.. 💕
Sumber : Facebook Cik Sidah
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pengacara dan usahawan jelita, Ameera Zaini yang kini sedang sarat hamil memaklumkan di laman sosial bahawa anak lelakinya iaitu Mateen kini berada di wad ICU.
Menurut Ameera, Mateen telah dikejarkan ke sana kerana kepalanya terhentak selepas terjatuh dari kerusi kelmarin.
Ameera walau bagaimanapun mengucapkan syukur kerana Mateen kini berada dalam keadaan stabil dan semakin menunjukkan perkembangan yang baik.
“Assalamualaikum semua. Sebagaimana semua tahu kami sekeluarga excited dan tak sabar nak menanti kelahiran Adik Baby.”
“Sekarang Meera dah tahu kenapa Allah kata belum lagi. sebab Allah sayang kami, dia nak uji kami dulu. Mateen terjatuh dari kerusi semalam and terhentak di kepala. Mateen is currently monitored in the ICU. Alhamdulillah he is stable and showing a positive progress.”
“Meera mohon sangat-sangat kepada semua yang baca posting Meera ini, di bulan Ramadhan yang mulia penuh rahmat ini, mohon doakan Mateen Bin Hasnor Rozaini terus dikurniakan syifa, kesembuhan, dan diangkat segala kesakitannya. Semoga tiada apa yang memudaratkan malah semoga semuanya lebih baik untuk Mateen.”
“Doakan Meera kuat dan tenang juga because due to my condition yang tengah sarat ini, I was advised to just stay at home. Malam ni akan jadi malam pertama Meera berjauhan dengan Mateen.”
Perkembangan dunia digital yang semakin meluas ini menjadikan ramai hijabi muda mahu bergelar instafamous dengan mempromosi dan mempopularkan sesuatu barangan. Ini kerana kerjaya instafamous ini sebenarnya mampu menghasilkan pendapatan lumayan jika kena cara review yang dilakukan. Ada yang menjadikan kerjaya ini sebagai pekerjaan tetap tetapi ada juga melakukanya secara sambilan. Jangan tak tahu hanya dengan membuat paid review sahaja seseorang instafamous itu mampu peroleh pendapatan mencecah RM10K sebulan.
Memang lumayan dan inilah yang diraih oleh antara instafamous paling viral Nur Humaira. Walaupun baru berusia 19 tahun tapi kemunculan gadis ini di laman sosial memang menjadi bualan hangat netizen gara-gara dek kerana video ‘over’ dalam setiap review yang dibuat
KONGSI TIP
Baru-baru ini ketika dijemput menjadi artis undangan dalam rancangan Motif Viral, Humaira sempat berkongsi tip bagaimana seseorang instafamous itu mahu mendapat pendapatan mencecah hingga ribuan ringgit.
“Biasanya orang review hanya akan cakap-cakap. Tetapi Mira nak pesan jika mahu menjadi reviewer yang baik di instagram, korang kena jujur dan jadi diri sendiri. Tak boleh tiru orang. Depan kamera buat apa yang korang suka dan buat apa yang korang rasa nak buat. Buat untuk jadikan ia viral dan secara tak langsung view itu akan naik sendiri.
Menurutnya, walaupun video review yang dilakukan memang over tetapi cara demikian menyebabkan sesuatu video itu akan mendapat tontonan yang tinggi di laman sosial. Walaupun mendapat kecaman netizen dengan perlakuan video pelik yang dilakukannya, tetapi Mira akui gembira melakukannya dengan cara tersendiri.
“Saya akan jujur setiap kali saya review sesuatu produk contoh makanan. Saya akan cakap perkara sebenarnya mengenai produk itu. Kalau pedas saya akan cakap pedas. Dan kalau tak sedap pun saya akan katakan juga.
“Biasanya jenama itu tak akan marah langsung dan tidak peduli asalkan produk mereka diketahui ramai, jadi viral dan view akan meningkat naik. Malah mereka juga akan berterima kasih kepada saya kerana mempopularkan jenama mereka dengan cara tersendiri. Itulah yang kita namakan strategi,” ujarnya.
TAK SANGKA JADI VIRAL
Humaira sendiri sebenarnya tidak menyangka dirinya akan menjadi viral sebab dia melakukannya hanya sekadar suka-suka. Dia yang sudah melakukan kerjaya ini tidak sampai 1 tahun dan dengan usia masih muda telah memperoleh pendapatan cukup lumayan tidak sepadan umurnya.
Dia mengakui kaedah yang dilakukan dalam instagramnya memang unik dan berbeza dengan review yang biasa dilakukan instafamous lain. Biarpun dikecam kerana dirinya perempuan dan dianggap perlakuannya tidak senonoh tetapi Mira tidak kisah dan teruja melakukan setiap aksi dalam lamam instagramnya.
Mira juga mengakui walaupun dirinya sudah terkenal sebagai instafamous ini, tetapi dia ada juga terfikir untuk menyambung pelajarannya. Tetapi memikirkan sudah rezekinya ke arah apa yang dilakukannya sekarang, jadi dia memang mencari wang pendapatan dengan kerjayanya sekarang ini.
Mempunyai follower di instagram 344K dengan menggunakan nama akauan @nrhwz. Selain produk makanan, Humaira juga turut membuat paid review seperti produk kecantikan, makanan, fesyen dan gajet.
Malah jika dilihat dalam setiap video dipaparkan mendapat view hingga ratusan ribu. Wow, cukup menakjubkan dan mengalahkan page selebriti. Juga tersenarai antara 11 instafamous yang terkenal dengan bakat gila-gila dalam membuat perniagaan review online ini.
Sepanjang tempoh PKP ramai rakyat Malaysia selesa membeli segala keperluan melalui atas talian. Proses ini memudahkan mereka menerima barang keperluan tanpa keluar rumah. Namun permintaan menghantar bungkusan (parcel) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyaksikan peningkatan mendadak susulan aktiviti pembelian dalam talian.
Melalui Harian Metro Pengurus Kanan Pick Up & Delivery Pos Malaysia, Mohd Azilah A Rahim berkata, pihaknya turut menerima peningkatan jumlah pesanan Pos Laju sebanyak 35 peratus sepanjang PKP ini.
“Kami menerima sehingga 770,000 bungkusan sehari dan jumlah ini meningkat melebihi kapasiti biasa Pos Laju iaitu 350,000 bungkusan sehari.
“Sebenarnya Pos Malaysia dan Pos Laju mempunyai banyak pengalaman untuk menghadapi waktu kritikal seperti ini.
“Oleh itu, kami menambah fasiliti pemprosesan supaya semua barang yang diterima dapat diserahkan kepada pelanggan,” katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya, berikutan peningkatan jumlah bungkusan dan waktu perniagaan disingkatkan sepanjang PKP, penghantaran dijangka mengalami sedikit kelewatan. Mohd Azilah berkata, untuk memenuhi permintaan pelanggan, penghantaran turut dilakukan pada hari Ahad dan kakitangan serahan Pos Laju bertugas bermula 8.30 pagi hingga 7 petang.
“Khidmat tambahan ini mengelakkan berlaku lambakan bungkusan di pusat Pos Laju dan mempercepatkan proses penghantaran kepada penerima,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya juga menasihatkan pelanggan yang membuat pembelian dalam talian untuk menetapkan alamat rumah terkini.
“Ini adalah kerana penyerahan tidak dapat dilakukan kepada premis pejabat atau perniagaan yang ditutup semasa PKP.
Masih Punyai Masalah Kelewatan
Walaupun Pos Malaysia dan Pos Laju telah meningkatkan perkhimatan, ramai yang masih gusar kelewatan barang yang dipesan masih lambat. Melalui perkongsian wanita ini Maizura Mohamad, Ini cara penyelesaian dan tip untuk mengesan barangan yang belum sampai.
“Kami juga menggunakan perkhidmatan AskPos, ejen pintar maya di laman sesawang kami bagi memudahkan pelanggan kemas kini alamat,” katanya.
Sementara itu, bagi memudahkan pelanggan membuat pembayaran bil utiliti, telekomunikasi, Internet atau memperbaharui insurans kenderaan dan perjalanan, ia boleh dibuat melalui atas talian (posonline.com.my) tanpa perlu hadir ke pejabat pos.
Terdahulu, beliau juga pernah tular akibat timbulnya dakwaan bahawa dia suh menukar agama di India sedangkan, Jasmine pernah mengakui bahawa dia menghadiri kelas tahfiz anjuran rakan selebriti, Neelofa.