Kita mesti biasa terlihat pelbagai petua kesihatan yang dikongsikan di media sosial. Semuanya kelihatan seperti berkesan namun kita jangan mudah terperdaya kerana tak semuanya boleh diikuti malah berpotensi memberi kesan bahaya pada tubuh badan.
Seperti masalah kelecuran, Dr. Kamarul Ariffin telah memberi peringatan jangan sesekali letak bahan seperti ubat gigi, tepung, kicap dan sebagainya di bahagian yang melecur seperti yang telah tular di media sosial kerana kesannya amatlah teruk nanti.
kredit: twitter @dr_chaku