‘Jangan Harapkan Bridesmaids Sebab Mereka Bukan Amah, Tapi Rakan Yang Baik Pasti Bantu’-Tasha Manshahar

Share

Kita memang akan selalu nampak kelibat bridesmaids atau pengapit sewaktu di majlis perkahwinan. Kebiasaannya bridesmaids ini terdiri daripada kenalan atau teman rapat pengantin sendiri yang sepatutnya berperanan bagi membantu pengantin di hari istimewanya.

Tapi, betul ke sebenarnya bridesmaids ini kebanyakannya langsung tidak menolong pengantin sebaliknya hanya tahu melaram sahaja?

Baru-baru ini Tasha Manshahar telah memuat naik gambar di laman instagramnya dan meluahkan betapa beruntungnya dia dikurniakan sahabat-sahabat yang menjalankan tanggungjawab sebagai bridesmaids dengan baik.

Bridesmaids datang awal tapi balik lambat!

I had the best bridesmaids for my wedding. Alhamdulillah. Dorg sama-sama ketibas dengan tuan rumah malah lebih teruk ? Dari preparation, berinai, nikah sampai selesai majlis resepsi, they helped me alot! They came early balik lambat. Makesure barang-barang keperluan pengantin cukup. Siap ada checklist. Tolong gosokkan baju yang besar dan berat tu. Remind me to eat, to have a good rest. Tolong family i prepare mana yang patut. Atleast sesiapa of them mesti ada near me masa majlis just incase i needed anything. Jagakan barang. Siap tolong nyahhh kan orang-orang atau perkara-perkara yang boleh buat i moody ? I cuma sediakan baju, tudung utk dorg, yang lain dorang buat sendiri sebab taknak i pening kepala uruskan dorg pulak. Paling penting dorg buat i sentiasa tenang, tak bagi i overthinking pada hari kejadian by saying — “This is your day, cherish every moment. Kita dah plan sebaik mungkin, now you relax. Dont worry, part kau dah setel, sekarang ni kau kahwin je, kitorang pulak buat our part”. Thank you! :’)

Kawan yang baik selalunya akan menawarkan bantuan.

Kita pn sbnrnya tak boleh harapkan bridesmaids utk buat kerja sbb dorg bukan amah. Tp kawan baik selalunya akan offer utk bantu. Sbb dorg nak raikan kita, nak feel moment tu dengan kita. Thats why selalunya bridesmaids adalah dari kalangan kawan baik. Tapi kalau boleh kawan tu pilih yang tak ada komitmen kerja/anak kecil, yg sihat, yg duduk pun area berdekatan atau yg boleh adjust mengikut kesesuaian, sbb kita taknak sampai kita pulak membebankan dorg. So sama2 kena saling memudahkan.
_
Tipu la kalau kita buat majlis kita tak nervous. Kot ada apa-apa yang jadi luar jangkaan kan. Tapi doa byk-byk Allah mudahkan, cukupkan. Kita cuba sediakan yang terbaik untuk tetamu ikut kemampuan kita, niat nak jamu nak sedekah makan, nak kongsi berita gembira, inshaAllah majlis akan lancar. Tetamu-tetamu yang hadir pun inshaAllah berlapang hati, happy dan doakan kebahagiaan pengantin. Tu paling utama. Terima kasih tak terhingga kepada @restuayahandaevent

 @royalepalace dan semua yang terlibat sebab beri kerjasama terbaik dan dah sama-sama usaha utk sediakan yang terbaik untuk majlis saya haritu! ✨ 

Betullah apa yang Tasha sampaikan itu. Rakan seharusnya menolong memudahkan urusan rakan lain. Jika kita membantu mereka, pasti urusan kita akan dipermudahkan juga nant i!

kredit : instagram @tashamanshahar

Published by
Qistina