“Jangan Cepat PUTUS ASA & Putus Doa” Pesan Siti Pada Yang Belum Dapat ZURIAT & Rancang Tambah Anak LELAKI

Share

Minggu lepas Siti telah selamat memperkenalkan bayi perempunnya kepada peminat yang memang selama ini tidak sabar untuk melihat wajah si comel ini dengan lebih dekat. Baby “comelpipimerah yang diberi nama Siti Aafiyah ini memang dinanti kehadirannnya sejak 11 tahun lalu. Walaupun penantian itu terlalu lama, namun Siti dan suami sabar menunggu anugerah terindah ini. Ketika ditemui di majlis aqiqah dan taknik minggu lalu, Siti turut memberi pesanan buat mereka yang belum mendapat cahaya mata lagi. Dalam pada itu, penyanyi kesayangan ramai ini juga berhasrat untuk menimang cahaya mata lagi jika diizinkan Allah.

Seperti yang kita maklum perjalan Siti juga begitu sukar sebelum mendapat zuriat tetapi dalam tempoh itu beliau  tidak pernah sesekali berputus asa. Malah sentiasa berusaha dan kekal berdoa kepada Tuhan agar dikurniakan zuriat.

“Bagi mereka yang belum dikurniakan cahaya mata, jangan putus asa. Orang akan kata cakap senang tetapi itulah yang saya rasa dan buat. Saya tak putus asa dan tak putus berdoa.

“Apa yang paling penting sentiasa bersangka baik pada Allah. Setengah orang bila tak diberi rezeki dia mempersoalkan kenapa dia tak dapat dan orang lain dapat. Tapi saya sentiasa cakap dalam diri saya Allah akan beri pada tarikh dan hari yang terbaik.

“Walaupun pergi umrah beberapa kali, doa saya tetap doa yang sama. Saya tahu Allah akan jawab juga satu hari nanti. Alhamdulillah akhirnya Allah jawab juga doa saya. Walaupun 11 tahun menunggu tetapi tetap ada rezeki.

“Kepada yang belum dikurniakan anak itu, saya nasihatkan jangan putus asa dan berusaha dengan pelbagai cara yang ada sama ada tradisional, moden dan sebagainya,” ujar Siti yang tidak menafikan untuk hamil  sekali lagi jika diizinkan Tuhan.

Dalam laporan di Harian Metro, Siti turut berkongsi keinginan menambah seorang lagi cahaya mata lelaki bagi melengkapkan perkahwinan dibina bersama suami.

“Kalau ada rezeki, memang mahu anak lelaki. Ini adalah perancangan. Namun, saya belum dapat nasihat doktor. Insya-Allah, saya serahkan kepada Allah.

“Kalau ada, ia rezeki. Andai sebaliknya, saya tetap bersyukur sudah ada seorang zuriat,” katanya.

Untuk pengetahuan, sebelum memperoleh anak, Siti juga pernah mengalami keguguran dan membuat rawatan In Vitro Fertilization (IVF) sebanyak tiga kali sebelum janinnya lekat.

Siti Nurhaliza melahirkan bayinya dengan berat 3.55 kilogram kira-kira pukul 8.17 pagi pada 19 Mac lalu di sebuah hospital swasta secara pembedahan. Bayi comel ini diberi nama Siti Aafiyah yang dipilih bersempena doa yang diajarkan Nabi Muhammad SAW kepada bapa saudaranya, Al Abbas.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM CTDK

 

 

 

 

Published by
Siti Zurina