Semut merupakan sejenis serangga yang sangat unik dan sering dianggap serangga paling rajin yang pernah wujud di muka Bumi. Ia juga sangat istimewa hingga tercatat kisahnya yang tersendiri bersama Nabi Sulaiman A.S.
Sering hidup berkumpulan, sebenarnya ada cara tersendiri untuk kita menghalau mereka daripada kediaman kita tanpa cara membunuh. Caranya hanyalah dengan ‘menegur’ sahaja mereka ini supaya berpindah ke luar rumah kita.
Berdasarkan apa yang telah dinyatakan, kami lebih cenderung kepada pendapat yang diboleh membunuh semut ini jika ia membawa mudharat kepada kita. Sekiranya, ia tidak membawa mudharat atau ancaman maka hukumnya adalah tidak boleh untuk membunuhnya berdasarkan hadith Nabi SAW yang jelas melarang kita membunuh semut tanpa sebab.
Dalam isu menghormati haiwan adalah diperintahkan dengan istilah “Ihsan” kepada makhluk berdasarkan nas-nas yang disebut oleh Rasulullah SAW dan juga perintah Allah SWT agar kita berlaku baik kepada sesama makhluk. Antaranya sebuah hadith yang dimuatkan oleh Imam al-Nawawi di dalam karyanya, daripada Syaddad RA bahawa Nabi SAW bersabda:
إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الْإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذَّبْحَ وَلْيُحِدَّ أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ فَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan ihsan atas setiap perkara. Maka apabila kamu membunuh, bunuhlah dengan baik. Dan apabila kamu menyembelih, sembelihlah dengan baik. Tajamkanlan alat sembelihan dan tenangkanlah haiwan sembelihan”. [Riwayat Muslim, kitab buruan, sembelihan dan haiwan-haiwan yang dimakan, bab perintah agar berlaku ketika menyembelih, no. hadith 3615]
Semoga Allah SWT memberi kita taufiq dan hidayah dalam melakukan setiap tindakan yang kita lakukan seharian. Amin.
sumber: @hijrahremaja, muftiwp.gov.my