Jangan Buka Lampu Ketika Tidur! Anda Hanya Bahayakan Diri

Share

Ada yang takut untuk tidur dalam gelap sehinggakan terpaksa bukak lampu setiap kali untuk menutup mata? Ya, ada segelintir daripada kita yang suka untuk membuka lampu agar kurang rasa takut ketika tidur.

Tapi tahukah anda terdapat punca masalah kepada kesihatan jika anda buat sedemikian? Apakah penyakit itu dan ciri-ciri kesihatan sudah terjejas?

Takutnya nak tutup lampu…tapi kesihatan terjejas pula

Sumber dari Canva

Bukan sahaja lampu bilik, malah, berjaga malam menggunakan komputer riba atau peranti elektronik seperti telefon dan tablet juga boleh menganggu anda. Tidur dalam keadaan lampu terbuka bukanlah satu pilihan yang baik.

Pernah anda dengar tentang buka lampu ketika tidur merisikokan diri dengan kanser? Menurut portal HelloDoktorsatu kajian dari MIT mendapati bahawa dua gen yang bekerja untuk mengatur dan memahami masa punyai satu keupayaan untuk menyekat tumor. Akibat daripada kekeliruan pada sumber cahaya dan kegelepan boleh menyebabkan penyekat tumor berkurangan serta membuat tumor berpotensi lebih buruk.

Artikel berkaitan: ‘Bila Nak Tidur, Asyik Tergaru-Garu Badan Ini…Rimasnya!’, Digigit Serangga Kecil Dan Kulit Kering Adalah Satu Puncanya!

Mereka yang sering bekerja syif malam juga berpotensi untuk mendapat kanser akibat terdedah kepada cahaya di kala malam. Juga dinyatakan bahawa cahaya pada waktu malam adalah faktor risiko yang signifikan dengan mebangunkan kanser payudara menurut kajian semula data dari 1,679 wanita yang tercata di Chronobiology International

.

Ada juga risiko kepada penyakit lain

Masalah jantung

Sumber dari Canva

Menurut Harvard Health Publications, terdapat satu kajian yang telah menunjukkan satu hubungan antaras komplikasi jantung yang kurang selesa apabila cahaya mempengaruhi kualiti tidur. Ia menybebakan seseorang individu itu terjaga kerana kemampuannya boleh menghancurkan melatonin.

Artikel berkaitan: Jangka Waktu Dan Corak Tidur Yang Ideal Untuk Peringkat Umur, Seiring Dengan Peningkatan Usia

Risiko depresi atau murung

Sumber dari Canva

Tidur seseorang akan terganggu akibat kesan cahaya yang menganggu peraturan otak untuk kawalan emosi. Kajian yang dilakukan oleh ahli biologi dari John Hopkins diterbitkan dalam jurnal Nature mengesahkan bahawa cahaya mempengaruhi struktur neurologi otak yang terlibat dengan emosi. Cahaya yang terlalu banyak ketika waktu tidur sememangnya tidak sesuai dan boleh ganggu kualiti tidur dan menyebabkan faktor kemurungan.

Bagi mengelakkan risiko penyakit yang boleh menganggu kesihatan anda, pastikan anda tidur dalam keadaan lampu yang tertutup. Dapatkan lampu malam yang bercahaya sedikit malam yang boleh anda gunakan di dalam bilik supaya tidak terlalu terang dan boleh ganggu kualiti tidur anda.

Sumber: HelloDoktor

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee