Tahun 2017 akan melabuhkan tirainya beberapa jam sahaja lagi. Dan pastinya banyak perkara pahit dan manis yang dilalui sepanjang tempoh 365 hari itu. Ada yang menempa kejayaan dan ada juga yang menerima kegagalan. Terutama kita lihat perkembangan ekonomi tahun ini sedikit perlahan serta kenaikan harga barang melambung tinggi menyebabkan ada antara kita agak suffer. Namun itu semua tidak mematahkan semangat terutama kepada usahawan muda yang baru berjinak-jinak untuk berniaga.
Dalam satu perkongsian di laman sosial facebook Puan Wanda Safwan, dia turut diberi tip berguna oleh seorang ‘landlord’ ketika ditanya soal bisnes yang dikendalikan bersama suami. Menurutnya yang tidak lokek berkongsi tipnya berkata seorang usahawan itu perlu ikat perut di awal perniagannya. Jangan sesekali bermewah membeli kereta mahal atau beg mahal ataupun melancong.
Bukan itu sahaja, dia turut menyarankan usahawan perlu bekerja dengan lebih kuat dan paling penting jaga kesihatan. Jika tidak sihat tiada gunanya walaupun mempunyai wang yang banyak.
Banya lagi tip yang diberikan oleh landlord berusia 44 tahun ini. Walaupun masih muda, tetapi sudah memiliki banyak syarikat dan property prestige di sekitar lembah Klang. Teruskan membaca perkongsiannya yang boleh kita jadikan panduan dalam meniti cabaran baru di tahun 2018.
TIP BERGUNA
Tadi landlord office datang melawat kawasan sebab nak sign agreement baru extend tenancy office ni. Alang-alang ada kedai mamak kat bawah ni, dia ajak minum-minum, dia belanja katanya. .
Sesampai di kedai mamak, kelihatan dia dah tersenyum kat meja & bertanya khabar kami. Kemudian soalan seterusnya yang dia tanya ialah, .
“Boss, bisnes macam mana? Ada baik ka?”, dengan wajah yang sedikit serius. .
Saya dan suami berpandangan sambil tersenyum sebelum menjawab, .
“Struggling boss. Biasalah hujung tahun memang selalu slow sikit”, sambil kami tersengih-sengih menghirup air yang dipesan. .
KENA KUAT
“Itu biasa, mana-mana bisnes pun down ini tahun. I punya bisnes pun dropped sampai 30%. Sakit sikitla tapi kita kena kuat tahan ini tahun. Selalunya waktu susah ini tak lama, 2-3 tahun saja..”, katanya tenang. .
Kami dengar 2-3 tahun tu pun rasa pahit je kat tekak walaupun air sedap yang dihirup. .
“Boss, u ada apa tips tak kasi sama kami? Bagi semangat sikit untuk new year 2018”, tanya saya sambil pandang tepat ke matanya. .
JANGAN BOROS
“Ada.. Pertama sekali bila bisnes, u kena jaga cashflow. Waktu u awal-awal buka bisnes, jangan belanja duit untung banyak pergi beli kereta la, handbag LV la, melancong la. Tahan dulu kasi ikat perut. U kena buat 1 tabung untuk jadi back up money u. U kumpul sampai ada RM300k-500k, kemudian baru u boleh fikir nak tambah luxury item u. Ini saving jadi u punya primary fund, u jangan belanja ini primary fund. Dari primary fund u dapatkan secondary fund. Dari secondary fund inilah u buat belanja. Sentiasa pastikan primary fund u sentiasa penuh, hanya belanja secondary fund.” .
Kami mengangguk. Kemudian dia sambung lagi, .
“Waktu u masih muda ni, u kena kerja kuat. Jika fund tak cukup, u kena usaha lebih bagi cukup. Tapi jangan sampai tak jaga kesihatan. Paling penting u kena jaga makan. Bila u ada banyak duit, u sakit pun tak guna sebab duit u banyak habis untuk rawat sakit u. Jangan sampai jatuh sakit. Health is wealth. .
SIMPAN DUIT
I tengok ramai Melayu manyak syok enjoy duit bila dapat projek besar. Tukar-tukar kereta sedangkan dia tak tahu lagi 3-4 tahun ka, apa jadi dengan bisnes dia. Simpan sikit duit, buat investment.
Beli emas atau property, kumpul asset. Bukan I nak suruh u simpan duit sampai kedekut, no. Tapi u kena pandai belanja, orang cina kata Spend Wisely. Guna u punya otak. .
Tak apa jika u susah sekarang, sebab u akan lebih appreciate the value of money. Bila u sudah kaya, mesti u akan pandai manage duit sebab u sudah tau rasa susah tu macam mana. Nak beli handbag harga ribu-ribu pun u akan fikir banyak kali, tapi sesekali nak beli tu bolehla, haha!”. .
Kami bergelak ketawa mendengar celotehnya. Landlord ni masih muda, umurnya 44 tahun tapi sudah memiliki banyak syarikat & property prestige di sekitar lembah Klang. Walaupun sudah berjaya, beliau sangat humble & baik, banyak bertolak ansur dengan kami terutamanya kadang-kadang kami terlewat membayar sewa office. .
JANGAN SESEKALI GIVE UP
Banyak juga input yang dipelajari dari cerita beliau tadi. Namun akibat mengejar masa, beliau meminta diri lebih awal. Pesanan terakhir beliau sebelum berlalu ialah, .
“Jangan sesekali give up jika sesuatu perkara yang kita rancang itu tak jadi. There’s a lot of way to solve problem. Jangan lari dari masalah & cari cara kasi lepas. Orang yang berjaya ialah orang yang dapat lalui waktu susah dengan tenang & kuat. U mesti mau kuat, baru u boleh berjaya. All the best!”, sambil beliau menepuk bahu suami saya dan berlalu.
SUMBER: FB PUAN WANDA SAFWAN
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI