Pasti para hijabi mempunyai banyak koleksi tudung di rumah. Daripada koleksi tudung bawal ke shawl, pashmina, sifon, silk dan sebagainya. Namun selepas memakainya, tahukah anda cara yang sesuai untuk mencuci tudung agar tahan lama, tak cepat rosak dan warnanya terpelihara?

Jangan biarkan koleksi tudung bawal dan shawl yang letop pudar sebelum waktu. Ikuti  aturan tip ini supaya himpunan tudung anda terjaga dan tahan lebih lama, lagi-lagi shawl yang berjenama dan boleh tahan harganya.

JANGAN SENTAL

Jangan Biarkan Koleksi Tudung Bawal Dan Shawl Yang ‘LETOP’ PUDAR Sebelum Waktu.

Untuk mencuci tudung, harus diingatkan, tudung tersebut tidak diramas – ramas. Kami tahu ramai suka meramas tudung ketika mencuci. Kononnya nak lebih bersih. Cara ini boleh merosakkan tudung. Cara yang betul adalah cukup dengan mencelup dan mengangkat tudung beberapa kali sehingga bersih daripada bahan pencuci.

PELEMBUT

Jangan Biarkan Koleksi Tudung Bawal Dan Shawl Yang ‘LETOP’ PUDAR Sebelum Waktu.Selepas selesai celup dan angkat beberapa kali, rendamkan tudung sebentar di dalam campuran air bersama pelembut selama 10-15 minit. Selepas 15 minit, bilas tudung tersebut bersama air bersih. Jemur di kawasan yang redup. Elakkan menjemur tudung di bawah cahaya matahari yang terlalu terik. Jika tidak, lama-kelamaan, tudung akan menjadi rosak dan warna akan menjadi pudar.

Ads

ELAKKAN MESIN BASUH

Jangan Biarkan Koleksi Tudung Bawal Dan Shawl Yang ‘LETOP’ PUDAR Sebelum Waktu.

Untuk mencuci tudung, elakkan membasuh menggunakan mesin basuh kerana ia berpeluang merosakkan tudung. Cukuplah sekadar cuci pelembut dan tidak menyentalnya.

Ads

PENGASINGAN

Jangan Biarkan Koleksi Tudung Bawal Dan Shawl Yang ‘LETOP’ PUDAR Sebelum Waktu.

Biasakan diri untuk mencuci tudung bersama tudung sahaja dan tidak mencampurkan dengan kain atau pakaian lain. Banyak kes di mana warna baju turun dan merosakkan tudung. Maka untuk mengelakkan hal ini berlaku, asingkan tudung sebelum mencuci dan basuh tudung sahaja.

Ads

GANTUNG

Jangan Biarkan Koleksi Tudung Bawal Dan Shawl Yang ‘LETOP’ PUDAR Sebelum Waktu.

Sebaiknya gantung tudung anda. Kebanyakkan dari kita suka lipat dan kadang-kala ia memberikan kesan pada corak tudung.

BACA ARTIKEL INI:

Jangan Biarkan Koleksi Tudung Bawal Dan Shawl Yang ‘LETOP’ PUDAR Sebelum Waktu.

Seperti baju juga, sekiranya tudung yang dibeli mempunyai label aturan membasuh, anda dinasihatkan agar dibasuh dengan cucian tangan kerana kami tahu tudung tersebut terlalu berharga untuk di’rosakkan’.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI