Jangan Biarkan Diri Tidak Berilmu, Para Wanita Harus Fahami Tentang Konsep Poligami!

Share

Tidak semua memahami apakah yang dimaksudkan dengan poligami secara keseluruhannya. Ada pula yang berfikir, poligami ini hanya berlandaskan kemampuan mereka memberi nafkah batin dan zahir.

Sejujurnya, ramai perlu tahu poligami adalah suatu perkara yang lebih dari konsep ‘adil’ dan ‘kemampuan’ seseorang itu.

Artikel berkaitan: Hati Sentiasa Tenang, Rezeki Mudah Masuk Kongsi Puteri Sarah Liyana Bila Amal Surah At-Taubah Ayat 128 & 129

Fahami konsep poligami…

Ekoran isu yang berbangkit, ramai yang perlu tahu tentang konsep poligami menurut Islam yang sebenar. Ia bukan sekadar kahwin semata-mata, namun, menggalas satu tanggungjawab yang berat.

Nas al-Quran secara jelas menyatakan:

وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ

Maksudnya: “Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka, maka berkahwinlah (dengan) sesiapa yang baik dari perempuan-perempuan yang (lain) dua, tiga atau empat”. ( Surah an-Nisa’ :3)

Sumber dari SuamiSihat.com.my

Menurut Portal Rasmi Jabatan Agama Islam Selangor

, poligami boleh berubah mengikut keadaan tertentu. Ia juga boleh jatuh makruh jika ianya dengan niat berseronok-seronok sedangkan suami meragui kemampuannya untuk berlaku adil kepada isteri-isterinya dari sudut nafkah zahir dan batin. Menurut sabda Rasulullah SAW:

دع ما يريبك إلى ما لا يريبك 

Maksudnya: “Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu kepada perkara yang tidak meragukan kamu.” (Hadis riwayat  Tirmizi  )

Syarat berpoligami

Jadi bagi mereka yang masih tidak tahu dan samar-samar syarat kelayakan seseorang itu boleh berpoligami. Ini antara syaratnya untuk menjelaskan poligami secara sah:

1. Membatasi jumlah isteri

Allah SWT berfirman di dalam surah an-Nissa’ ayat ketiga:

“Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan lain : dua, tiga atau empat.”

Ayat diatas menjelaskan bahawa seorang suami tidak boleh mempunyai lebih daripada 4 orang isteri dalam satu masa. Ia bertujuan untuk tidak memberikan lelaki menurut hawa nafsu mereka sesuka hati mereka.

2. Haram menghimpun wanita bersaudara sebagai isteri

Pemilihan isteri tidak boleh ada pertalian seperti:

  • Adik-beradik
  • Ibu dan anak
  • Anak saudara dengan emak saudara

Haram bagi mereka yang menghimpunkan mereka bersaudara sebagai isteri atas tujuan polihami dalam satu masa. Adanya syarat poligami adalah untuk menjaga silaturrahim anggota keluarga sepertimana Rasulullah bersabda:

“Sesungguhnya kalau kamu berbuat yang demikian itu, akibatnya kamu akan memutuskan silaturrahim diantara sesama kamu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

3. Mampu berlaku adil

Adil adalah konsep yang perlu difahami bukan sekadar memberi perhatian. Malah, banyak perkara yang perlu di fahami dengan konsep ‘adil’ itu sendiri.

3.a) Adil terhadap diri

Sebagai contoh, jika anda alami masalah kesihatan dan tidak mampu untuk mencari nafkah, seeloknya tidak meneruskan berpoligami kerana ia seolah menganiaya diri sendiri.

3.b) Adil kepada para Isteri:

  • Kemesraan
  • Makanan
  • Pakaian
  • Tempat tinggal
  • Nafkah batin

3.c) Adil memberikan nafkah

3.d) Adil dalam penyediaan tempat tinggal

3.e) Adil dalam giliran

3.f) Adil terhadap anak-anak

4. Tidak merosakkan kehidupan

Seorang suami harus yakin perkahwinan seterusnya tidak akan menjejaskan kehidupan isteri dan anak-anak. Keyakinan itu perlulah berasaskan dari segi:

  • Kemampuan
  • Akhlak dan peribadi

5. Mampu memberikan nafkah

Sabda Rasulullah SAW, bermaksud:

“Wahai sekalian pemuda, sesiapa diantara kamu yang berkuasa mengeluarkan nafkah, maka hendaklah kamu berkahwin. Dan sesiapa yang tidak berkuasa, hendaklah berpuasa.”

Jelas disini bahawa Islam menggalakkan perkahwinan mana-mana lelaki haruslah berkemampuan. Suami yang ingin poligami harus tahu kemampuannya sebelum meneruskan lagi untuk berpoligami.

Golongan wanita harus fahami konsep poligami!

Sumber dari Canva

Menurut Peguam Syarie merangkap Konsultan Perundangan Islam, Fahmi Ramli, seseorang isteri boleh mengizinkan suaminya berpoligami harus melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan poligami sebelum menghadiri ke mahkamah.

  1. Jangan elak untuk hadirkan diri ke Mahkamah jika dipanggil. Ini membolehkan suami berasa lebih ‘bebas’ di hadapan Hakim.

2. Apabila menghadap Hakim, minta untuk direkodkan Nafkah Diri mengikut keperluan

3. Minta juga direkodkan Nafkah Anak bagi anak-anak mengikut keperluan dan bukan ala kadar.

4. Pentingnya untuk rekodkan Harta Sepencarian. Kes harta sepencarian agak rumit jika satu pasangan bercerai dan mahu buat sesuatu tuntutan.

5. Isteri yang ingin tuntutan Poligami harus diberi keistimewaa untuk minta Hakim memerintahkan apa sahaja Harta suami sekarang adalah Harta Sepencarian tanpa perlu bicara.

Isteri juga boleh minta isytiharkan 1/2 atau separuh bahagian milik suami meski pun ianya dibeli 100 peratus oleh sang suami.

6. Jika suami meninggal dunia dan tidak merekodkan Harta Sepencarian, rumah dan juga semua harta perlu dibahagikan secara Faraid. Jika mempunyai anak, bahagian faraid adalah 1/8. Tetapi, jika suami anda berpoligami, mungkin dua isteri serta bahagian anda menjadi 1/16.

7. Jikalau anda bercerai dan tidak merekodkan Harta Sepenceraian, selepas bercerai anda perlu melantik peguam bagi membuat fail terhadap Harta Sepenceraian jika harta masih ada.

Artikel berkaitan: Peguam Syariah Dedah Kaum Lelaki Curang Punca Dari Masalah Mental & Sering Rasa Berkuasa?

Sumber: Portal Rasmi Jabatan Agama Islam Selangor dan Facebook Fahmi Ramli

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee