Mereka yang bersyukur sentiasa memuji Allah SWT, menunaikan setiap suruhan dan meninggalkan segala larangan-Nya. Golongan yang bersyukur juga mengakui kebesaran Allah SWT.
Kelebihan orang yang bersyukur dan sentiasa menghargai pemberian Allah SWT termasuk nikmat usia, kesihatan, harta benda, anak serta keluarga, akan merasa kebahagiaan hidup.
Alhamdulillah adalah ungkapan ringkas sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT terhadap nikmat dan rezeki yang dikurniakan. Sifat syukur berada pada tahap tertinggi kerana tidak ramai yang mampu mencapai tahap syukur di atas semua anugerah diterima di dunia ini.
Hidup tidak selalu indah seperti yang manusia ingin. Tetapi, dalam ketidakindahan itu ada indahnya jika manusia redha, sabar dan tidak putus-putus bersyukur. Syukur dan sabar adalah perisai untuk berhadapan dengan roda kehidupan. “Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadaMu”~(Surah Ibrahim:7)
Jadi sahabat, jangan berdoa sebelum bersyukur. Kerana doa tak akan mampu merubah hidup orang yang tidak bersyukur. Hidup ini terasa menderita bukan kerana kurang kurnia tapi kurang syukur. Kurnia ALLAH ada disetiap saat. Bersyukur bukan hanya sebatas ucapan “Alhamdulillah”. Bersyukur adalah sikap, gaya hidup dan cara berfikir.
Syukuri nikmat ALLAH. Lihatlah kepada orang yang dibawah kalian dan jangan melihat orang yang lebih di atas. Melihat yang di atas akan membuat kalian tidak menghargai nikmat ALLAH. Buka dan ikatlah kebahagian dengan rasa syukur. Syukur adalah awal kebahagian. Syukur adalah awal dari kelimpahan hidup. Kadangkala ALLAH membuat hambaNYA tersungkur, agar ia akrab dengan rasa syukur.
Bila anda ditimpa musibah, jangan beri ruang di hati anda untuk mengeluh. Bandingkan nikmat2 yang telah anda terima dari ALLAH. Syukuri hidup ini, jangan menyesal apa yang terjadi. Masih ada waktu memperbaiki diri.
TIGA TANDA SYUKUR:
1.Syukur dengan hati. Hati sentiasa ingat kepada ALLAH di atas segala kurnian nikmatNYA.
2.Syukur dengan lidah dengan berzikir memuji ALLAH.
3.Syukur dengan perbuatan dengan bersedekah dan melakukan amal soleh. Setiap hari semuanya teramat indah jika kita pandai bersyukur.
Sumber kredit: Rohana Saad Top image: Photo by Gabby K from Pexels
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI