Kecantikan

Jangan Benarkan Kulit Kering Menghalang Anda Bersolek, Praktikkan ‘Do & Don’ts’ Untuk Hasil Menawan

Share

Memakai solekan pada kulit yang kering bukanlah mudah. Walaupun kelihatan baik tatkala mengadap cermin, tetapi ia tidak sama sekali dalam realiti! Mari Hijabista beri tip dan helah untuk memastikan kulit kering anda memberi ‘kerjasama’ terbaik tatkala mahu bersolek:

Prepkan wajah anda

1. Mulakan rutin anda dengan menggunakan pencuci wajah berasaskan krim yang memiliki bijian kecil di dalamnya yang mampu ‘manyapu’ sel kulit mati yang duduk pada permukaan kulit.

2. Gunakan serum yang cepat serap atau berasaskan minyak menggantikan pelembap kerana produk ini terserap lebih cepat, memberi lembapan kepada kulit anda.

3. Langkah yang penting dalam persediaan ini adalah aplikasi ‘primer’. Tekstur yang penuh krim ini mampu memastikan kulit anda terhidrat dan juga mengaburkan liang pori dan cela yang ada.

Formula yang tepat

Kulit kering adalah kulit yang sangat memerlukan nutrisi, di mana cecair atau solekan dari bahan yang ringan dan penuh krim adalah cara yang terbaik. Produk yang berat dan tebal pasti akan membuat kulit anda merengsa dan merosakkan solekan.

4. Pilih ‘foundation’

yang ringan dan pastikan anda gunakan berus untuk aplikasi kerana bulu berus itu cukup lembut untuk mengelakkan kulit anda mengelupas. Kemudian gunakan span ‘beauty blender’ yang lembap untuk menekap solekan pada wajah anda untuk rupa yang natural dan ‘dewy’.

5. Aplikasi pemerah pipi juga begitu! Gunakan pemerah pipi yang kompak berasaskan krim ataupun ‘stain’ cecair sebagai ganti kepada pemerah pipi serbuk untuk tambahan hidrasi

Elakkan cara ini!

1. Jangan gunakan jari jemari anda untuk aplikasi solekan kerana mereka akan menyerap lembapan yang diperlukan kulit.

2. Hindari produk berasaskan serbuk, melainkan anda gunakan mereka sedikit sahaja di bahagian T wajah anda. Untuk elakkan kilauan minyak, gunakan kertas ‘oil-blotting’.

3. Jangan gunakan produk berasaskan ‘waterproof’ kerana mereka menyedut keluar lembapan kulit dan meninggalkan kulit anda mengelupas.

Jadi, selepas ini pastikan anda prepkan wajah anda sebaik mungkin dengan produk berasaskan krim yang mampu memberi lembapan ekstra kepada kulit anda. Jauhi produk berasaskan serbuk dan telap air ya. Selamat mencuba!

Published by
Siti Zurina