Kebiasaannya kita mesti ada kawan yang kuat makan tapi berat badannya tak naik. Slim je. Alahai, cemburunya rasa! Walaupun makan banyak makanan segera dan minum air manis, tapi badan dia maintain je. Untunglah badan.
Tapi sebenarnya, kita tidak perlu cemburu pun dengan tubuh mereka sebab kurus tak bermakna sihat.
Situasi ini dikenali sebagai TOFI. “Thin Outside, Fat Inside”. Walaupun memiliki berat badan ideal, tanpa disedari, akibat pemakanan dan gaya hidup, lemak mereka tersembunyi bersama organ orang penting di abdomen.
Menurut laman facebook Public Health Malaysia, hal ini menjelaskan persoalan mengapa individu yang kurus turut menghidap penyakit penyakit metabolik seperti :
-Kencing Manis
-Darah Tinggi
-Tinggi Kolesterol
-Penyakit jantung dan strok
Kalau anda perasan, individu TOFI ini tidak cergas, cepat penat dan kadang kala nampak pucat. Situasi stress dan kurang tidur menyebabkan paras kortisol meningkat dan seterusnya meningkatkan lagi pengumpulan lemak di organ.
TOFI ini sukar dikesan. Lemak tersembunyi itu hanya boleh dilihat menerusi ujian imbasan MRI atau ujian darah untuk mengesan paras kolesterol, gula dan fungsi organ.
Tambah membahayakan, kerana sentiasa langsing, mereka tidak mengawal pemakanan dan tidak menjaga kesihatan. Mereka juga tidak pergi menjalani ujian saringan kesihatan seperti orang lain kerana tidak risau akan hal itu.
Kesimpulannya, tubuh kurus tidak bermakna anda selamat daripada risiko penyakit metabolik. Makanlah dengan kadar sederhana. Kurus bukan lesen untuk tidak menjaga kesihatan dan amalkanlah pemakanan yang sihat.
kredit: Public Health Malaysia
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI