Sudah menjadi kebanggaan seorang gadis memiliki tubuh yang langsing dan cantik persis model boleh mengayakan pelbagai pakaian namun apa yang dirisaukan yang kurus dan cantik itu belum tentu sihat.
“Badan kecil tapi perut besar malah banyak penyakit”, awas hijabi hentikan sebentar kebaggaan anda. Melalui ciapan pengguna laman sosial, Dr Mustapa Mohamed Taher Pakar Perunding Pembedahan & Pediatrik tidak menyangka sepotong videonya menjadi tular.
View this post on Instagram
Kongsi Dr Mustapa atau lebih mesra dipanggil Pak Long menerusi video itu, dia membandingkan saiz perut individu kurus yang berpenyakit dengan individu berbadan gempal yang kurang komplikasi menjadi perdebatan di kalangan warga maya.
Siapa Kata Individu Gemuk ‘TANK’ Besar?
Pemikiran septikal seseorang individu sudah tentu berdasarkan bentuk fizikal seseorang begitu juga pesakit Dr Mustapa.
“Makin besar badan seseorang itu makin luas dan besarlah kantong perut mereka. Sebab tu mereka boleh mengambil kuantiti makanan dengan sangat banyak. “
Dengar macam logik akal tapi ini fakta yang anda perlu tahu! Mungkin penjelasan seumpama ini tidak pernah dijelaskan.
View this post on Instagram
“Sebagai doktor Pakar Perunding Pembedahan dan Bariatrik, banyak kes yang melibatkan pesakit saya membuktikan saiz kantong perut tidak boleh diukur melalui saiz fizikal individu.
Diantara pesakit Dr Mustapa yang boleh dikategorikan sebagai saiz sederhana tetapi mempunyai kantong perut yg lebih besar, selain berpenyakit. Manakala senario lain pesakit yang melebihi 100kg, namun saiz perut mereka lebih kecil selain kurang mempunyai komplikasi dalaman.
“Contoh dalam video, pesakit yang paling ringan bukan sahaja mempunyai perut paling besar akan tetapi penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, fatty liver dan Obstructive sleep apnea (OSA).
“Pembedahan yang dilakukan bukan ikut timbang kati ya, tapi mengambil kira ukuran perut yang perlu dibuang, ketelitian pembedahan & pemulihan selepas pembedahan,” sebab itu kalau ada pesakit tanya, kenapa pembiayaan pembedahan bagi kategori individu berbadan kurus dan berbadan besar sama ujar pakar.
Kombinasi Berat Badan Dan BMI Mempengaruhi kesihatan
“Ramai yang tak puas hati antara ketiga-tiga beza perut besar, atas 100kg, kena kecam sebab semua saiz perut tu untuk individu yang obes. Tapi ada juga yang sokong” debat warga maya.
Lantas Dr Mustapa menjelaskan, pedebatan warga maya tanya kenapa tiga-tiga perut tu nampak macam sama sahaja.
“Apa yang saya tunjukkan adalah contoh. Sebenarnya, jika dilihat secara dekat, perut yang 101kg bersaiz lebih besar. Realitinya pula sekarang, ada yg berat badan cuma 60 atau 70kg tapi kantung perut tu lagi besar dari individu yang miliki berat 100 kg. Bahaya tu!
“Selalunya kita ambil kira kombinasi berat badan & ketinggian (BMI). Bacaan BMI mempengaruhi ye. kiraan dari segi BMI, mengukur tinggi dan berat, paling ringan itu secara luaran nampak kecil mungkin kerana individu tersebut mempunyai paras tubuh yang tinggi.”
“Ada juga yg tanya, kenapa ada yang makan banyak, tapi kenapa berat badan masih tetap tak naik. Perkara Ini dipengaruhi dengan cara makan, waktu makan, jenis makanan, gaya hidup dan banyak faktor lain sebenarnya.”
“Kemudian ada yang tanya bagaimana nak ukur perut sebenarnya. Memang tak boleh nak ukur perut secara fizikal. Cara seperti X-ray or CT scan boleh lihat saiz perut tapi tidak tepat, saiz sebenar tidak dapat diketahui. Hanya ketika pembedahan, barulah dapat tahu dan pengukuran saiz perut dilakukan.”
Diakhir perbincangan, Pakar Perunding Pembedahan & Pediatrik berharap segala keterangan dapat membantu anda untuk memahami apa yang didebatkan. Kesimpulannya pembedahan bukan tertakluk kepada berat badan seseorang. Kurus atau berbadan besar, perlu pemeriksaan rapi yang tertakluk di dalam pakej sebut harga.
SUMBER: Dr Mustapa Mohamed Taher Pakar Perunding Pembedahan & Pediatrik
https://youtu.be/CoToQpJFsiY
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI