Jangan Asyik Pakai Blusher Merah Jambu Je, Ini Warna-warna Blusher Yang Sesuai Dipakai Ikut Tona Kulit

Share

Blusher atau pemerah pipi dapat membantu memberi sedikit ‘warna’ kepada wajah anda agar anda tidak kelihatan terlalu pucat dan kusam. Dalam koleksi produk solekan blusher adalah satu item solekan yang sangat penting.

Mungkin anda tidak berapa gemar dengan alat solekan yang lain namun pastikan blusher merupakan satu alat solek ‘must-have’ untuk semua hijabi. Terdapat banyak warna blusher di pasaran dan ia pastinya mengelirukan hijabi untuk memilihnya. Tidak semua warna sesuai untuk tona kulit anda.

Tip Memilih Warna Pemerah Pipi Yang Sesuai Dengan Tona Kulit

Pemerah pipi merah jambu selalu menjadi pilihan bagi kaum wanita apabila mengenakan mekap di wajah. Anda pasti pemerah pipi warna merah jambu sesuai dengan tona kulit anda? Hari ni nak share tips memilih pemerah pipi yang sesuai mengikut kulit anda?

Kenal Pasti Tona Kulit Anda
Pertama sekali kenal pasti sama ada anda mempunyai tona kulit panas atau sejuk. Jika urat di bahagian dalam pergelangan tangan anda kelihatan biru, anda sesuai memakai aksesori berwarna perak dan pakaian putih dan hitam terang menonjolkan kecantikan warna kulit anda. Sekiranya urat di bahagian dalam pergelangan tangan anda kelihatan hijau, anda dalam golongan tona kulit warna panas. Sesuai memakai perhiasan emas dan warna neutral/tan yang akan menyerlahkan lagi kecantikan tona kulit anda.

Pemerah pipi dalam bentuk krim, serbuk atau cecair?
Bagi si kulit kering, pemerah pipi dalam bentuk krim akan memberi kelembapan yang diperlukan dan membuat kulit wajah bersinar dari dalam. Serbuk pemerah pipi pula mempunyai kuasa tahan lama pada pemilik kulit berminyak dan jika anda mempunyai bintik atau kesan jerawat pada kulit wajah ia adalah pemilihan yang tepat selepas mengenakan concealer. Pemerah pipi berbentuk berbentuk cecair boleh menghilangkan solekan asas anda jika disapu terlalu kuat. Anda boleh menggunakan pemerah pipi cecair ( liquid stain ) untuk kesan yang cepat dan warna yang menyerlah.

Kulit putih pucat
Sesuai memakai pemerah pipi warna merah jambu yang terang, yang akan mewujudkan efek merah lembut pada pipi anda.

Kulit sawo matang
Peach atau oren lembut akan menyerlahkan lagi kecantikan kulit anda kerana ia membantu meningkatkan cahaya yang wujud dalam kulit anda. Untuk warna yang lebih kaya dan padat , sapukan pemerah pipi berbentuk krim.

Warna kulit zaitun
Warna kulit seperti warna buah zaitun kelihatan sesuai dalam kedua-dua warna pemerah pipi berwarna oren atau merah jambu. Tetapi, digalakkan memakai pemerah pipi berwarna coklat neutral untuk menambahkan dimensi terhadap warna kulit anda. Atau jika anda berani , sapukan pemerah pipi dengan warna pop merah jambu terang.

Warna kulit gelap
Anda boleh memakai pemerah pipi berwarna merah jambu terang ataupun oren-merah terah untuk menyerlahkan wajah anda. Anda juga boleh gunakan pemerah pipi yang mempunyai glitter untuk memberi efek cahaya atau glowing pada pipi anda.

Jika anda cenderung untuk memakai gincu bibir dengan warna lebih kuat, pilih pemerah pipi dengan warna merah muda neutral yang akan membuatkan struktur tulang pipi meninggi.

TEKNIK SAPUAN BLUSHER MENGIKUT BENTUK WAJAH

Bujur: Sapu blusher kat bahagian tulang pipi dengan gerakan sedikit melengkung atau tambahkan sedikit blusher kat atas tulang hidung bagi menimbulkan kesan yang lebih glamor woww gitu..

Bulat: Buat teknik shading di bahagian rahang dengan menggunakan blusher sedikit gelap daripada warna kulit agar wajah kelihatan lebih bujur.Kemudian sapukan blusher dengan warna yang lebih terang pada puncak pipi ke arah telinga dengan gerakan ke atas.

Lonjong: Bagi wanita yang memiliki wajah lonjong,gunakan blusher tepat pada tulang pipi dengan sapuan mendatar.Gunakan warna yang lebih terang agar tertumpu pada bahagian pipi dan ia mampu menutup wajah yang kelihatan memanjang.

Persegi: Untuk menyamarkan potongan rahang,sapukan blusher dengan warna yang lebih gelap dari dagu dan pipi sehingga ke telinga

Hati: pilih blusher dengan warna sedikit gelap dan sapukan pada bahagian sekitar dagu dan bawah rahang.

TIP MEMAKAI BLUSHER
1. Pakai blusher berwarna lembut semasa siang dan terang sewaktu malam

2. Pakai blusher selepas solekan terakhir. Senang hendak agak ketebalan yang anda akan sapukan nanti.

3. Bagi yang memiliki kulit putih atau cerah, warna blusher yang paling sesuai adalah pink. Sama ada soft pink, brown pink atau dark pink.

4. Untuk kulit kuning langsat, anda boleh pakai pink yang ala-ala peach color, baby pink, brown orange atau chocolate mocha.

5. Kulit wanita Asia iaitu sawo matang lebih sesuai pakai bronze, red plum, dark orange dan soft brown.

6. Untuk si hitam manis yang tan kulitnya sesuai sangat dengan peach color, apricot,plum, coral dan deep orange.

Sumber kredit: Facebook: Bellarossa

Published by
Norhasliza