Pernah tak anda rasa sukar untuk menelan air liur dan rasa sakit sekitar dalam tekak anda? Ada yang sampai demam dan luka di kawasan tekak mereka. Jika pernah, ini bermakna anda sudah terkena jangkitan tonsil atau radang tonsil. Jangan ambil mudah kerana ia boleh membawa maut dan perit sungguh rasanya!
Jadi apa itu tonsil? Rupanya ada juga yang tidak tahu dan hanya memikirkan ianya sakit tekak biasa sahaja. Bukan. Tonsil ini terletak di belakang lidah kita. Ia berfungsi untuk melawan jangkitan yang akan masuk ke dalam mulut anda. Jika anda mengalami keradangan ia disebut sebagai tonsilitis. Rasa diguris-guris tekak apabila kena tonsilitis. Kadang-kadang sakit tu sampai rasa nak menangis. Kerana terlampau sakit dan sukar untuk menelan air liur anda. Perit tonsilitis ini sakit sehingga boleh menyebabkan anda tidak mampu untuk melakukan aktiviti harian.
Artikel Berkaitan: Ulser Mulut Boleh Kurangkan Potong Mood, Doktor Ini Kongsi Ubat Yang Boleh Di Dapati Di Farmasi
Virus merupakan punca utama tonsilitis berlaku. Banyak jenis virus yang boleh menyebabkan anda terkena tonsilitis ini, antaranya adalah:
15 peratus daripada tonsilitis adalah disebabkan oleh bakteria. Bakteria yang kerap terlibat pada tonsilitis ini adalah bakteria streptokokus kumpulan A!
Fungus dan parasit boleh menyebabkan tonsilitis tetapi ianya sangat jarang berlaku. Ini selalu terjadi kepada mereka yang mempunyai sistem imun badan yang rendah.
Tidak kira wanita atau lelaki kalau anda merokok anda akan berisiko untuk mendapat tonsilitis secara kerap. Merokok sendiri akan mengurangkan air liur anda, jadi ia akan mengurangkan imuniti yang akan dibawa oleh air liur anda. Pada masa yang sama, ia akan menjejaskan keseimbangan bakteria (tidak kira bakteria baik atau jahat) di dalam mulut anda. Jadi keadaan ini akan menyebabkan tonsilitis berlaku dengan lebih kerap.
Walaupun tonsilitis merupakan satu masalah kesihatan yang bersifat jangka masa pendek sahaja tetapi jangan ambil mudah ya. Simptom yang paling popular adalah apabila anda lihat tonsil anda pada cermin dan membuka lampu suluh anda akan melihat tonsil anda akan kelihatan merah cerah bersama bintik putih serta garis nanah yang menyebabkan kesakitan.
Tonsilitis boleh menyebabkan maut tetapi anda boleh elak dari berlaku. Walaupun jumlah maut itu tidak ramai tetapi jangan ambil mudah. Dapatkan rawatan lanjut dari doktor untuk anda merawatnya. Jangan tunggu sudah teruk berjumpa dengan doktor.
Artikel Berkaitan: Doktor Ini Dedah Rahsia Kopek Limau Mandarin Untuk Elak Sakit Tekak Bagi Penggemarnya. Hijabi Wajib Tahu!
Jika tonsilitis anda bukan dalam keadaan teruk, pengambilan antibiotik boleh membunuh bakteria atau virus yang akan menyebabkan jangkitan. Jika dalam keadaan teruk, pembedahan untuk membuang tonsil perlu dilakukan untuk mencegah penyebaran jangkitan lebih teruk. Akhir kata, jangan lupa untuk berjumpa doktor anda. Sekiranya anda mengalami simptom-simptom yang telah disenaraikan di atas. Masih belum terlambat.
Sumber: Hellodoktor.com
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.