Kita sering menyangkakan serangan jantung itu boleh berlaku pada usia tua sahaja. Itu adalah satu mitos yang tidak tepat kerana mereka yang masih muda juga berisiko terkena serangan ini.
Sakit jantung ini berlaku apabila saluran darah jantung kita menjadi sempit. Penyempitan ini berlaku disebabkan dinding sebelah dalam saluran darah diselaputi lemak terutamanya kolestrol, maka ada bahagian jantung yang tidak dapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi.
Antara punca-puncanya ialah :-
- Tekanan perasaan atau stress
- Kurang bersenam
- Merokok
- Kandungan lemak yang tinggi dalam badan
- Darah tinggi
- Diabetes
- Keturunan
- Faktor usia (35 tahun ke atas)
Antara tanda-tandanya:-
- Rasa sakit dada di bahagian kiri atau tengah dada yang menular ke bahu, lengan kiri, leher, dagu dan belakang badan
- Sesak nafas, badan berpeluh dan kadangkala terasa loya
- Jantung berdebar, pitam/pening
- Kadangkala sakit di ulu hati
Jika anda ada ciri-ciri yang dinyatakan ini, segeralah berjumpa dengan doktor di klinik kesihatan yang berhampiran dengan anda. Pemeriksaan fizikal akan dijalankan dengan teliti agar segala risiko dapat dicegah sebaiknya. Ingatlah, penjagaan kesihatan tubuh badan itu bermula dari sekarang!
kredit: Kementerian Kesihatan Malaysia
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pelajar Melayu Berhijab Pertama Dalam Jurusan Psikologi, Jadi Calon Akhir Miss Universe New Zealand
Sebelum ini bukan tidak ada peserta Islam berhijab yang menyertai pertandingan Ratu Cantik. Antaranya Halema Aden yang menyertai Miss Minnesota USA 2016 atau Raudha Kasmir menyertai Miss Indonesia 2018. Penyertaaan mereka juga turut mendapat reaksi cukup berbeza dari seluruh masyarakat. Dan sekarang seorang lagi gadis berhijab, Nurul Shamsul, 20 tahun yang mencatat rekod apabila menjadi wanita Islam pertama yang tercalon dalam Top 20 Miss Universe Zealand.
Nurul yang merupakan seorang pelajar dilahirkan di Ampang Selangor ini berdarah campuran Malaysia dan Indonesia telah dibesarkan di New Zealand sejak usianya 5 tahun.
Melalui akauan instagramnya, Nurul menyatakan perasaan gembiranya apabila dia akhirnya layak berada di peringkat akhir untuk pertandingan Miss Universe New Zealand.
Dilihat dari latar belakangnya, Nurul merupakan penuntut di Universiti Waikato dengan jurusan Psikologi. Malah dia juga turut menyatakan hasratnya menyertai Ratu Cantik New Zealand adalah untuk mendapatkan dana bagi membantu kanak-kanak yang hidup miskin dan kebuluran.
Artikel Berkaitan: Ratu Cantik Indonesia Ini Rupanya Bakal Doktor
“Saya suka membantu masyarakat berkembang maju dan membebaskan dan memperkasakan individu di masa hadapan,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Nurul juga berharap dengan penyertaannya dalam pertandingan ratu cantik ini dapat memberinya peluang menolak stereotaip serta memberi impak positif kepada agama Islam di mana gadis berhijab tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan seperti itu.
“Saya harap peluang yang diberikan ini akan membantu memecahkan sempadan dan stereotaip. Saya juga berharap bersama-sama kita dapat mentakrifkan semula maksud kecantikan itu,” tambahnya lagi.
Melalui salah satu post di laman instagramnya, Nurul turut menulis penting untuk sentiasa mengetahui siapa anda dan asal usul anda. Malah perlu bangga dengan diri sendiri.
Dia turut menambah melalui pengalamannya sendiri, Nurul menyukai New Zeland kerana penduduknya lebih menerima budaya dan etnik yang berbeza. Malah itu yang menjadikan New Zealand unik kerana semua budaya yang ada.
Menjadi satu-satunya gadis berhijab dalam pertandingan Ratu cantik itu nanti, Nurul berharap supaya erti sebenar kecantikan dapat digambarkan dengan betul dan tidak hanya terhad kepada paras rupa dan bentuk badan semata-mata.
Pertandingan akhir nanti akan diadakan pada bulan Ogos di SKYCITY Theater.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM NURUL SHAMSUL
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kos Tak Sampai RM10, Ini Cara Untuk Bersihkan Sofa Agar Jadi Seperti Baharu. Memang Jimat!
Jika anda hantar sofa untuk dicuci di kedai pastinya ia akan memakan kos yang tak kurang tinggi juga nilainya.
Namun, jika anda mahu berjimat ini adalah cara yang boleh anda lakukan bagi menjadikan sofa anda bersih seperti baru dengan modal tak sampai RM 10! Ikuti cara mudah yang dikongsikan Bam Aini di bawah ini.
Wow, betul-betul menjadilah! Okay kena beli sekarang ni sebelum sold out!
kredit: Bam Aini
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Inovasi Inner Tudung, No 9 Memberi Jaminan Keselesaan Hijabi Kekal Berhijab
Suatu ketika dulu wanita yang berhijab hanya menggunakan anak tudung atau popular dengan panggilan ‘serkop’ untuk membungkus rambut sebelum mengenakan hijab. Kini penggunaan anak tudung atau dipanggil inner neck diperluas ciptaannya hingga tidak menampakkan leher.
Inner neck menjadi item wajib dimiliki oleh hijabi. Penggunaan inner neck boleh digayakan dengan pelbagai jenis shawl. Tambahan pula, shawl yang dijual dipasaran agak jarang, jadi inner neck berfungsi sebagai pelindung leher supaya tidak nampak bahagian dalam.
Namun begitu, pemakaian inner neck perlulah bersesuaian dengan bentuk wajah dan gaya tudung. Ini kerana tidak semua inner neck sesuai dengan wajah anda.
1. SERKUP
Serkup permulaan anak tudung yang digunakan bagi wanita berhijab malahan ia terkenal semasa zaman persekolahan. Material serkup ini daripada wool atau benang kait. Ketahanan material ini selalunya tidak lama kerana getah akan mudah kembang apabila dipakai berkali-kali. Walaupun kemunculannya agak ketinggalan zaman tetapi masih lagi ada peminat setia memakai serkup mengikut keselesaan si pamakai terutama budak sekolah.
2. INNER TUDUNG SOROK PIPI
Inovasi inner neck yang direka khas utk keselesaan maksimum bagi mereka yang mempunyai pipi bulat boleh menggunakan inner ini untuk ilusi pipi tirus. Soft awning yang boleh buat “muncung” atau “melepet” mengikut bentuk muka. Inner jenis ini juga sesuai untuk semua jenis bentuk muka.
3. INNER NECK MELEKAP
Inner neck jenis ini hanya sesuai untuk mereka yang mempunyai bentuk wajah bujur dan berbentuk hati. Bagi anda yang mempunyai bentuk wajah bulat, anda dinasihatkan untuk tidak menggayakan inner neck jenis ini. Hal ini adalah kerana, wajah anda akan bertambah bulat. Padanan inner neck ini bersesuaian dengan gaya ‘loose shawl’
4. INNER NECK SILANG
Inner neck jenis silang ini sesuai dipakai oleh semua bentuk wajah terutama bagi mereka yang mempunyai bentuk wajah yang bulat. Inner neck silang akan memberikan ilusi silang di bahagian dahi, ini dapat membantu menutupi wajah bulat dan menampakkan wajah anda seakan-akan bujur. Tambahan pula potongan inner neck ini panjang sehingga menutupi pipi. Sesiapa yang gemar dengan gaya tudung Elfira ini sesuai dipadankan dengan inner neck ini.
5. INNER NECK BERTINGKAT-TINGKAT
Bagi sesiapa yang ingin tampil lain dari yang lain, anda sangat sesuai menggayakan inner neck jenis ini. Kelebihan inner neck jenis ini ialah ia dapat menyembunyikan dahi yang luas di samping menampakkan bentuk wajah yang sedikit bujur. Jika anda memiliki saiz kepala yang sedikit besar, inner neck jenis adalah tidak sesuai untuk anda. Inner neck ini juga nampak impak yang berbeza kerana padanan dengan kain lace.
6. INNER NECK BERDAGU
Inner neck jenis ini juga sesuai dipakai oleh sesiapa sahaja. Jahitan di bahagian dagu boleh menutupi lebihan lemak di bawah dagu. Jadi, usah risau tentang dagu yang berlipat. Penggayaan ikatan tudung dileher sesuai dengan inner neck ini kerana lebihan kain dileher tidak akan kelihatan.
7. INNER TURBAN
Paling laris di pasaran, produk keluaran Neelofa Hijab mengeluarkan inner serbaguna di mana inner ini juga boleh diguna pakai seperti turban. Kesesuaian inner ini bergantung pada bentuk muka pemakai.
8. INNER SEJUK
Memudahkan anda memakainya semasa kerja dalaman, atau semasa aktiviti luar. InnerSejuk sesuai untuk semua! InnerSejuk menjanjikan anda untuk terus berusaha membawa anda yang terbaik untuk gaya hidup aktif di seluruh dunia! Jadi terinspirasi untuk meningkatkan gaya peribadi anda dan meningkatkan taraf gaya hidup sihat anda yang sangat diperlukan!
9. INNER UNTUK KESIHATAN
TITAN TECH Inner Hijab yang diiktiraf sepenuhnya ini adalah yang pertama di Malaysia dan dicipta dengan teknologi maju dari Jepun yang boleh memberi manfaat kesihatan jangka panjang kepada pemakainya termasuk menambahbaik peredaran dalam badan, mengurangkan sakit kepala, mengoptimumkan tahap tenaga, mengurangkan tekanan, serta banyak lagi. Sebagai tambahan kepada jenama pakaian sederhana yang serba boleh, STAILOZ Inner Hijab menggunakan kehebatan TITAN TECH, teknologi eksklusif STAILOZ™yang menggabungkan Magnetic Titanium dengan zarah nano dan diserap sepenuhnya ke dalam bahan untuk mencipta fabrik Liquid Titanium Polyester yang digunakan di dalam setiap rangkaian produk STAILOZ™ Inner Hijab. Proses rumit ini dijalankan untuk memastikan zarah-zarah titanium tidak hilang apabila dibasuh dengan sabun atau air, dan memberi peluang kepada pengguna untuk terus menikmati manfaat kesihatan maksimum dalam setiap pemakaian.
TIP MEMILIH INNER:
• Pastikan anda kenali bentuk wajah anda. Jangan terlalu mengikut trend hingga anak tudung yang dipakai tidak sesuai dikepala anda.
• Pilih fabrik yang sesuai seperti cotton kerana ia mampu menyerap peluh dengan baik. Jika lycra, pilih jenis yang bermutu kerana jika tersalah pilih anda akan rasa tidak selesa terutama di bahagian tulang pipi.
• Jangan pilih terlalu ketat, ini kerana boleh membuatkan anda rasa sakit dan tidak selesa. Pilih warna yang sesuai dengan selendang.
• Jika selendang anda fabriknya licin, pakai anak tudung dari jenis cotton kerana ia mampu ‘menjinakkan’ selendang yang licin.
• Selendang yang jarang harus dipakai bersama inner neck yang mampu melindungi leher anda daripada kelihatan. Dalam bergaya aurat sebagai muslimah juga perlu dijaga.
• Untuk tambahan aksesori seperti kerongsang atau pin, pastikan selendang yang digayakan motifnya tidak sarat.
• Anak tudung ala turban mampu memberi ilusi bujur buat wajah anda.
• Bagi anak tudung yang bercorak, tidak semua orang sesuai. Seelok-eloknya banyakkan anak tudung polos dalam koleksi anda.
• Bagi yang gemarkan keceriaan,pelbagai anak tudung yang disertakan dengan pelbagai aksesori juga dapat membangkitkan gaya yang menarik. Apa yang penting, pastikan pemakaiannya bersesuaian dengan majlis dan situasi.
SUMBER: http://muslimahstylistaa.blogspot.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI