Mesti stres kalau selalu lupa kat mana letak barang dekat mana, nak beritahu apa pada kawan anda. Kadang-kadang sampai jadi geram sebab lupa atau lupa ingatan. Apabila faktor usia adalah cenderung menjadikan anda pelupa dan mempunyai masalah gangguan memori.
Jadi sebenarnya apa sebab kita ni jadi pelupa atau hilang ingatan? Adakah sebab penyakit Alzheimer? Gangguan memori atau kerap lupa ini sangat menganggu prestasi seseorang itu. Ada penyebab yang menyebabkan seseorang itu hilang ingatan iaitu:
Anda tahu tak sesetengah ubat yang anda ambil kemungkinan boleh menganggu memori anda atau lebih teruk ia boleh menyebabkan hilang ingatan.
Elakkan pengambilan ubat-ubatan yang boleh menganggu memori anda seperti: antidepresen, antihistamin, ubat pelega otot, ubat tahan sakit, ubat tidur dan ubat anti keresahan yang selalu diberikan oleh pesakit.
Tahukah anda alkohol merupakan punca utama yang menyebabkan seseorang itu mengalami masalah memori. aktiviti merokok dan dada terlarang akan menyebabkan gangguan memori berlaku. Selain itu, merokok menyekat jumlah oksigen yang lalu masuk ke dalam otak. Dadah pula boleh mengubah struktur kimia yang berada di dalam otak dan menyebabkan dia sukar mengingati sesuatu!
Apabila seseorang itu mempunyai masalah kurang tidur, ia boleh menyumbang anda kepada gangguan memori. Kurang tidur akan menganggu prestasi diri dan kualiti tidur yang baik.
Perasan tak apabila kita tidak mendapatkan cukup tidur atau terlampau letih, akan menganggu keupayaan untuk mengingati sesuatu maklumat.
Artikel Berkaitan: Jika Susah Nak Tidur Malam, Makanlah Buah Kiwi, Confirm Lena Dibuai Mimpi Indah
Kemurungan akan menyebabkan sesesorang itu kurang memberikan perhatian atau susah untuk anda fokus pada sesuatu. Selain itu, stres dan kemurungan juga menyebabkan seseorang individu menjejaskan memori mereka. Apabila tertekan atau minda tidak berada dalam keadaan yang baik, kebolehan untuk individu itu mengingati sesuatu akan terjejas.
Stres yang anda alami juga turut menyebabkan trauma dari segi emosi dan membawa kepada hilang ingatan.
Jika seseorang itu kerap mengambil makanan yang tidak sihat, ia akan menyukarkan untuk otak mendapatkan nutrisi yang baik lantas otak akan menjadi pelupa. Jadi, ambil makanan atau suplemen yang boleh membantu otak fungsi dengan baik seperti vitamin B1 dan juga B12.
Bagi mereka yang pernah mengalami kecederaan pada bahagian kepala akan menyebabkan gangguan memori pada otak mereka dan hilang ingatan.
Jika anda pernah mengalami kecederaan seperti jatuh, kemalangan atau kecederaan pada kepala ia akan menyebabkan kehilangan memori jangka masa panjang atau pendek. Ia akan mengambil masa yang lama untuk kembali pulih.
Amnesia global sementara ini adalah sejenis kehilangan pada pembentukan memori dalam masa yang sangat singkat. Selalunya, ia akan hilang dengan sendiri dan tidak menyebabkan bahaya atau berkemungkinan untuk jadi lagi.
Menurut doktor, hal ini tidak pasti berlaku sebab apa. Dikatakan kadang-kadang ia kerana strok kecil yang berlaku pada bahagian otak yang berkait dengan pembentukan memori atau ingatan seseorang itu.
Artikel Berkaitan: Mampu Kurangkan Berat Badan, Teh Cendawan ‘Mekah’ Boleh Juga Kuatkan Memori. Tapi Kesan Sampingannya Pada…
Demensia merupakan nama untuk kehilangan memori progresif dan juga aspek pemikiran yang teruk sehingga boleh mengganggu kemampuan berfungsi dalam aktiviti harian seseorang.
Penyebab utama penyakit ini adalah Alzheimer akan tetapi terdapat penyebab lain seperti penyakit saluran darah, penyalahgunaan dadah atau alkohol atau seseorang itu mempunyai kerosakan pada otak mereka.
Jangan ambil mudah sekiranya anda jenis yang cepat lupa atau mempunyai memori ingatan yang lemah atau hilang ingatan. Berjumpa dengan doktor sekiranya anda perasan gangguan memori kerap terjadi. Ini kerana takut ia boleh menjejaskan kehidupan seharian anda.
Jangan membahayakan diri, jumpa doktor apabila anda hilang ingatan dan beritahu pada orang terdekat kerana takut boleh membahayakan keselamatan diri sendiri atau menyebabkan bahaya pada orang lain. Apa-apa berkaitan memori akan bertambah buruk sekiranya tidak dirawat.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.