Pesan Hijabi Ini, Jangan Amal Sikap Suka Mengadu Domba Kalau Nak Bahagia Di Pejabat

Share

Sebagai seorang wanita bekerjaya, kebanyakan masa kita pasti akan dihabiskan di pejabat. Kita akan keluar awal pagi untuk ke pejabat dan pulang ke rumah pada jam 8 malam ke atas semata-mata mahu mengelakkan kesesakan lalu lintas. Boleh anda bayangkan berapa banyak masa kita habiskan di pejabat berbanding di rumah.

Disebabkan itu, anda perlu berasa bahagia di tempat kerja kerana ia merupakan lubuk kebahagiaan hidup kita. Jika kita tidak bahagia di tempat kerja, maka bermakna kita juga tidak bahagia. Kadangkala, kerja yang terlalu banyak serta pergaduhan di tempat kita boleh membuatkan kita stress dan akhirnya tidak bahagia dan tiada hati mahu pergi ke tempat kerja.

Kalau anda mahu bahagia di tempat kerja, cuba amalkan 7 perkara yang dikongsi oleh Ashikin Hashim menerusi laman Facebooknya. Menurutnya, tempat kerja merupakan rumah kedua dan tempat kita mencari rezeki. Ayuh kita baca perkongsiannya. Semoga ia bermanfaat untuk kita semua.

Ustaz Pahrol pernah kata: Tempat kerja tempat yang lama kita berada. Jika balik rumah, kita balik dan tidur. Di tempat kerja kita jumpa dan berurusan dengan orang. Jika kita tidak bahagia di tempat kerja maka kita tak bahagia.

Nasihat Dr Fadhilah Kamsah kepada mereka yang mahu berhenti kerja sebab tak boleh kerja dengan orang, sebab rasa tak dihargai, sebab kawan-kawan tak ngam dengan kita:

“Betulkan diri kita dahulu. Betul kan niat kita. Doakan semoga orang-orang yang tiada hubungan baik dengan kita akan menjadi baik dengan kita, doakan untuk bos supaya bos sayang kita, doakan untuk company semoga company sukses.”

Foto: Facebook Ashikin Hashim

Ini pula kata-kata saya:

Sebenarnya senang kita nak rasa disayangi di tempat kerja. Sangat mudah nak dihormati, dipercayai dan rasa tenang di tempat kerja.

1. Tanamkan niat kita bekerja kerana Allah. Pasti Allah bantu niat-niat kita yang lain seperti nak bantu keluarga, nak bayar hutang etc.

2. Buat baik dengan semua orang – dengan kawan-kawan sekerja, dengan pembantu, dengan pelanggan, dengan pelawat etc

3. Jangan mengadu domba. Nampak saja kesalahan orang, mudah mahu adu pada boss dan menjadi pula bahan umpatan dengan kawan-kawan. NO! Jangan mulakan. Inilah pembunuh senyap di tempat kerja.

4. Berlapang dada dengan apa jua yang dihadapi di tempat kerja. Tenang itu selalu menang.

5. Ucapkan terima kasih kepada boss dan kawan-kawan.

6. Mohon maaf jika bersalah. Jangan ego.

7. Senyum. Usah mudah sangat berubah muka. Senyumlah kerana senyum itu penawar untuk semua permasalahan.

Tempat kerja adalah rumah ke-2 kita. Tempat kita mencari rezeki. Jika di tempat kerja kita bermain dengan perasaan. Kita tak suka dengan rakan sekerja, kita membenci, bagaimana doa kita mahu dimakbul Allah?

Semoga anda semua menjadi pekerja yang hebat. Orang hebat pasti disayang manusia dan juga Allah.

Sumber: Facebook Ashikin Hashim

Published by
SH