Rata-rata hijabi kita cukup gemar berselfie lebih-lebih lagi apabila bercuti atau ketika menghadiri sesuatu majlis. Selfie tidak salah. Tetapi kadangkala kita perlu ambil sehingga 10 ke 20 keping gambar baru ada yang berkenan atau cantik untuk di muat naik ke laman sosial. Bentuk wajah dan bentuk badan mungkin akan memberi kesan tetapi ianya bukanlah satu penghalang. Tetapi apa sebenarnya punca gambar selfie anda tidak cantik? Kesalahan solekan adalah jawapan yang paling tepat.
Ketahui antara kesalahan solekan yang boleh menjejaskan kualiti selfie anda:
1. Abaikan Kulit Wajah
Sebenarnya jika anda mahu ambil gambar selfie yang tampak natural, anda tidak perlu mengenakan bedak asas. Tapi paling penting, jangan tinggalkan pelembap dan primer.
Walaupun efeknya tidak kelihatan di dalam foto (seperti anda memakai bedak asas), tetapi ia membuatkan wajah tampak bermaya dan lebih segar. Sebenarnya, inilah rahsia kebanyakan selebriti yang mengambil foto selfie tanpa mekap. Walaupun anda terasa ingin bermekap tebal, dua krim tadi harus anda kenakan pada wajah.
2. ‘Eyeliner’ Hitam
Tahukah anda, menggaris mata dengan warna hitam akan menyebabkan mata anda kelihatan kecil? Untuk menyerlahkan bentuk mata, gunakan penggaris mata rona tanah. Lebih cantik jika anda gariskan mata anda dengan pembayang mata.
3. Tidak Menyapu Pelembap Bibir
Jika anda mengenakan gincu, jangan sesekali abaikan kesihatan bibir anda. Oleskan pelembap bibir terlebih dahulu sbeelum mengenakan gincu. Gagal mengenakan pelembap bibir akan menyebabkan bahaian itu mengalami kekeringan dan kelihatan ‘pecah-pecah’. Oh, sangat tidak cantik!
4. Mata ‘Panda’
Ramai yang bermekap tanpa meletakkan concealer di bawah mata. Ia sebenarnya sangat penting untuk membuatkan mata anda kelihatan ‘terbuka’ dan lebih cantik apabila anda menggunakan highlighter pada tulang pipi. Gunakan concealer satu tona lebih cerah dari kulit asal anda untuk mencerahkan wajah anda. Hati-hati, jangan sampai nampak perbezaan dua warna pada kulit wajah anda.
5. Maskara Pada Bulu Mata Atas
Salah tu kalau anda hanya mengenakan maskara pada bulu mata atas. Seeloknya, jika mahukan solekan anda pop-out dan mata anda kelihatan besar, anda seharusnya mengenakan masakara pada bulu mata di bahagian bawah juga. Oles dua kali maskara pada bulu mata atas dan satu lapis lagi pada bahagian bawah. Bila nak bergambar, rona maskara terbaik adalah hitam pekat. Pastikan olesan bermula dari akar sehingga hujung maskara.
6. Pemerah Pipi Atau Bronzer
Kalau tak nak kelihatan terlalu pucat dalam gambar, anda harus kenakan sedikit pemerah pipi pada tulang pipiu. Ia akan menyerlahkan bentuk tulang pipi dan membuatkan wajah anda tampak segar. Tidak perlu terlalu merah, pilih rona yang bersesuaian dengan mekap anda ketika itu, jika mahukan rupa natural, maka merah jambu lembut buat si kulit cerah dan pic buat si hitam manis. Senang kan?
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI