Kecantikan

Jangan Abai 4 Cara Solekan Wajah Yang Betul Untuk Hijabi Berkaca Mata. Hasilnya Memang Menakjubkan!

Share

Bersolek untuk hijabi yang berkaca mata bukanlah satu perkara yang mudah. Terutamanya yang rabun dekat. Pasti sukar untuk melihat solekan pada wajah di cermin. Namun, janganlah anda langsung mengabaikan pemakaian sedikit solekan sebelum keluar bekerja atau ke kelas.

Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa terdapat beberapa langkah dalam aplikasi solekan mata khas untuk hijabi yang berkaca mata. Ayuh, Hijabista tunjukkan caranya.

1. Fokus kepada mata

Anda mungkin rasakan apabila bercermin mata, anda tidak perlu bersolek pada mata walhal ianya satu kemestian! Apabila terdapat kaca mata yang menghalang pandangan ke arah mata, aplikasi ‘cat eyeliner’ dan juga ‘eyeshadows’ memainkan peranan yang penting. Keduanya mampu memberi ‘nafas’ kepada mata anda di sebalik bingkai kaca mata yang anda pakai.

2. Jangan abaikan kening

Bergantung kepada jenis bingkai kaca mata anda, ia boleh menarik perhatian orang kepada kening anda. Pastikan anda merapikan kening anda dengan menyikat dan melukisnya (sekiranya anda memiliki kening yang nipis dan jarang).

3. Hilangkan kesan ‘indents’

Bingkai kaca mata meninggalkan kesan kepada ‘foundation’ anda. Maka, gantikan ‘liquid foundation’ anda dengan ‘mineral powder’ untuk mengelakkan kesan-kesan ini dari menjadi terlalu jelas.

4. ‘Conceal’

Kaca mata meninggalkan bayang pada bawah mata anda, jadi lebih penting untuk anda menutup lingkaran bawah mata dengan ‘concealer’ yang tidak mudah tertanggal.

Jangan gusar apabila mahu bersolek bagi hijabi yang berkaca mata. Ia bukan penghalang. Malah, ia dapat menaikkan lagi seri wajah anda yang sudah tersedia berhias dengan cermin mata.

Published by
Siti Zurina