Ramai yang terkesan dengan ekonomi negara selepas PKP, malah ada yang hilang perkerjaan dan punca pendapatan. Bukan mudah menghadapi situasi ini sekiranya anda sendiri tiada perancangan untuk menjana pendapatan.
Memulakan perniagaan bukan sesesuatu yang mudah, apatah lagi anda yang tiada punca pendapatan tetap. Tren berniaga yang cukup terkenal dalam dunia hijabi melinial adalah melalui laman sosial, namun untuk menjana pendapatan yang tetap dan mempunyai konsistensi bukan mudah.
Syarikat teknologi dan perisian digital pertama di Malaysia, Tronserve (M) Sdn Bhd memperkenalkan laman web berkonsepkan DIY (do it yourself) serta aplikasi mesyuarat maya, Tronserve Link pertama di Malaysia , hari ini.
Menariknya mengenai laman web berkonsepkan DIY pertama di Malaysia yang dibangunkan oleh rakyat tempatan di platform Tronserve ini, ia menyediakan pelbagai tawaran menarik seperti membina komuniti, peluang pekerjaan serta pengajian secara online.
Malah kemunculan Link turut mencipta satu fenomena baharu apabila kehadirannya memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia untuk mengadakan sebarang mesyuarat atau interaksi secara maya apabila hampir seluruh dunia kini berdepan pandemik Covid-19 hingga ada yang bekerja daripada rumah.
Menurut Ketua Pegawai Pemasaran, Arash Abdullah, pelancaran dua platform terbaharu ini dilihat sebagai satu kemudahan baru bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk maju ke hadapan dalam mendepani Revolusi Perindustrian Keempat atau Industri 4.0 (IR 4.0) yang kini giat dibicarakan oleh pelbagai pihak.
“Suka atau tidak, sekarang atau nanti, masanya sudah tiba untuk kita menyesuaikan diri dalam mendepani gelombang perubahan kepada gaya hidup dan cara kita bekerja. Ditambah pula dengan pandemik Covid-19, platform yang disediakan ini bakal membantu rakyat Malaysia untuk menjadi individu yang lebih maju serta mahir dalam IT.
“Laman sesawang berkonsep DIY yang ditawarkan ini turut menampilkan beberapa cabang menarik seperti mencipta satu komuniti baharu yang mana ia dapat menarik lebih ramai badan korporat dan individu menyertai dan mengembangkan idea di dalam satu platform.
“Selain itu, laman web ini turut memberi peluang pekerjaan bagi membantu syarikat dan rakyat yang saling mencari pekerja dan pekerjaan dengan lebih mudah dan berkesan. Menerusi platform yang disediakan ini juga, khalayak boleh menimba ilmu apabila ia memberi ruang kepada tenaga pengajar dan pelajar bertukar bahan pelajaran secara atas talian.
“Tidak ketinggalan, cadang lain yang dicipta adalah seperti platform E-Dagang untuk membantu SME menjalankan perniagaan ‘offline’ ke ‘online’ serta direktori perindustrian iaitu meningkatkan imej SME dengan memudahkan pelanggan berpotensi untuk mencari maklumat syarikat.
“Jadi laman web berkonsep DIY yang ditawarkan ini memberi segala kemudahan dan akses dalam satu laman web kepada masyarakat selain lebih berdaya saing dalam mengetuai apa-apa tugasan dengan strategik,” katanya.
Jadi anda yang dikatakan buta IT dan sukar untuk memahami sistem jual beli atas talian tidak perlu risau lagi. Pastinya laman sesawang ini memudahkan anda menjana pendapatan tanpa perlu ragu-ragu.