Jana PAHALA Melalui FACEBOOK Dengan Cara Yang BETUL. Antaranya Beri KOMEN Yang Membina

Share

Facebook merupakan antara media sosial yang popular dalam kalangan masyarakat masa kini. Tipulah kalau anda tidak ada akaun Facebook kan? Pelbagai informasi yang boleh didapati melalui laman Facebook ini, sama ada informasi yang baik atau begitu juga sebaliknya.

Namun, semakin ramai yang menyalahgunakan Facebook dan menjadikan ia sebagai tempat meluahkan perasaan marah, memaki hamun dan mengutuk sesama sendiri. Ia merupakan satu perbuatan yang tidak baik dan mendatangkan persepsi negatif terhadap orang Islam.

Facebook juga sebenarnya boleh dijadikan medium untuk menjana pahala. Cuma anda sahaja yang tidak tahu. Jadi, kami paparkan beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk menjana pahala hanya melalui Facebook.

1. Update status dengan pengisian bermanfaat

Daripada anda update status memaki hamun atau mengata tentang orang lain, lebih baik anda update status yang memberi manfaat kepada orang lain. Contohnya status dengan maksud ayat al-Quran dan hadis yang mampu memberi kesan kepada orang yang membacanya. Secara tidak langsung, anda dapat menyebarkan kebaikan dengan cara yang cukup  mudah. Pastikan pengisiannya berkualiti supaya mereka tidak bosan membacanya.

2. Share apa sahaja yang memberi impak positif

Jika anda terbaca sesuatu yang bermanfaat, tidak salah untuk anda sebarkan status tersebut. Tekan sahaja butang share. Jadi, anda dapat menyebarkan kebaikan dan mudah-mudahan termasuk dalam bekerjasama dalam dakwah.

3. Buat group untuk eratkan silaturahim

Apa kata anda adakan satu group yang mengumpulkan ahli keluarga atau rakan-rakan. Di samping mengeratkan silaturahim dan bertanya khabar, anda juga boleh mengupdate berita yang terjadi dalam keluarga dan menyelesaikan masalah antara ahli keluarga secara tertutup. Mungkin ia nampak kecil, namun semangat silaturahim itu yang penting.

4. Beri komen yang membina

Jika anda mempunyai komen yang membina dan positif terhadap status orang lain, lakukan dengan penuh sopan dan jangan bercakap dengan kasar. Jika ingin memperbetulkan kesilapan, cakap baik-baik seperti anda sedang bercakap dengannya. Barulah dia tidak akan terasa hati.

5. Gunakan Facebook sebagai tempat perbincangan agama

Jika anda mempunyai kemusykilan agama, gunakan Facebook sebagai tempat perbincangan. Tulis soalan anda dan tag ustaz-ustaz yang boleh dipercayai dan punya masa untuk menjawab soalan anda. Harapnya, ia dapat memberi ilmu juga kepada orang lain yang membacanya.

Sumber: islamituindah.my

Published by
Naqiyatul Uzma