Peranti pintar ini menjadi sebahagian gaya sihat hijabi mejalanani gaya hidup yang sihat. Pernahkah anda terdengar bahawa Rasulullah pernah ditimpa sakit yang teruk? Sebenarnya Rasulullah banyak mencontohkan kepada kita bagaimana baginda menjalani hidup untuk kekal sihat.
Benarlah, menghidupkan sunnah nabi akan memberi banyak kelebihan dan memperbaiki kerosakan. Malah diberi pahala.
Garmin Venu Sq 2 dan Venu Sq 2 – Edisi Muzik, jam tangan pintar GPS mampu milik yang menampilkan paparan skrin sentuh AMOLED baharu, 25+ aplikasi sukan terbina dalam dan hayat bateri sehingga 12 hari untuk melakukan semuanya.
Tambahan pula, metrik kesihatan popular Garmin berfungsi 24/7 dalam satu caj untuk memberikan pengguna gambaran lengkap tentang Bateri Badan™, skor tidur, tekanan dan tahap aktiviti anda.
Kadar jantung berasaskan pergelangan tangan : Jejaki kadar denyutan jantung anda dan terima makluman kadar denyutan jantung yang tidak normal (tinggi/rendah) apabila badan sedang berehat.
Pemantauan tenaga Bateri Badan: Lihat tahap tenaga semasa untuk mencari masa terbaik untuk aktiviti dan berehat.
Pemantauan tidur dan skor tidur: Penilaian menyeluruh tidur daripada berbilang penderia. Terima skor diperibadikan untuk tidur malam sebelumnya dan lihat pelbagai peringkat tidur, serta data kadar denyutan jantung, tekanan, Pulse Ox dan pernafasan, setiap pagi.
Penjejakan tekanan: Dapatkan cerapan tentang bagaimana hari anda dan terima peringatan yang santai apabila tekanan dikesan. Dengan menjejaki pernafasan, kadar denyutan jantung purata, tahap tekanan, aktiviti pernafasan terbina dalam boleh digunakan untuk menggalakkan pernafasan yang penuh perhatian.
Penjejakan kesihatan wanita: Gunakan aplikasi telefon pintar Garmin Connect™ untuk menjejaki kitaran haid atau kehamilan. Jejaki simptom anda, dapatkan pendidikan senaman dan pemakanan dan banyak lagi. Aplikasi Penjejakan Kesihatan Wanita membolehkan anda melihat dan merekod maklumat terus dari pergelangan tangan.
Gambar Kesihatan: Log sesi 2 minit untuk merekodkan metrik utama seperti kadar denyutan jantung, kebolehubahan kadar denyutan jantung, Pulse Ox, pernafasan dan tekanan. Laporan dengan statistik tersebut boleh diakses pada jam tangan atau dalam apl Garmin Connect.
“Tidak kira apa pun hari anda, siri Venu Sq 2 direka untuk mengikuti gaya hidup anda,” kata En. Scoppen Lin, Penolong Pengurus Besar, Garmin Asia. “Dilengkapi dengan ciri kesihatan dan kesejahteraan yang popular, pemberitahuan pintar dan hayat bateri yang mengagumkan. Semuanya pada harga yang berpatutan siri Venu Sq 2 menjadikannya mudah untuk sentiasa memantau kesihatan anda sepanjang hari.”
Berbalik kepada tajuk asal, bagaimana cara Rasulullah menjaga kesihatan dan bagaimana Garmin siri Venu Sq 2 dapat mengurus gaya hidup sihat hijabi. Mudah sahaja dengan peranti ini hijabi dapat mengurus masa dengan tepat.
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran. Set alarm dengan menggunakan Garmin Venu sebagai di setiap denyut bermakna anda sudah bersedia untuk bangun di subuh hari.
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (HR. Muslim)
Bagi hijabi juga boleh mengikuti cara hidup ini dengan merapi kuku supaya tidak kelihatan Panjang dan menyusahkan aktiviti harian. Kuman yang terselit di kuku mengundang penyakit dan virus kelak.
Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
Peranti khas di dalam Garmin Venu dapat mengawal kadar air yang anda minum dalam sehari. Rakam sukatan air untuk memberi panduan bahawa badan kita memerlukan berapa liter air dalam badan. Bijak bukan!
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.
Usah runsing dengan adanya peranti bijak ini dapat menolong anda memantau setiap aktiviti sukan mahupun kiraan langkah sehari anda berjalan. Untuk setiap aktiviti riadah yang anda lakukan semuanya boleh dirakam di dalam jam pintar ini mahupun menerusi applikasi connect di dalam telefon.
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa. Ada terapi yang tepat untukmenahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakkal kepada Allah s.w.t.
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan. Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.