“Jam 1 Pagi Barulah Terhegeh Ke Hospital..”- Syatilla Melvin Selamat Melahirkan Anak, Sam Ucap Rasa Syukur!

Share

Pelakon lelaki popular, Shaheizy Sam bersama isteri, Syatilla Melvin menyambut meriah syawal ke lapan dengan kehadiran cahaya mata yang baru sahaja selamat dilahirkan pada hari ini, Isnin di Hospital KPJ Ampang Putri, Kuala Lumpur.

Perkongsian itu dikongsikan oleh pelakon yang pernah popular dengan  filem Adnan Sempit dan Polis Evo menerusi laman Instagramnya. Turut menzahirkan rasa syukur dengan kehadiran ahli keluarganya yang baru itu, Sam meluahkan rasa lega apabila isterinya Syatilla juga berada dalam keadaan yang sihat sejahtera selepas bersalin.

Alhamdulillah. Selamat melahirkan dan selamat dilahirkan. Terima kasih atas doa-doa anda.

Rasa gembira dan teruja dengan kehadiran cahaya matanya yang ketiga itu, Sam sempat berseloroh tentang wajah anaknya yang masih lagi dirahsiakan itu.

Korang tengok macam muka Bapak ke muka Bubu?

“Dapat tidur beberapa jam je..”

Menerusi perkongsian di Instagram Story nya juga, Sam memuat naik beberapa klip Syatilla berkongsi rasa sebelum masuk ke dalam dewan pembedahan. Kelihatan bersedia dan tenang, Syatilla menyatakan bahawa dirinya hanya sempat tidur beberapa jam sahaja sebelum ke Hospital KPJ Ampang Putri Kuala Lumpur.

“Pukul satu pagi baru lah terhegeh-hegeh nak pergi hospital..” kongsi Syatilla tenang.

Sam juga kelihatan tenang berkongsi video memohon agar semua pihak mendoakan yang terbaik ketika Syatilla baru sahaja memasuki dewan pembedahan ketika itu.

Rata-rata netizen dan rakan selebriti turut teruja dengan perkhabaran gembira itu dan mengucapkan tahniah kepada pasangan sejoli ini.

“Alhamdulillah! Congratulations Abang Sam & Tilla! And welcome to the world little baby!,” kata Uyaina Arshad.

“Alhamdulillah, congrats bro,” kata Fizo Omar.

“Syukur Alhamdulillah,” kata Mawar Rashid.

“Tahniah. Alhamdulillah syukur..,” kata Didie Alias.

Sekadar info, pasangan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin sah bergelar suami isteri pada Februari 2016. Upacara pernikahan yang mewah itu berlangsung di Bukit Jawi Golf Club Pulau Pinang pada malam hari. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy.

Sumber gambar: Instagram Shaheizy Sam

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

 

Published by
Putra