Jalan-jalan Cari Makan Naik ‘Sleeper Train’ Ke Kelantan Memang Best Sangat! Gadis Ini Kongsi Pengalaman

Share

Mengembara adalah salah satu aktiviti yang boleh dilakukan bukan sekadar merasai pengalaman baru tetapi juga memanfaatkan usia melihat tempat di luar persekitaran kita. Bagi seorang pengembara, aktiviti travel ini memang cukup membahagiakan mereka.

Pendek kata, hanya mereka yang gemar mengembara sahaja dapat rasa perasaan itu. Majoriti bila sebut sahaja travel, ramai orang suka. Tidak semestinya ke luar negara, di dalam negara pun ada banyak tempat-tempat menarik untuk kita kunjungi.

Jom kita hayati perkongsian Diyana Mukhayadi tentang pengalamannya naik ‘sleeper train’ ke Kelantan.

Akui Diyana, dia memang sudah lama berangan hendak pergi mengembara ke luar negara secara solo. Namun dek kerana dia seorang penakut maka dia terpaksa menunda dahulu angan-angannya itu.

“Aku fikir better aku try kat dalam Malaysia dulu. Jadi aku plan nak naik ‘sleeper train’ ke Kelantan sebagai permulaan. Tapi tetiba plot twist, kawan-kawan aku tetiba eh jom lah kita pergi sekali, maka solo trip aku ni cancel dan terus jadi trip berempat lebih baik,”cerita Diyana.

Stesen Gua Musang. Pose wajib dengan kepala keretapi. Ada lagi satu kepala keretapi yang warna merah tu lagi onzz. Kat tepi bukit tu ada kedai makan, orang kampung lepak-lepak, so nanti jangan lupa bye bye diorang ala-ala YB. Semua sporting belaka ok.

Diyana dan tiga rakannya memulakan perjalanan dari KL Sentral – Gemas – Wakaf Bharu – Kota Bharu – KL. Tujuan utama trip ini memang hanya untuk merasa pengalaman naik “sleeper train” selama 13 jam sambil Jalan-jalan Cari Makan (JJCM) di Kota Bharu.

@diyanamukhayadi Reply to @alinfirnabvc JJCM Trip Kota Bharu #sleepertrain #expressrakyattimuran ♬ She Share Story Tik Tok – Dj Tik Tok Music

“Very short trip with very different experience. Untuk pengetahuan semua, nama rasmi train ini adalah Ekspres Rakyat Timuran atau nama glamer lain dikenali juga sebagai “jungle train”.

“Ini sedikit tip dan tricks yang mungkin boleh menjadi rujukan mereka yang merancang untuk merasai pengalaman ‘sleeper train’ ini,” kata Diyana.

Feeling suasana berkabus.

Mula-mula beli tiket ‘sleeper train’ dulu melalui apps KTMB:

https://apps.apple.com/my/app/ktmb-mobile/id1527902857

Untuk merasai pengalaman tidur di atas katil dalam train, kena pilih koc berkatil: Koc T6-T8. Kami pilih Koc 8, koc paling hujung. Terdapat juga koc seat duduk biasa juga, Koc T1-T3.

Diyana juga menasihatkan agar pilih koc 8. Penumpang lain tak lalu-lalang untuk ke kafe di Koc 5 dan ia yang paling dekat dengan kepala keretapi. Nak bergambar di stesen Gua Musang, Koc 8 ini paling depan sekali, jadi lebih senang untuk keluar ambil gambar.

“Better elakkan ambil katil depan sekali jugak sebab besi yang connect in between koc tu boleh tahan bising. Untuk pilihan katil, nombor genap adalah katil bawah. Nombor ganjil adalah katil atas. No katil kami T26, T28, T30, T32, semua dapat katil bawah dan kedudukannya di tengah-tengah koc.

“Harga katil/berth atas RM40, katil/berth bawah RM46. Sila pilih katil bawah sebab ruang tingkap untuk kita feeling-feeling lebih luas dan panjang dari katil atas. Kat katil takda plug point, jadi jangan lupa standby fully charged power bank,” jelas Diyana.

Ini katil dalam train. Ada bantal dan selimut.

Apabila selesai beli tiket ‘sleeper train’ barulah beli tiket ke Gemas. Nak lebih mudah, naik ETS dari KL Sentral. Tiket pun beli melalui apps KTMB dengan harga RM30.00. Boleh naik dari KL Sentral 9.40 malam dan sampai di Gemas 12.10 pagi.

‘Sleeper train’ ini akan bertolak ke Wakaf Bharu pada pukul 1.18 pagi dan dijangka tiba 12.37 tengahari esoknya. Gap in between tunggu “sleeper train” sampai dari Johor Bharu, kita boleh naik dan tunggu di ruang menunggu tingkat atas Stesen Keretapi Gemas. Ada tandas dan surau juga.

Makan bihun goreng panas-panas.

“Bila train tu dah sampai apalagi excited lah memasing kan jakun naik katil atas train. Katil dia selesa je, ada langsir, ada satu bantal dan selimut. Cuma kalau risau gatal-gatal atau tak selesa, better bawa kain extra untuk cover tilam dan bantal.

“Suhu aircond dalam keretapi ni pun just nice, tak sejuk sangat dan tak panas sangat. Takyah pakai sweater pun takpe. Dan make sure korang pakai baju yang paling selesa di abad ini sebab duduk dalam train ni lama dan tak boleh mandi.

“Lepas dah letak beg, kami pun apalagi, pergi ke cafe kat Koc 5. Wajib ya check in sini, makanan dan air dia semua sedap-sedap, kena tekak kami. Makan megi sup RM 6 semangkuk masak panas-panas oiii pukul 2 pagi, fuhh memang syahdu,” cerita Diyana.

Beginilah suasana di kafe.
Memang paling padu.

Selain megi sup, ada nasi/bihun/megi goreng panas-panas. Boleh tengok apa menu yang ada ketika sampai. Dapur hanya ada satu sahaja, jadi masak ikut ‘batch’. Tapi digalakkan anda bawa makanan/minuman lain juga, bimbang lambat dan ramai orang.

Roti bakar dengan teh tarik, sedap!

“The main part of the trip adalah view sepanjang perjalanan, train ni akan melalui kawasan kampung dan hutan yang sangat cantik pemandangan dia. Jadi jangan tidur selepas Subuh, time ni lah nak enjoy the view. Malam memang dah tak nampak apa.

“Kalau bernasib baik, boleh nampak Gunung Stong dan air terjun Jelawang dekat Dabong. Lain-lain view boleh nampak suasana berkabus, bukit batu kapur, sungai, jambatan, terowong, dan jambatan rel terpanjang kat Malaysia (jambatan Guilemard).
– Stesen Kuala Lipis (sekitar 6 pagi)
– Gua Musang (sekitar 8 pagi)
– Jambatan Guillemard (sekitar 11 pagi)
– Di kawasan Dabong, banyak terowong dan sungai yang akan dilalui.

@diyanamukhayadi Sleeper train #jungletrain #fyp #malaysia #kelantan ♬ suara asli – 𝐁 𝐀 𝐒 𝐏 𝐑 𝐀

“Tapi timing ni bergantung kepada jadual perjalanan keretapi. Masa kami naik ni train ada sedikit delay dan tak dapat berhenti lama di Stesen Gua Musang. Paling ramai geng backpackers akan turun kat Stesen Merapoh untuk ke Taman Negara dan Stesen Dabong untuk explore nature di Jelawang dan Gunung Stong,”kata Diyana lagi.

Sampai di stesen Gemas.

Stesen Gua Musang wajib turun untuk ambil gambar dengan kepala keretapi dan boleh turun beli makanan dari orang kampung di Stesen Dabong.

“Dengar ura-ura yang train 13 jam ke Kelantan ni pun akan ditamatkan operasinya tapi tak tau bila. Jadi if anda nak rasa this “once in lifetime experience,”kena experience it asap. Kalau tanya saya, best memang best tapi cukuplah sekali seumur hidup dapat merasa unless apabila kahwin nanti, suami ajak untuk ulang kembali pengalaman ini.

“Tapi sebenarnya rasa sayang, ni antara khazanah Malaysia yang boleh ditambahbaik lagi untuk tarik lebih banyak pelancong tapi macam sepi je alahai. Last but not least, toilet dia takda lah seselesa toilet kat rumah, jadi korang kena make sure kalau boleh jangan sakit perut ya bila naik train ni ok haha. Enjoy!”

Sumber kredit: Facebook Diyana Mukhayadi dan TikTok Diyana Mukhayadi

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Norhasliza