Mengembara adalah salah satu aktiviti yang boleh dilakukan bukan sekadar merasai pengalaman baru tetapi juga memanfaatkan usia melihat tempat di luar persekitaran kita. Bagi seorang pengembara, aktiviti travel ini memang cukup membahagiakan mereka.
Pendek kata, hanya mereka yang gemar mengembara sahaja dapat rasa perasaan itu. Majoriti bila sebut sahaja travel, ramai orang suka. Tidak semestinya ke luar negara, di dalam negara pun ada banyak tempat-tempat menarik untuk kita kunjungi.
Jom kita hayati perkongsian Diyana Mukhayadi tentang pengalamannya naik ‘sleeper train’ ke Kelantan.
Akui Diyana, dia memang sudah lama berangan hendak pergi mengembara ke luar negara secara solo. Namun dek kerana dia seorang penakut maka dia terpaksa menunda dahulu angan-angannya itu.
“Aku fikir better aku try kat dalam Malaysia dulu. Jadi aku plan nak naik ‘sleeper train’ ke Kelantan sebagai permulaan. Tapi tetiba plot twist, kawan-kawan aku tetiba eh jom lah kita pergi sekali, maka solo trip aku ni cancel dan terus jadi trip berempat lebih baik,”cerita Diyana.
Diyana dan tiga rakannya memulakan perjalanan dari KL Sentral – Gemas – Wakaf Bharu – Kota Bharu – KL. Tujuan utama trip ini memang hanya untuk merasa pengalaman naik “sleeper train” selama 13 jam sambil Jalan-jalan Cari Makan (JJCM) di Kota Bharu.
“Very short trip with very different experience. Untuk pengetahuan semua, nama rasmi train ini adalah Ekspres Rakyat Timuran atau nama glamer lain dikenali juga sebagai “jungle train”.
“Ini sedikit tip dan tricks yang mungkin boleh menjadi rujukan mereka yang merancang untuk merasai pengalaman ‘sleeper train’ ini,” kata Diyana.
Mula-mula beli tiket ‘sleeper train’ dulu melalui apps KTMB:
Untuk merasai pengalaman tidur di atas katil dalam train, kena pilih koc berkatil: Koc T6-T8. Kami pilih Koc 8, koc paling hujung. Terdapat juga koc seat duduk biasa juga, Koc T1-T3.
Diyana juga menasihatkan agar pilih koc 8. Penumpang lain tak lalu-lalang untuk ke kafe di Koc 5 dan ia yang paling dekat dengan kepala keretapi. Nak bergambar di stesen Gua Musang, Koc 8 ini paling depan sekali, jadi lebih senang untuk keluar ambil gambar.
“Better elakkan ambil katil depan sekali jugak sebab besi yang connect in between koc tu boleh tahan bising. Untuk pilihan katil, nombor genap adalah katil bawah. Nombor ganjil adalah katil atas. No katil kami T26, T28, T30, T32, semua dapat katil bawah dan kedudukannya di tengah-tengah koc.
“Harga katil/berth atas RM40, katil/berth bawah RM46. Sila pilih katil bawah sebab ruang tingkap untuk kita feeling-feeling lebih luas dan panjang dari katil atas. Kat katil takda plug point, jadi jangan lupa standby fully charged power bank,” jelas Diyana.
Apabila selesai beli tiket ‘sleeper train’ barulah beli tiket ke Gemas. Nak lebih mudah, naik ETS dari KL Sentral. Tiket pun beli melalui apps KTMB dengan harga RM30.00. Boleh naik dari KL Sentral 9.40 malam dan sampai di Gemas 12.10 pagi.
Ads
‘Sleeper train’ ini akan bertolak ke Wakaf Bharu pada pukul 1.18 pagi dan dijangka tiba 12.37 tengahari esoknya. Gap in between tunggu “sleeper train” sampai dari Johor Bharu, kita boleh naik dan tunggu di ruang menunggu tingkat atas Stesen Keretapi Gemas. Ada tandas dan surau juga.
“Bila train tu dah sampai apalagi excited lah memasing kan jakun naik katil atas train. Katil dia selesa je, ada langsir, ada satu bantal dan selimut. Cuma kalau risau gatal-gatal atau tak selesa, better bawa kain extra untuk cover tilam dan bantal.
“Suhu aircond dalam keretapi ni pun just nice, tak sejuk sangat dan tak panas sangat. Takyah pakai sweater pun takpe. Dan make sure korang pakai baju yang paling selesa di abad ini sebab duduk dalam train ni lama dan tak boleh mandi.
“Lepas dah letak beg, kami pun apalagi, pergi ke cafe kat Koc 5. Wajib ya check in sini, makanan dan air dia semua sedap-sedap, kena tekak kami. Makan megi sup RM 6 semangkuk masak panas-panas oiii pukul 2 pagi, fuhh memang syahdu,” cerita Diyana.
Selain megi sup, ada nasi/bihun/megi goreng panas-panas. Boleh tengok apa menu yang ada ketika sampai. Dapur hanya ada satu sahaja, jadi masak ikut ‘batch’. Tapi digalakkan anda bawa makanan/minuman lain juga, bimbang lambat dan ramai orang.
“The main part of the trip adalah view sepanjang perjalanan, train ni akan melalui kawasan kampung dan hutan yang sangat cantik pemandangan dia. Jadi jangan tidur selepas Subuh, time ni lah nak enjoy the view. Malam memang dah tak nampak apa.
Ads
“Kalau bernasib baik, boleh nampak Gunung Stong dan air terjun Jelawang dekat Dabong. Lain-lain view boleh nampak suasana berkabus, bukit batu kapur, sungai, jambatan, terowong, dan jambatan rel terpanjang kat Malaysia (jambatan Guilemard).
– Stesen Kuala Lipis (sekitar 6 pagi)
– Gua Musang (sekitar 8 pagi)
– Jambatan Guillemard (sekitar 11 pagi)
– Di kawasan Dabong, banyak terowong dan sungai yang akan dilalui.
“Tapi timing ni bergantung kepada jadual perjalanan keretapi. Masa kami naik ni train ada sedikit delay dan tak dapat berhenti lama di Stesen Gua Musang. Paling ramai geng backpackers akan turun kat Stesen Merapoh untuk ke Taman Negara dan Stesen Dabong untuk explore nature di Jelawang dan Gunung Stong,”kata Diyana lagi.
Stesen Gua Musang wajib turun untuk ambil gambar dengan kepala keretapi dan boleh turun beli makanan dari orang kampung di Stesen Dabong.
“Dengar ura-ura yang train 13 jam ke Kelantan ni pun akan ditamatkan operasinya tapi tak tau bila. Jadi if anda nak rasa this “once in lifetime experience,”kena experience it asap. Kalau tanya saya, best memang best tapi cukuplah sekali seumur hidup dapat merasa unless apabila kahwin nanti, suami ajak untuk ulang kembali pengalaman ini.
“Tapi sebenarnya rasa sayang, ni antara khazanah Malaysia yang boleh ditambahbaik lagi untuk tarik lebih banyak pelancong tapi macam sepi je alahai. Last but not least, toilet dia takda lah seselesa toilet kat rumah, jadi korang kena make sure kalau boleh jangan sakit perut ya bila naik train ni ok haha. Enjoy!”
Semalam berita tentang tiga beranak yang menaiki sebuah kereta dipercayai terbabas sebelum terjunam ke sungai di Jambatan Syed Omar, Jalan Sungai Petani-Baling, ditemukan lemas begitu meruntun jiwa.
Mangsa ialah Masyitoh Ibrahim, 37, yang juga guru agama di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Selarong, bersama dua anaknya, Muhammad Ziyad Zikri Sharudin, 7, dan Muhammad Ziyad Haziq, 5.
Kereta jenis Proton Persona yang dinaiki tiga beranak itu ditarik keluar dari dasar sungai pada kedalaman hampir lima meter, dengan bantuan kren sebelum mayat ketiga-tiga mangsa ditemukan dalam keadaan seakan-akan saling berpelukan.
Biasa dengar orang mati lemas bila kereta terbabas ke dalam sungai/tasik? Anda tahu tak hampir mustahil untuk anda buka pintu kereta bila kereta baru tenggelam masuk air?
Bahagian hadapan kereta adalah bahagian paling berat disebabkan kewujudan enjin. Jadi bahagian hadapan kereta akan tenggelam terlebih dahulu.
Bila dalam keadaan cemas macamni, instinct pertama anda mesti nak buka pintu dan keluar. Tapi hakikatnya, pintu tak akan boleh dibuka selagi air tidak penuh dalam kereta!
Bila kereta anda sedang dalam keadaan dimasuki air, pressure air daripada luar menyebabkan anda tidak boleh buka pintu kereta.
Air masuk = pressure in
Buka pintu = pressure out
Andai kata anda gagal pada percubaan pertama untuk buka pintu, cara terbaik adalah:
1. Lari ke tempat duduk belakang
2. Percahkan cermin pintu kereta
3. Keluar melalui tingkap pintu kereta
“Kenapa mesti lari ke tempat duduk belakang?”
Sebab bahagian depan akan tenggelam terlebih dahulu. Jadi anda ada lebih masa jika di tempat duduk belakang.
“Saya tak kuat nak pecahkan cermin kereta!”
Sekiranya anda tak ada glass breaker, anda boleh gunakan headrest kereta. Tanggalkan headrest, umpilkan celah cermin pintu, insyaAllah cermin pecah.
Kenapa pecahkan cermin lebih selamat?
Sebab kalau anda tunggu kereta penuh air baru nak buka pintu, berkemungkinan anda sudah makin tenggelam ke dasar. Jadi untuk anda berenang semula ke permukaan, lagi jauh lebih-lebih lagi dalam keadaan cemas.
Sama juga kalau anda nak selamatkan orang dalam kereta yang tenggelam. Sekali cuba buka pintu tak dapat, terus pecahkan cermin. Dari luar baling batu pun boleh pecah cermin itu. Lagi senang penumpang nak keluar.
Kenapa cermin pintu dan bukan cermin depan/belakang?
Anda perlu tahu bahawa windshield glass ini memang direka untuk tidak bersepai. Pecah pun masih dalam keadaan sekeping. Cermin pintu ini pula, sekali pecah hancur berderai.
Jika wajah anda dipenuhi dengan jerawat, bekas parut dan pelbagai lagi cela, reaksi pertama kita adalah untuk menutup cela tersebut dengan produk kosmetik.
Tetapi sebelum anda mengambil langkah ini, apa kata cuba dulu beberapa langkah tanpa-produk ini untuk approach yang lebih selamat dan wallet-friendly. Boleh jimatkan belanja dan paling penting wajah tetap tampil menawan dengan hanya mengamalkan petua secara alami ini.
1. Minum Banyak Air Masak
Langkah ini sudah ramai yang sedia maklum dan sangat-sangat commontetapi tidak semua mampu untuk melakukannya. Apabila badan anda tidak cukup air, ia boleh menghadapi dehidrasi dan menjadi punca kedutan. Minumlah air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari untuk membuang toksin yang ada dalam badan.
2. Amalkan Pemakanan Seimbang
Bulan puasa ini mungkin agak sukar untuk melakukannya (dengan kehadiran bazaar Ramadan) namun jangan sesekali mengalah! Cuba untuk mendapatkan makanan yang kaya vitamin seperti buahan, sayuran, ikan, telur dan whole grainsyang menyalurkan anti-oksidan kepada tubuh.
3. Rajin Bersenam
Kesibukan kerb bukanlah alasan untuk skip dari bersenam. Anda hanya perlu sesuaikan gerak senam anda dengan kemampuan semasa berpuasa. Berpeluh mampu membersihkan liang dari kotoran serta mengeluarkan toksin dari badan yang memudahkan kulit anda untuk clear.
Setiap wanita tentunya mahu memiliki kulit yang licin, halus dan mulus. Kadangkala, bila ada sedikit cela pada wajah pun anda sudah gelabah dan terus mahu mencari jalan untuk menghilangkan cela tersebut. Anda tidak perlu risau kerana setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.
Tentunya pelbagai petua telah anda cuba demi mendapatkan kulit yang mulus. Terdapat satu lagi petua yang boleh anda cuba yang telah dikongsi oleh seorang wanita bernama Marsiah Hashim di laman Facebooknya.
Menurutnya, hanya dengan menggunakan Vaseline dan ubat gigi, anda kini boleh miliki kulit idaman anda. Bukan sahaja flawless, malah blackhead pun boleh hilang tau! Jom kita ikuti perkongsian oleh Marsiah Hashim dan semoga ia bermanfaat untuk anda semua.