Umum sedia maklum, pada setiap tanggal 14 Februari berlangsungnya hari yang dinamakan sebagai ‘Hari Kekasih’ (Valentine’s Day).
Tetapi apa yang menarik perhatian, pada setiap tahun pasti ada perbalahan mahupun pertikaian berhubung isu sambutan hari Valentine’s ini di kalangan masyarakat, khususnya bagi yang beragama Islam.
Malah, kebanyakan agamawan dan alim ulama’ berpendapat tiada keperluan bagi umat Islam untuk meraikan hari tersebut kerana ia merupakan sambutan bagi penganut agama Kristian.
Sehubungan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tampil untuk mendidik rakyat Malaysia yang menganuti agama Islam dengan menwar-warkan kenyataan dan penjelasan berhubung isu Valentine’s Day ini.
Artikel berkaitan: Mufti Kecewa, Golongan Muda Islam Kian Rosak! Selamba Ikut Perarakan Thaipusam Sambil Laung ‘Vel-Vel’
Perkongsian berkenaan dimuatnaik menerusi satu ciapan di laman Twitter milik JAKIM, dalam bentuk peringatan bahawa hari kekasih, tidak sesuai disambut oleh orang Islam.
“Barangsiapa menyerupai suatu kaum maka ia termasuk sebahagian daripada mereka, (Riwayat Abu Daud, No 4031),” Tulis jakim ringkas dalam ciapan tersebut.
Bagaimanapun, ciapan berkenaan dilihat telah menyentuh sensitiviti dan membuatkan ramai golongan bukan Islam (Non-Muslim) tersentap, sekaligus membanjiri hantaran berkenaan dengan pelbagai komen berbaur sindiran terhadap JAKIM.
Berikut, Hijabista sertakan beberapa komen menyidir yang berjaya menarik perhatian Hijabista, meskipun dilihat tidak berasas kerana ciapan berkenaan tidak langsung ditujukan kepada mereka.
Selain itu, Hijabista mendapati berikutan isu panas tersebut, ciapan berkenaan telah meraih 558 retweets, 94 quotes tweets dan 721 likes di Twitter.
Sekadar Info, Hari Santo Valentine’s atau Hari Memperingati Kekasih, ialah satu sambutan tahunan yang diadakan pada setiap 14 Februari di seluruh dunia, untuk meraikan kasih sayang sesama kekasih dengan menghadiahkan bunga, menawarkan manis-manisan, dan mengirim kad ucapan.
Mengimbau sejarahnya, hari Valentine dinamakan sempena nama Saint Valentine seorang paderi Katolik yang tinggal di Rom pada abad ke-3. Terdapat banyak kisah mengenai St Valentine dan lama-kelamaan kisah ini berkembang menjadi legenda yang kita kenal hingga sekarang.
Sumber: Twitter Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Artikel berkaitan: Acah ‘Mat Salleh’, Che Ta Sedih Lihat Umat Islam Main Dengan Anjing Di Hari Krismas!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.