Uncategorized

JAKIM Perkenal Aplikasi Hijrah Diri, Inisiatif Bantu Golongan ‘Kunyit’ Yang Ingin Bertaubat

Share

Tanpa disedari, mungkin ramai di kalangan rakyat Malaysia yang tersimpang jauh dari fitrah asal ingin kembali ke pangkal jalan namun tidak tahu bagaimana hendak mulakannya.

Prihatin dengan mereka yang memerlukan, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mereka satu aplikasi mudah di telefon bimbit yang dinamakan Hijrah Diri- Homoseksualiti bagi membantu golongan ‘kunyit’ atau Lesbian, Gay, Bisexual & Transgender (LGBT) ini bertaubat dan berusaha menjadi muslim yang lebih baik.

Melalui hantaran di Facebook JAKIM

, banyak kandungan berkualiti yang telah tersedia dalam aplikasi ini bagi membantu pengguna mendapat pencerahan yang sewajarnya tentang jalan sebenar untuk kembali kepada fitrah.
Photo by Brianna Amick from Pexels
Hijrah Diri ialah sebuah aplikasi inisiatif JAKIM bersama Yayasan Ihtimam Malaysia untuk bantu golongan LGBT kembali kepada fitrah.
Buat masa ini hanya ada di Google Play Store.
Aplikasi ini mengandungi ebook yang merujuk kepada pengalaman benar seorang gay yang berhijrah pada bulan Ramadhan untuk meninggalkan perlakuan homoseksual.
Antara kandungan aplikasi ini ialah wirid al-ma’thurat, doa dan zikir terpilih yang warid daripada Nabi SAW serta kertas kerja berkaitan isu LGBT menurut perspektif Islam serta tazkirah dalam bentuk audio.
Untuk muat turun, sil klik pautan di http://onelink.to/hijrahdiriapp
Sememangnya kewujudan aplikasi ini sedikit sebanyak dapat menolong mereka yang ingin kembali ke pangkal jalan namun malu untuk berhadapan atau berinteraksi dengan individu bagi mendapatkan khidmat kaunseling.
Buat yang ingin berhijrah, semoga Tuhan permudahkan urusan anda. Percayalah, tiada apa yang sia-sia jika rahmat dan redaNya yang anda cari.
Photo by SHAHBAZ AKRAM from Pexels

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee

Published by
QIST